ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

Antara TLX Type S Dan IS 500 F Performance, Yang Mana Lebih Ummph!

Suhana Veru

Kongsi melalui

ACURA adalah jenama premium Honda iaitu sama seperti Lexus untuk Toyota, manakala Infiniti untuk Nissan namun jenama yang diasaskan pada 1986 ini cuma dipasarkan di beberapa negara sahaja.

Untuk makluman anda, Acura dan Lexus merupakan kereta sedan sporty yang dihasilkan dengan prestasi tinggi sekali gus sering menarik perhatian peminat kereta ini.

Oleh itu, Caricarz  telah memilih dua jenama kereta ini dan lihat sejauh manakah kemampuan Acura TL Type S dan  Lexus IS 500 F Sport Performance.

Kami di Caricarz mahu menganalisis aspek pembangunannya bagi menentukan siapakah pemenangnya.

Acura TL Type S menggunakan enjin 3.5L V6 dengan pengecas turbo manakala, Lexus IS 500 F Sport Performance pula dipadankan dengan enjin V8.

Menjengah saiz kedua-dua jentera ini, Acura dilihat lebih panjang dan lebih lebar berbanding Lexus IS dimana ukuran panjangnya adalah 234mm manakala lebarnya lebih 76mm.

Melihat sudut penggayaan, Lexus IS merupakan salah satu reka bentuk  terbaik Lexus. Beberapa ciri jentera ini telah dikemaskini apabila ia hadir dengan fender hadapan yang berbonjol.

Sementara itu bahagian belakangnya kelihatan  agak lebar selain dipadankan dengan ekzos kuad dan terdapat  profil sisi atletik yang menyebabkan ia kelihatan lebih cantik.

Ia yang digabungkan dengan kontur gaya kontemporari sekali gus menghasilkan perincian yang agak mengancam sekali gus menjadikan Lexus IS merupakan kenderaan yang paling menarik di dalam segmennya.

Beralih kepada pesaingnya, TLX Type S, ia juga dilihat tiada tolok tandingannya. Ia hadir dengan rekaan gril signatur Diamond Pentagon, memiliki hud yang agak panjang bagi menyembunyikan enjin pacuan roda depan manakala bumbungnya kelihatan seperti coupe.

Apa yang unik tentang Type ialah bamper hadapan dan belakang dipadankan dengan kit lip yang sporty dan ekzos kuad sekali gus menjadikan Type S lebih menarik berbanding keluaran sebelum ini.

Ia juga digandingkan dengan lima jejari roda dengan brek kaliper merah sekali gus menyebabkan Type S kelihatan lebih mengancam .

Dari sudut dalamannya, walaupun Prestasi IS hanya mempunyai sedikit perubahan tetapi dengan membawa nama Lexus, maka ia tetap menawarkan pelapis dalaman mewah jenama yang terbaik.

Bagaimanapun, ia telah dikemaskini dengan sepenuhnya apabila ia dikatakan hadir dengan skrin sentuh bersaiz 10.3 inci yang menyokong sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

Pendek kata, TLX Type S mendapat reka bentuk yang serba baharu. Ia didatangkan dengan lampu ambien, audio 3D ELS Studio, sambungan Apple CarPlay dan Android Auto selain skrin sentuh 10.2 inci .

Secara keseluruhannya, ia memiliki reka bentuk yang lebih segar berbanding IS.

IS 500 F SPORT Performance yang seberat 3,891 kilogram dipadankan dengan enjin aspirasi natural bersesaran 5.0 liter dengan enjin V8 yang mampu menghasilkan kuasa 472 kuasa kuda pada 7,100 rpm  manakala, tork 395 Nm pada takat 4,800 rpm.

Semua kuasa itu kemudian dihantar melalui kotak gear automatik suntikan terus 8-kelajuan yang dipadankan dengan pemacu roda belakang dengan sistem pemacu Torsen terhad.

Ia juga mampu memecut dari 0 hingga 100 kilometer hanya dalam 4.5 saat

Menyebut mengenai Acura TLX Type S, ia yang seberat 4,221 kilogram dipadankan dengan enjin  V6 3.5 liter dengan pengecas turbo DOHC 24-injap. Oleh itu, ia mampu menghamburkan kuasa 355 kuasa kuda kuda@5,500 rpm dan tork 345 Nm antara 1,400 hingga 5,000 rpm.

Hasil kuasanya kemudian dihantar menerusi transmisi automatic 10-kelajuan yang dipadankan dengan sistem semua pacuan roda Super Handling dimana ia mampu memecut dari 0 hingga 100 km hanya dalam lima saat.

Setelah membandingkan dari segi kuasa kuda, tork, tren kuasa, berat dan enjin untuk kedua-dua jentera ini, Caricarz mendapati IS 500 Sport Performance kelihatan seolah-olah hanya sebuah mesin prestasi.

Lain pula bagi TLX Type S dimana Acura mengumpulkan pakej yang menarik tetapi tidak begitu agresif.


Bagi mencari kereta yang lebih berorientasikan prestasi, selalunya ia menjadi keputusan yang lebih baik setelah mempertimbangkan semua aspek antara Prestasi TLX Type S dan IS 500 F SPORT.

Maka, sudah jelas siapakah yang menjadi juara!





Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQM1185

SELANGOR

BSM5186

JOHOR

JYR5621

PULAU PINANG

PRY7139

PERAK

APF3057

PAHANG

CFF3302

KEDAH

KGE3730

NEGERI SEMBILAN

NEJ5340

KOTA KINABALU

SJQ3051

KUCHING

QAB2458N

Terakhir Kemas Kini 15 Feb, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.54

RON 97

RM 3.10

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.99

+0.03

EURO 5 B7

RM 3.19

+0.03

Terakhir Kemas Kini 12 Feb, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

02-12-2025
Kereta Baru

28-11-2025
Kereta Baru

22-07-2025
Global

23-06-2025
Global

23-04-2025
Global

22-08-2024
Kereta Baru

23-07-2024
Kereta Baru

10-07-2024

Berita Terkini

Pandu Uji
Perodua Traz Bakal Cabar PROTON X50? Ini Sebabnya..

Perodua Traz Bakal Cabar PROTON X50? Ini Sebabnya..

Penulis berkesempatan memandu uji Perodua Traz, baru-baru ini.

17-12-2025
Pandu Uji
Pandu Uji Ringkas Perodua QV-E, Nampak Gaya Ada Potensi Kalahkan EV "Luar"

Pandu Uji Ringkas Perodua QV-E, Nampak Gaya Ada Potensi Kalahkan EV "Luar"

Penulis berpeluang memandu uji Perodua QV-E di Litar Antarabangsa Sepang, baru-baru ini.

01-12-2025
Pandu Uji
BMW i4 eDrive35 M Sport LCI 2025 Sudah Diuji, Antara EV Mampu Milik

BMW i4 eDrive35 M Sport LCI 2025 Sudah Diuji, Antara EV Mampu Milik

Carz.com berpeluang memandu uji BMW i4 eDrive35 M Sport LCI, baru-baru ini.

10-11-2025
Pandu Uji
Proton Saga 2026: Tujuh Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu

Proton Saga 2026: Tujuh Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu

Ini dia tujuh perkara menarik yang perlu anda tahu tentang sedan segmen A, Proton Saga generasi keempat (Saga MC3).

04-11-2025
Pandu Uji
Perasaan Pandu Uji Proton e.MAS 5:  EV Lincah, Senyap, Selesa! Nampaknya EV Paling Sesuai Untuk Wanita

Perasaan Pandu Uji Proton e.MAS 5: EV Lincah, Senyap, Selesa! Nampaknya EV Paling Sesuai Untuk Wanita

Penulis berpeluang memandu uji Proton e.MAS 5 di COE, Shah Alam, pada minggu lepas.

17-10-2025
Pandu Uji
Pandu Uji Hyundai Tucson Facelift 2025 , SUV Paling Ideal Untuk Wanita Malaysia?

Pandu Uji Hyundai Tucson Facelift 2025 , SUV Paling Ideal Untuk Wanita Malaysia?

Sebagai wanita dan ibu kepada dua orang anak, ini komen jujur saya mengenai Hyundai Tucson Facelift 2025.

14-10-2025
Pandu Uji
Pandu Uji Hyundai Santa Fe 2025, Ini 5 Perkara Yang Anda Wajib Tahu, Santa Fe Bukan Sebarang SUV!

Pandu Uji Hyundai Santa Fe 2025, Ini 5 Perkara Yang Anda Wajib Tahu, Santa Fe Bukan Sebarang SUV!

Penulis berpeluang memandu uji Hyundai Santa Fe 2025, pada minggu lepas.

13-10-2025
Pandu Uji
Pratonton GWM WEY G9, Ini 6 Fakta Anda Patut Tahu!

Pratonton GWM WEY G9, Ini 6 Fakta Anda Patut Tahu!

Pihak media dijemput untuk menyaksikan GWM Wey G9 sebelum dilancarkan secara rasminya ke pasaran tempatan.

22-09-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.