Audi A8 Tampil Dengan Rekaan Dalaman Lebih Selesa & Teknologi Lebih Canggih
Audi A8 yang terbaharu tampil dengan konsep rekaan dalaman menarik yang menggabungkan keselesaan dan emosi. Konsep ini digunakan dalam rekaan ruang dalam Audi bagi memenuhi keinginan pelanggan yang telah berubah. Aspek-aspek seperti masa, ruang dan pilihan individu dilihat semakin menjadi tumpuan. Dalam masa yang sama, keinginan terhadap kualiti tradisional sesebuah kenderaan tetap penting – daripada pengalaman pemanduan hinggalah kepada kualiti bahan yang digunakan.
-full.jpg)
Rekaan dalaman sesebuah kereta dipengaruhi oleh banyak faktor, umpamanya kualiti, kemampanan bahan, keselesaan, infotainmen dan logik kawalan.
Salah satu aspek yang menjadi fokus utama model terbaharu ini ialah keselesaan. Penumpang dapat duduk dengan selesa pada tempat duduk yang boleh dilaraskan secara fleksibel. Selain itu, turut terdapat tempat letak kaki bagi penumpang kerusi belakang. Tempet letak kaki ini boleh digunakan sebagai alat pemanas dan pengurut kaki. Menariknya, ia boleh dilaraskan kepada pelbagai darjah kedudukan.

Sebagai sebuah Audi, semestinya aspek teknologi kereta tidak diabaikan. Ciri menarik yang terdapat pada kereta ini ialah lampu depan LED matriks digital dengan teknologi DMD. DMD atau peranti mikro-cermin digital (digital micromirror device) ialah sejenis LED yang berkuasa tinggi. LED ini dipecahkan kepada piksel kecil iaitu kepada sebanyak 1.3 juta cermin mikro untuk setiap lampu. Hasilnya, lampu depan kereta boleh dikawal pada tahap ketepatan dan juga resolusi yang tinggi.

A8 turut dilengkapi OLED ( diod pemancar cahaya organik) sebagai ciri standard untuk lampu belakang.
-full.jpg)
Lampu belakang kereta juga dilengkapi ciri pengesan pergerakan berdekatan (proximity detection) – sekiranya terdapat kenderaan yang mendekati A8 semasa tidak bergerak daripada belakang (dalam jarak 2 meter), kesemua lampu OLED akan diaktifkan secara automatik.

Audi A8 cukup dikenali sebagi sebuah model yang tangkas dengan ciri pemanduan dinamik. Semua pembaharuan ini dapat memberikan pengalaman pemanduan yang lebih menyeronokkan.
Ciri pengendalian semua roda menjadikan Audi A8 kereta yang sesuai untuk penggunaan di atas jalan raya bandar. Suspensi aktif prediktif A8 cukup penting kerana ia membolehkan badan kereta dikawal secara aktif ketika pecutan dan semasa membrek, sekali gus mengurangkan olengan badan kereta.
Beijing merupakan rumah kepada pasukan penyelidikan Audi Innovation Research (AIR). Keperluan terhadap peralatan teknikal dan rekaan yang sofistikated cukup tinggi dalam kalangan pelanggan negara China, lebih tinggi berbanding negara lain. Peralatan atau tool penting lain yang digunakan Audi ialah Audi Innovators Circle (AIC). Melalui AIC, maklum balas dan kenyataan yang dikongsikan melalui aplikasi chatting berkenaan penggunaan kereta atau gaya hidup dikumpulkan.
Pembaharuan yang dibuat ke atas A8 mengekalkan model ini sebagai model andalan Audi yang telah menggerakkan usaha inovasi Audi. Audi sentiasa memperkenalkan teknologi terkini bermula dengan A8 sebelum diikuti oleh siri keluaran lain.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRL1547
SELANGOR
BSS7258
JOHOR
JC4217J
PULAU PINANG
PSE6842
PERAK
APK6538
PAHANG
CFH4510
KEDAH
KGH5386
NEGERI SEMBILAN
NEL4351
KOTA KINABALU
SJT5374
KUCHING
QAB4032P
Terakhir Kemas Kini 15 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Lori Minyak Hempap Bezza, Ibu, Anak Terkorban
Ibu, Anak Maut Kereta Dihempap Lori Tangki Minyak Sebelum Terbakar di Temerloh.
15-08-2026
Bukan Jan 2027, Anthony Loke Cabar Operasi ECRL Dimulakan Disember Ini
Operasi ECRL: Anthony Loke Minta Diawalkan Ke Disember
14-08-2026
Sambutan Dingin, Anthony Loke Gesa Pemandu Komersial Buat Saringan Kesihatan
Cuma Bayar RM30 Daripada RM85! Pemandu Komersial Digesa Manfaat Subsidi PERKESO.
14-08-2026
PRO-NET Sediakan Tenaga Kerja Mahir e.MAS
Jaminan Kualiti EV: PRO-NET Lahirkan Kumpulan Pertama Pakar Sistem Voltan Tinggi
13-08-2026
Nak Pergi RXZ Members? Ini Syarat Baharu
JPJ Tetapkan Pendaftaran Online Buat Peserta RXZ Members.
13-08-2026
Kenapa Kei Car Tak Boleh Dijual Di Malaysia? Ini Sebab Sebenarnya
Sangat Popular Di Jepun, Tapi Kenapa Kei Car Dilarang Dijual Di Malaysia?
13-08-2026
Isu Tiket F1 Sepang Bermula RM200 Tular, Status Masih Belum Sah
Bocor Di Media Sosial: Tiket F1 Sepang Dikatakan Bermula RM200 Khusus Buat Pemegang MyKad!
12-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat