- Berita
- Berita Auto
- Sekumpulan Bugatti Berkumpul Di Hadapan Burj Khalifa Sempena Acara Pemanduan Tahunan
Sekumpulan Bugatti Berkumpul Di Hadapan Burj Khalifa Sempena Acara Pemanduan Tahunan
![]()
Kira-kira 11 buah kereta Bugatti menyertai konvoi dari barat daya Dubai hingga ke Abu Dhabi, Emiriyiah Arab Bersatu sempena acara tahunan kedua pemanduan Bugatti baru-baru ini.
Acara itu rata-ratanya melibatkan pemilik kereta mewah berkenaan.
Menerusi kerjasama dengan Bugatti Automobiles S.A.S, acara itu dipengerusikan oleh rakan kongsi Bugatti, Al-Habtoor Motors.
“Acara ini ialah peluang terbaik untuk kami berhubung semula dengan pelanggan selain menunjukkan penghargaan sokongan terhadap jenama tersebut,” kata pengarah urusan Bugatti Automobiles S.A.S, Joseph Tayar.
Bangunan pencakar langit yang tertinggi di dunia, Burj Khalifa membangkitkan latar belakangnya dengan kehadiran Bugatti ketika ia berkumpul di hadapan hotel mewah yang terkenal, Habtoor Palace.
Antara model Bugatti yang terlibat dalam acara itu adalah Chiron Sport, empat buah Chiron, sebuah Veyron, sebuah lagi Veyron Grand Sports, sebuah Veyron Sport Vitese , dua buah Chiron Pur Sport dan sebuah Chirodn Super Sport.
Kesemua pemandu diiringi sepanjang konvoi dan apa yang menarik, penganjur acara itu tidak mendedahkan destinasi terakhir memandangkan ia dirahsiakan.

Bagaimanapun, perkara itu didedahkan pada saat terakhir sebelum mereka tiba di Abu Dhabi.
Mereka memulakan konvoi sejauh 150 kilometer dengan menaiki jentera yang dijana dengan enjin W16 dimana mereka dihidangkan dengan pemandangan pesisir pantai sehingga ke Pulau Saadiyat.
Biarpun perjalanan itu agak lama namun tahukah anda, kedua-dua kabin Chiron dan Veyron sememangnya terkenal dengan perincian dan material kualiti yang luar biasa.
Apa yang lebih menarik, bahagian dalaman Veyron dihiasi material kulit manakala, suisnya pula menggunakan kemasan aluminium.

Konvoi berkenaan kemudian disertai oleh Bugatti Chiron, kereta paling berkuasa dan antara yang canggih dimana formula asalnya telah diperhalusi secara berterusan sejak dilancarkan pada tahun 2016
Kini Bugatti Chiron dilaporkan sudah berada dalam fasa penghujungnya selepas menerima permintaan luar biasa daripada peminat kereta itu.
Para pelanggan yang mahukan unit Chiron di dalam garaj peribadi perlu bertindak pantas kerana tidak kurang daripada 40 slot sahaja yang masih lagi kosong tidak berpenghuni.
Untuk makluman anda, angka produksi Chiron hanya dihadkan kepada 500 unit untuk seluruh dunia.
Seterusnya, Bugatti turut membawa dua buah Chiron Pur Sports dan sebuah Bugatti Super Sports dimana edisi kereta ikonik ini cuma tinggal 40 unit.
Chiron yang merupakan jentera yang paling dinamik dikatakan anatara kereta paling laju di dunia menyebabkan Pur Sport masih belum dapat mengatasi gelaran itu.

Sayap belakangnya yang telah diperbesarkan membuatkan Chiron Pur Sport masih mampu menakluki setiap selekoh dengan baik.
Suspensi yang ditala dengan begitu baik turut digabungkan dengan vektor tork dinamik dimana ia sudah tentunya mampu menghamburkan 1,479 kuasa kuda.
Turut dilihat ialah ngauman enjin Chiron Super Sport di sepanjang lebuh raya E11, antara Dubai dan Pulau Saadiyat.

Ia sebenarnya memaparkan prestasi sebenar keluarga Chiron!
Menariknya, ia dikenali sebagai Grand Tourisme terunggul kerana keupayaan memecut dimana tiada mana-mana kereta mampu berbuat demikian.
Dengan kelajuan tertinggi 440 kilometer sejam, ia merupakan kenderaan pengeluaran Bugatti terpantas setakat ini.
Ia berikutan versi enjin W16 8.0 liter yang dinaik taraf sepenuhnya menyebabkan ia mampu menghasilkan kuasa 1,600 PS (1,578 hp).
Enjinnya yang begitu dahsyat ditempatkan di dalam kerangka badan dimana jentera ini telah dipanjangkan 10 milimeter bagi memudahkan aliran udara secara optimum.
Akhirnya, konvoi itu berakhir di hadapan Hotel Emirates Palace, Abu Dhabi.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQE4556
SELANGOR
BSL741
JOHOR
JYN2797
PULAU PINANG
PRW7362
PERAK
APD4897
PAHANG
CFE5014
KEDAH
KGD5035
NEGERI SEMBILAN
NEH9644
KOTA KINABALU
SJP3723
KUCHING
QAB7810M
Terakhir Kemas Kini 22 Dec, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.64
-0.02
RON 97
RM 3.27
-0.02
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.06
-0.02
EURO 5 B7
RM 3.26
-0.02
Terakhir Kemas Kini 11 Dec, 2025
Berita Terkini
Perodua Pertimbang Beli Kilang RM500 Juta Tan Chong Motor Di Rawang
Perodua sedang mempertimbangkan tawaran bernilai RM500 juta untuk membeli kilang pemasangan kenderaan Tan Chong Motor Holdings di Rawang.
22-12-2025
Siti Nurhaliza, Pemilik Zeekr 7X Yang Ke-2,000
Penyanyi nombor satu di Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi pemilik Zeekr 7X yang ke-2,000 baru-baru ini.
22-12-2025
2 Kereta Terbakar Ketika Tunjuk Ekzos Berapi, Mujur Pemandu Tak Mati
Sebuah Perodua Myvi terbakar 90% manakala Toyota Vios terbakar 2% ketika si pemandunya menunjukkan aksi ekzos terbakar dalam satu pameran kereta di Klang.
22-12-2025
BUDI95: Kerajaan Jimat RM800 Juta Hasil Pelaksanaan Budi95
Kerajaan MADANI telah mengambil langkah berani menerusi BUDI95 untuk memastikan subsidi ini hanya dinikmati rakyat Malaysia, dan tidak terus dihirup lebih 3.5 juta warga asing.
21-12-2025
Jualan Kereta Melonjak Pada Nov, Permintaan EV Turut Meningkat
MAA mendedahkan jualan kenderaan mencatatkan prestasi memberangsangkan pada bulan lepas.
20-12-2025
Syabas! Perodua Traz Terima Penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP
Perodua Traz yang baru dilancarkan ke pasaran tempatan beberapa hari lalu, berjaya meraih penarafan lima bintang bagi ujian pelanggaran ASEAN NCAP.
19-12-2025
Video tular Pemandu Vellfire Rempuh Penunggang Motosikal, Akhirnya Sudah Ditahan Polis
Video tular, pemandu Vellfire sudah ditahan polis.
19-12-2025
Perodua Tambah 34 Cawangan, Ramai Minat QV-E, Sehinggakan Perodua Kini Buka Tempahan Secara Manual
Perodua telah menambahkan daripada 9 cawangan kepada 34 cawangan bagi memudahkan proses tempahan QV-E yang kini sudah dibuka secara manual.
19-12-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat

