Van Elektrik: 80 hp, tork 200 Nm, Jarak 268 km
Seperti mana yang ditayangkan pada Januari lalu, semua rakyat Malaysia kini berpeluang melihat van elektrik sepenuhnya, CAM EC35 ini dengan lebih dekat.
Ya, Malaysia kini mempunyai van elektrik. Ia adalah van elektrik pertama di Malaysia.


Tetapi ia bukannya buatan Malaysia sebaliknya buatan China.
Dikhabarkan, van ini disasarkan untuk syarikat logistik dan kurier. Ada juga desas-desus yang mengatakan bahawa Pos Malaysia bakal menggunakan van ini.

Apapun, mungkin ramai yang yang tertanya-tanya mengenai kuasa van ini. Untuk makluman anda ia dilengkapi dengan motor elektrik dan dikuasakan dengan bateri lithium-ion phosphate 38.7 kWh.
Oleh itu, ia mampu menghamburkan kuasa 80 hp (60 kW) dan tork 200 Nm. Fuhh, boleh tahan!

Malah, ia boleh bergerak sejauh 268 kilometer (kitaran WLTP).
Van elektrik juga dilengkapi dengan port pengecasan CCS. Bagi pengecasan AC, ia mengambil masa sekitar lima jam untuk bateri mencapai tahap pengecas (SOC) dari 20 peratus hingga 80 peratus, dan lapan jam untuk 0-100% menerusi pengecas onboard 6.6 kWh.
Menurut Sendok Group, pecutan van ini boleh dirasai dengan begitu cepat. Bayangkan tidak kurang dari 10 saat, dari 0- 50 kilometer sejam. anda sudah boleh merasai trenkuasanya.


“Pembangunan dalam industri kini semakin pesat, maka sudah pasti ia menyebabkan pencemaran udara.
“Jadi, sudah tiba masanya, untuk kita menukar jentera yang menggunakan bahan api dengan menggunakan kenderaan elektrik,” kata penasihat kumpulan Sendok, Datuk Mohamad Dalib.

Beliau berkata, pihaknya mengiktiraf model CAM EV itu sebagai kenderaan komersial ringan ‘D Control’.

Untuk itu, pihaknya berhasrat untuk membawa lebih pelbagai jenis kenderaan elektrik pada masa hadapan untuk pasaran Malaysia.
Menjengah bahagian luarannya, van ini kelihatan agak moden.

Ia menggunakan rim bersaiz 14-inci manakala roda gantinya ditempatkan di bahagian bawah van tersebut.
Menyentuh mengenai ciri-ciri keselamatannya, ia dilengkapi dengan kamera undur dan beg udara di bahagian pemandu.


Bukan itu sahaja, van CAM EC35 ini juga dilengkapi dengan paparan skrin sentuh 8-inci, pengecas USB, sambungan Bluetooth dan radio.
Harga jualan bagi van elektrik CAM EC35 ini ialah RM130,000.
Untuk keterangan lanjut, hubungi Chinli di 019-2290893 untuk membuat tempahan van ini.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ4802
SELANGOR
BST7746
JOHOR
JE4208J
PULAU PINANG
PSF6250
PERAK
APL5372
PAHANG
CFH7601
KEDAH
KGJ1587
NEGERI SEMBILAN
NEL8953
KOTA KINABALU
SJU1634
KUCHING
QAB5801P
Terakhir Kemas Kini 21 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Ini Dia Van Elektrik Pertama Malaysia – Boleh Bergerak Sejauh 268KM!
Sendok Group telah mengumumkan pelancaran van elektrik pertama keluaran Malaysia, CAM EC35.
27-01-2022
Berita Terkini
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah
Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.
03-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat

