ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bila Trenkuasa EV Nissan Ariya Digunakan Dalam Kereta Lumba, Terhasil Ariya Single Seater

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Dipertontonkan semasa acara Nissan Futures, kereta konsep Ariya Satu Tempat Duduk (Ariya Single Seter) ini telah dihasilkan untuk menunjukkan bagaimana trenkuasa kereta bagi kegunaan jalan raya dalam versi elektrik sepenuhnya, Nissan Ariya, boleh digunakan dalam cesi sebuah kereta lumba dengan satu tempat duduk.


Pengurus Besar Bahagian Pemasaran Global Nissan, Juan Manuel Hoyos berkata, "Menjadi tapak ujian untuk evolusi masa depan teknologi, projek ini dapat membantu membawa keseronokan dari jalan raya ke atas trek perlumbaan dan mendemonstrasikan kepakaran Nissan dalam menyalurkan pengetahuan dan teknologi yang dimiliki dari trek perlumbaan ke atas jalan raya."


Tambah Hoyos, "Di Nissan, kami berani untuk melakukan sesuatu yang tidak dilakukan orang lain. Dengan konsep ini, kami ingin menunjukkan potensi berprestasi tinggi yang dimiliki trenkuasa Ariya dalam pakej yang diilhamkan daripada sukan permotoran. Bukan hanya pada rekaan dan gaya, tetapi juga untuk mempertontonkan bahasa prestasi EV yang baharu dan efisien."


Melihat daripada rekaan keseluruhan kereta konsep ini, seolah-olah ia telah dibentuk oleh 'udara.' Memang tidak boleh disangkal, ciri aerodinamik kereta konsep ini sememangnya cukup menakjubkan.


“Ketika kami mula membentuk visi jangka panjang Nissan Ambition 2030 kami, kami terus membina bahasa reka bentuk ‘Timeless Japanese Futurism.' Kami mendapatkan inspirasi daripada perkataan Jepun 'shun' yang bermaksud berlari dengan laju dan mudah, 'sho' pula bermaksud bangkit dengan kuasa dan kelembutan.


Rekaan konsep Ariya Satu Tempat Duduk ini adalah ekspresi yang sempurna untuk bahasa (rekaan) baharu ini. Memanfaatkan trenkuasa EV Ariya ke dalam pakej yang diilhamkan daripada sukan permotoran ini membolehkan pasukan antarabangsa kami merasai sendiri kelajuan, teknologi dan kesenian baharu ini," ujar Naib Presiden Kanan Rekaan Global, Alfonso Albaisa.


Penglibatan Nissan dalam Kejuaraan Dunia Formula E ABB FIA memainkan peranan yang penting untuk menyumbangkan inspirasi kepada penghasilan kereta konsep ini.


Nissan telah bersaing dalam kejuaraan dunia kereta elektrik sepenuhnya untuk membawa inovasi kenderaan elektrik yang bebas emisi kepada penonton di peringkat global dan untuk berada pada kedudukan yang tinggi dalam kajian dan rekaan EV.


Pengarah Sukan Perlumbaan Global Nissan, Tommaso Volpe menyimpulkan, "Nissan bersaing dalam Formula E bukan hanya untuk berlumba di atas litar tapi juga untuk menyokong pembangunan kenderaan elektrik yang menarik bagi pelanggan.  Program EV kami menyalurkan informasi kepada program Formula E kami dan sebaliknya, membolehkan teknologi jalan-ke-trek dan trek-ke-jalan disalurkan. Dalam penghasilan kereta konsep ini, (pasukan) telah meneroka gabungan trenkuasa elektrik sepenuhnya, dwi-motor dan juga sistem pacuan semua roda yang  revolusioner dalam Ariya dengan cesi perlumbaan satu tempat duduk.  (Ini menjadi) demonstrasi kuasa tentang bagaimana kenderaan elektrik boleh menjadi sesuatu yang menyeronokkan."


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQW3491

SELANGOR

BSP5974

JOHOR

JYV8062

PULAU PINANG

PSB8433

PERAK

APH1625

PAHANG

CFG3890

KEDAH

KGF6251

NEGERI SEMBILAN

NEK2873

KOTA KINABALU

SJR6782

KUCHING

QAB6941N

Terakhir Kemas Kini 03 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

27-01-2026
EV

23-12-2025
EV

22-12-2025
Global

22-12-2025
Global

19-12-2025
Global

18-12-2025
Kereta Baru

05-12-2025
Global

20-11-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Nyawa Pasangan Suami Isteri Melayang Angkara Pemandu Mabuk

Kenapa Pemandu Mabuk Masih 'Berani' Ragut Nyawa di Jalan Raya?

04-05-2026
Berita Auto

Hanya 100 Unit: Volvo Malaysia Lepaskan Flit Korporat & Unit Pandu Uji, Harga Bermula RM153,000

Bajet RM150k Dah Boleh Pakai Volvo? Rebut 100 Unit Eksklusif Volvo Selekt Sebelum Terlambat!

04-05-2026
Berita Auto

MINI Paul Smith Edition Kini Boleh Didapati Di Auto Bavaria Dalam Dua Warna Eksklusif

Peminat setia MINI berpeluang menyaksikan pelancaran kereta MINI Paul Smith Edition oleh Auto Bavaria di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

30-04-2026
Berita Auto

Paling Laris! Proton e.MAS 5 Kini Ada Warna Jade Green

Paling Laris! Proton e.MAS 5 Kini Ada Warna Jade Green – 8,000 Unit Sudah Terjual.

30-04-2026
Berita Auto

Update Harga Minyak: Ada Yang Naik, Ada Yang Kekal. Check Sini

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi naik mulai esok.

29-04-2026
Berita Auto

Tak Perlu Pening Ingat Password Lagi, MyJPJ Kini Lebih Canggih

Lupakan Kata Laluan Lama! Ini Cara Baharu Log Masuk MyJPJ Yang Anda Wajib Tahu.

29-04-2026
Berita Auto

Tak Menang Tangan! Mitsubishi Hantar 900 Unit Xforce Kepada Pelanggan April Ini

Laku Keras! Mitsubishi Xforce Buktikan Siapa 'Raja' SUV Kompak Terbaharu.

29-04-2026
Berita Auto

Continental Perkenal Tayar All-Terrain Terbaharu CrossContact A/T

Continental Tyres secara rasmi memperkenalkan CrossContact A/T², di pasaran tempatan.

29-04-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.