Pameran Lamborghini Countach Diadakan Di Muzium

Sempena majlis seni Basel Miami dan menerusi kolaborasi dengan Konsulat Jeneral Itali, Automobii Lamborghini mempamerkan pameran bertajuk Lamborghini Countach: Future Is Our Legacy.
Ia yang diadakan di Muzium Wolfsonian-FIU di Miami Beach mempamerkan kelestarian dan evolusi reka bentuk menerusi Countach yang ikonik itu.

“Membawa masa lalu ke masa kini, pameran ini menunjukkan bagaimana Lamborghini menjangkaui segala mungkin secara konsisten dan masih berbuat demikian sehingga hari ini dengan berharap dapat mencapai elektrifikasi secara sepenuhnya.
“Dengan reka bentuk inovatif selain menerapkan nilai dan estetika moden, ia menjadi sebahagian daripada DNA Lamborghini. Kami mendapati Art Basel Miami ialah persekitaran yang sesuai untuk menggambarkan perjalanan Countach, dan kami bertuah untuk mempamerkannya dalam muzium berprestij seperti The Wolfsonian-FIU,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Lamborghini, Stephan Winkelmann.
Pada pameran itu, sebuah Lamborghini Countach LP 5000 QV 1986 berfungsi sebagai hiasan utama dalam galeri itu turut menerangkan sejarah model Countach.

Ia kemudian melalui lakaran vintajmke sudut kemampanan dan melengkapkan pengalaman dengan pengimejan Lamborghini Countach LPI 800-4 baharu.
Countach LPI 800-4 terbaharu ini adalah keluaran kedua selepas Lamborghini Sian dihasilkan ke arah hibridisasi yang mana ia merupakan salah satu cita-cita tinggi 'Direzione Cor Tauri'.

Misi tersebut menyasarkan 50 peratus pelepasan CO2 menjelang 2025 dengan adanya keluaran barisan model hibrid plug-in sepenuhnya.
Selain itu, reka bentuk untuk era baharu, LPI 800-4 ialah pameran inovasi Lamborghini terbaharu yang merintis teknologi hibrid bersama enjin V12.

Konsul Jeneral Itali di Miami, Cristiano Musillo berkata, pihaknya berbesar hati untuk memperbaharui perkongsiannya dengan Lamborghini, yang mempamerkan Countach ikonik itu.
“Lamborghini mempunyai pengalaman yang cukup lama dalam menghasilkan kereta yang kekal sepanjang zaman dan legenda permotorannya merangkumi tradisi dan inovasi dengan reka bentuk tersendiri.
“Di sebalik perniagaan, Lamborghini juga bertanggungjawab dalam alam sekitar menyeluruh yang merangkumi pengurangan pelepasan CO2 dan kitar semula intensif bahan buangan,” katanya.
![]()
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS2830
SELANGOR
BSU1459
JOHOR
JF716J
PULAU PINANG
PSF9630
PERAK
APL8093
PAHANG
CFH8735
KEDAH
KGJ3060
NEGERI SEMBILAN
NEM1463
KOTA KINABALU
SJU3601
KUCHING
QAB6707P
Terakhir Kemas Kini 30 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Sempena Ulang Tahun Countach Yang Ke-50, 10 Countach Dipamerkan
Hari Lamborghini Jepun 2021 meraikan ulang tahun model klasik ikonik, Countach yang ke-50 baru-baru ini.
13-01-2022
'Keturunan' Countach Sepanjang 50 Tahun Ini Dipamerkan Di Acara Concours d’Elegance
Sambutan ke-50 tahun Lamborghini Countach telah diraikan semasa acara Concours d’Elegance yang ke-70.
22-09-2021
Bagi Menghormati Warisan Seni Bina, Sian Kelilingi Portico di Bologna
UNESCO mengiktiraf Portico di Bologna sebagai tapak warisan baru-baru ini.
18-10-2021
Berita Terkini
Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok
Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.
29-09-2026
Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching
Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.
29-09-2026
EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan
PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.
29-09-2026
Bila Anthony Loke Letak Jawatan?
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri
29-09-2026
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Isu Aerotrain KLIA Sesak: Penjelasan Rasmi Malaysia Airports
Kesesakan teruk di Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini, kerana hanya satu Aerotrain beroperasi.
28-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
