- Berita
- Berita Auto
- 'Keturunan' Countach Sepanjang 50 Tahun Ini Dipamerkan Di Acara Concours d’Elegance
'Keturunan' Countach Sepanjang 50 Tahun Ini Dipamerkan Di Acara Concours d’Elegance
Sambutan ke-50 tahun Lamborghini Countach telah diraikan semasa acara Concours d’Elegance yang ke-70 di Pebble Beach, California.
Presiden dan juga Ketua Pengarah Eksekutif Automobili Lamborghini, Stephan Winkelmann berkata, "Countach memberi definisi baharu dalam sektor kereta berprestasi tinggi, dan telah menjadi gambaran ikonik kepada ciri gayaan kereta yang sehingga kini masih menjadi panduan kepada penghasilan Lamborghini kontemporari. Pebble Beach Concours merupakan latar yang sempurna untuk meraikan ulang tahun ke-50 kereta legenda ini."
Lapan Countach dipamerkan, enam daripadanya dibawa oleh pengumpul global dan dua lagi daripada Automobili Lamborghini sendiri iaitu Countach yang terawal dan terakhir yang pernah dikeluarkan.
Sebut mengenai Countach terawal yang pernah dihasilkan, ia merupakan LP 400 dengan cesi bernombor 1120001 yang pertama kali didedahkan ketika Geneva Motor Show pada bulan Mac 1973.
Ini merupakan prototaip kedua yang dibina dan juga contoh pertama yang dihasilkan untuk siri LP 400, model inilah yang pertama sekali menggunakan gabungan hitam dan merah untuk ruang dalaman kereta.
Setelah digunakan dalam ujian pembangunan model dan ditampilkan dalam banyak majalah, ia telah dicatkan semula dengan warna yang digunakan sekarang iaitu warna ‘Verde Medio,' sementara bahagian dalaman pula menggunakan warna ‘Verde Chiaro.'
Cat ini digunakan sebelum Countach dipamerkan pada tahun yang sama ketika Paris Motor Show, IAA di Frankfirt dan juga Earls Court London Show.
Dijual tidak lama kemudian, ia kemudiannya terabai di dalam sebuah gudang di Switzerland selama beberapa tahun sebelum ditemui dan dibeli oleh Automobili Lamborghini pada tahun 2004.
Sejak dari itu, ia telah dipamerkan di Lamborghini Museum of Technologies (MUDETEC) di Sant’Agata Bolognese.
Countach yang terakhir pula ialah model KLA12085 yang dikeluarkan pada 4 Julai 1990.
Didatangkan dari MUDETEC, kereta ini yang memiliki warna dalaman perak metalik dan balutan kulit kelabu, tidak pernah dijual dan kekal dimiliki oleh Automobili Lamborghini.
Selain kedua-dua buah kereta ini, terdapat enam lagi Countach lain yang merupakan koleksi peribadi pengumpul.
Countach yang dimaksudkan ialah dua buah LP 400 tahun 1976 dan sebuah dari tahun 1977, sebuah LP 400 S 1981 dan dua buah siri LP 5000 Quattrovalvole, satu dikeluarkan pada tahun 1985 dan satu lagi pada tahun 1986.
Keluaran kelas pertama ialah Countach LP 400 S 1981 dengan nombor cesi 1121316.
Kereta ini pada asalnya di jual di negara timur tengah, dalam warna yang unik iaitu ‘Verde Metallizzato’ yang digabungkan dengan warna khaki untuk ruang dalaman. Ianya kekal tidak berdaftar sehinggalah beberapa tahun kemudian dan dijual kepada peminat Countach di Sweden.
Kemudian, kereta ini dipulihkan dengan teliti di Itali di mana ia turut telah dipamerkan di MUDETEC, Sant’Agata Bolognese.
Di tempat kedua ialah Countach LP 400 ‘Periscopio’ tahun 1976 dengan cesi bernombor 1120192. Ini merupakan salah satu daripada 152 unit 'Periscopio' yang pernah dihasilkan dan masih lagi dalam keadaan asal dengan warna kuning.
Dijual di Itali pada bulan Ogos 1976 sebagai sebuah kereta baharu, ia kemudiannya dieksport ke Amerika Syarikat dan dibeli oleh seorang peminat dari Chicago.
Terdapat perkhabaran bahawa pemilik pertama menganggap kereta ini sebagai seni dan menyimpannya di ruang tamu rumah beliau selama 14 tahun sebelum menjualkannya kembali kepada pengedar yang sama.
Pengedar tersebut kemudiannya mempamerkan kereta tersebut selama 14 tahun. Namun bermula dari tahun 2003, kehidupan kereta ini berubah kerana ia mula digunakan di jalan raya untuk tujuan-tujuan tertentu.
Ketiga ialah Countach 5000 Quattrovalvole 1985 dengan cesi bernombor ZA95005AOFLA12820 yang memiliki warna badan ‘Rosso Siviglia.' Bahagian dalam kereta ini pula menggunakan warna Champagne dan juga Marrone Testa di Moro’ untuk bahagian papan pemuka.
Produksi kereta ini dimulakan pada 30 Mei, 1985, dan digunakan bertahun lamanya di Itali oleh seorang pengguna yang menjaga kereta ini dengan baik kerana sentiasa memastikan ianya dihantar untuk mendapatkan servis pengeluar.
Akhirnya pada tahun 2019, ia telah diimport ke Amerika Syarikat oleh Ajiuni dan dipamerkan dalam keadaan serba baharu selepas setiap inci kereta ini dipulihkan dengan teliti.
Selain semua kereta ini, turut dipamerkan di Pebble Beach Concours bagi menyertai barisan Countach yang lain ialah model terbaharu daripada Countach, Countach LPI 800-4.
Diinspirasikan oleh Countach LP 500 keluaran 1971, kereta hibrid 12 silinder ini dilengkapi superkapasitor dan boleh menghamburkan kuasa mencecah 814 hp.
Hanya 112 unit ditawarkan, prototaip Countach LPI 800-4 telah dibuat khas untuk memberikan sentuhan moden kepada model Countach yang dihasilkan 50 tahun yang lalu.
Pengerusi Pebble Beach Concours d'Elegance, Sandra Button menyimpulkan, "Kami berbesar hati kerana dapat menarik perhatian pelbagai kelas Countach. Kereta-kereta ini memainkan peranan yang penting dalam memberikan definisi gaya dan konsep teknikal kepada kereta sport moden. Sukar untuk dipercayai bahawa barisan kereta Countach yang masih lagi dianggap canggih ini telah pun berusia 50 tahun."
Gallery




















Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPS4645
SELANGOR
BSH7942
JOHOR
JYG7564
PULAU PINANG
PRU1243
PERAK
APB2483
PAHANG
CFD4886
KEDAH
KGC2986
NEGERI SEMBILAN
NEH1354
KOTA KINABALU
SJM6214
KUCHING
QAB1718M
Terakhir Kemas Kini 18 Sep, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.21
+0.03
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.93
+0.03
EURO 5 B7
RM 3.13
+0.03
Terakhir Kemas Kini 18 Sep, 2025
Berita Berkaitan
Sempena Ulang Tahun Countach Yang Ke-50, 10 Countach Dipamerkan
Hari Lamborghini Jepun 2021 meraikan ulang tahun model klasik ikonik, Countach yang ke-50 baru-baru ini.
13-01-2022
Lamborghini Pamerkan 3 Model Supercar Terhebat Di Milan Design Week!
Lamborghini telah membuat penampilan di Milano Design Week.
25-10-2021
Pameran Lamborghini Countach Diadakan Di Muzium
Automobii Lamborghini mempamerkan pameran bertajuk Lamborghini Countach: Future Is Our Legacy.
31-01-2022
Sempena Ulang Tahun Countach Yang Ke-50, 10 Countach Dipamerkan
Hari Lamborghini Jepun 2021 meraikan ulang tahun model klasik ikonik, Countach yang ke-50 baru-baru ini.
13-01-2022
Berita Terkini
Kastam Sita 32 Kereta Import Bernilai RM8.45 Juta, Semuanya Langgar Syarat Gudang Berlesen
JKDM menyita 32 unit kenderaan import pelbagai jenis bernilai lebih RM8.45 juta disyaki melanggar syarat gudang berlesen dalam operasi di sekitar Lembah Klang.
18-09-2025
Geng Musang Rupanya Dalang Curi Kabel ECRL, Polis Kini Giat Buru 3 Lagi Suspek
Projek mega ECRL bernilai RM50 bilion berdepan risiko lewat siap gara-gara kecurian kabel akhirnya bakal menemui titik nokhtah memandangkan pihak polis kini giat memburu dalang utama Geng Musang bersama tiga lagi suspek.
18-09-2025
Gangguan Bekalan Elektrik, Menteri Minta MAHB Reka Bentuk Semula Bekalan Elektrik Di KLIA 2
Gara-gara gangguan bekalan elektrik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, Menteri Pengangkutan menggesa Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) untuk reka bentuk semula punca kuasa bekalan elektrik di lapangan tersebut.
18-09-2025
Perhatian! Harga RON97, Diesel Naik 3 Sen Bermula Esok Hingga 24 Sept
Harga RON97 dan diesel naik 3 sen bermula esok.
17-09-2025
PLUS Peruntuk RM37 juta Naik Taraf Tandas Awam Di Lebuhraya Kendaliannya
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mendedahkan bahawa pihaknya memperuntukkan RM37 juta sejak 2023 untuk menaik taraf tandas awam di 56 lokasi sepanjang lebuh raya kendaliannya.
17-09-2025
Alat Penukar Nombor Plat Dijual Secara Online,Jangan Guna, Boleh Dipenjara 1 Tahun Atau Denda RM5,000
Muncul pula satu alat canggih yang mampu menyamarkan nombor pendaftaran kenderaan hanya dengan satu sentuhan butang
17-09-2025
Lubang Benam: JKR Tutup Laluan KM 78 Jalan Gua Musang-Lojing
Jalan Gua Musang-Lojing di Kilometer 78 berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, Gua Musang, Kelantan ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan bermula hari ini.
17-09-2025
GWM WEY 80 Dinamakan Sebagai WEY G9, Dikhabarkan Bakal Masuk Pasaran Tidak Lama Lagi
GWM Malaysia telah menamakan semula WEY 80 kepada GWM WEY 9, baru-baru ini.
17-09-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat