10 Kemalangan Di Malaysia Berpunca Kerosakan Brek Kenderaan Komersial
Baru-baru ini tular video yang menunjukkan keadaan sebuah kereta mewah, Rolls-Royce yang terhimpit di antara dua buah treler. Kejadian yang berlaku di Terowong Menora-Ipoh Utara (KM 264.0 arah Selatan) pada 9 Februari, 2022 ini dikatakan terjadi ekoran kegagalan brek angin salah sebuah lori yang terlibat.
Via TikTok @awieshah
Pemandu lori tersebut dikatakan cuba untuk memberhentikan kenderaan di pembahagi jalan, namun malangnya, badan lori terkeluar semula ke tengah jalan sehingga merempuh sudut belakang Rolls-Royce yang kemudiannya melanggar lori yang berada di hadapan. Walaupun kelihatan dahsyat kerana terhimpit di antara dua buah kenderaan berat, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Perasan atau tidak, sebenarnya sudah banyak kemalangan yang berlaku kerana kegagalan brek yang kerap terjadi pada kenderaan komersial. Untuk membuktikan kekerapan isu ini di atas jalan raya, dalam artikel kali ini, admin telah mengumpulkan berita kemalangan kerana masalah brek yang dialami oleh bas, lori dan treler yang pernah dilaporkan dalam media tempatan sejak tahun 2020.
#1 Bas USIM terbabas
Saat-saat menggerunkan ketika sebuah bas persiaran yang membawa pelajar USIM terbabas sebelum melanggar sebatang pokok tular dalam media sosial minggu lalu, 8 Februari, 2022. Nahas ini menyebabkan empat daripada 17 orang pelajar yang berada di dalam bas cedera. Ramai yang berspekulasi bahawa punca nahas ini berlaku adalah kerana kegagalan brek. Media turut melaporkan terdapat tumpahan minyak pada salah satu laluan yang digunakan bas.
#2 Treler hilang kawalan rempuh lapan kenderaan
Sebuah treler hilang kawalan sehingga merempuh lapan buah kenderaan. Dalam kejadian ini kenderaan yang terlibat ialah dua buah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Mitsubishi dan Toyota Estima, lima jenis kereta Perodua Axia, BMW, Toyota Vios, Proton Saga dan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux serta lori treler jenis Volvo. Kejadian ini menyebabkan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak sesak sehingga 20 km.
Seorang pengguna media sosial yang terlibat dalam kemalangan yang berlaku pada 29 Januari, 2022 ini berkata, kemalangan ini mungkin berpunca daripada kegagalan treler untuk menukar gear selepas kehilangan cengkaman brek.
#3 Lori rempuh enam kenderaan kerana brek rosak
Dalam kejadian yang berlaku pada 25 Januari, 2022, sebuah lori yang membawa muatan tanah dari tapak pembinaan berdekatan Kondominium Pantai Hill Park telah merempuh tiga buah kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat sebelum turut melanggar tiga buah kenderaan lagi yang diletakkan di bahu kiri jalan. Kejadian ini telah dirakamkan dan dikongsi di Facebook.
#4 Treler bawa Myvi baharu terbabas
Kejadian berlaku pada 11 November, 2021, ketika mana sebuah treler yang membawa muatan Myvi baharu untuk dihantar ke Kota Bharu, Kelantan terbabas ke bahagian kanan jalan raya.
Pengguna TikTok, dengan nama Acunadya berkata kemalangan ini terjadi kepada suaminya sendiri.Ujarnya, "Jalan licin dan lori ada masalah brek. Alhamdulillah suami selamat.”
#5 Lori pasir rempuh tiga kenderaan
Akibat kegagalan brek, sebuah lori pasar telah terbabas sehingga merempuh tiga buah kereta. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata insiden berlaku setelah pemandu hilang kawalan kerana brek tidak berfungsi semasa turun daripada bukit dan melanggar tiga buah kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat. Kejadian yang berlaku pada 26 April, 2021 ini menyebabkan pemandu dan penumpang ketiga-tiga kenderaan mengalami kecederaan ringan.
#6 Bas bawa pesakit Covid langgar Plaza Tol UPM
Sebuah bas yang mengikuti perjalanan berkonvoi dari Teluk Intan, Perak, ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) 2.0 telah merempuh Plaza Tol UPM, Serdang kerana masalah kegagalan brek.
Bas yang berada pada kedudukan nombor sembilan dalam barisan konvoi ini membawa sejumlah 40 orang penumpang, lapan daripadanya mengalami kecederaan ringan. Kejadian berlaku pada 27 Februari, 2021.
#7 Lori rempuh tiang lampu isyarat kerana brek rosak
Sebuah lori hampir melanggar tiga buah motosikal di lampu isyarat Jalan Dato Ismail Hashim, Persiaran Kelicap kerana kerosakan brek.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, "Ketika tiba di lokasi kejadian, lori tersebut mengalami masalah brek mengakibatkan pemandu lori hilang kawalan lalu melanggar tiang lampu isyarat di jalan tersebut. Bagaimanapun, kemalangan itu tidak melibatkan kenderaan lain dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Pemandu lori juga tidak mengalami sebarang kecederaan." Kejadian ini dilaporkan berlaku pada 23 Februari, 2021.
#8 Tiga sekeluarga maut dirempuh lori
Kemalangan berlaku pada 28 Disember, 2020 membabitkan lapan kenderaan berhampiran Plaza Tol Machap, Kluang. Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng, kemalangan terjadi apabila sebuah lori 10 tan hilang kawalan kerana kerosakan brek dan merempuh tujuh kenderaan lain yang berhenti di lampu isyarat. Ketika kejadian, kereta pertama yang dirempuh, Hyundai Elantra, remuk sehingga menyebabkan dua mangsa yang merupakan pasangan suami isteri tersepit di tempat duduk masing-masing.
“Sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam yang bergegas ke lokasi dan membantu mengeluarkan mangsa, namun kedua-duanya disahkan meninggal dunia.
“Sementara lapan mangsa lain yang cedera dihantar ke Hospital Kluang dan klinik kesihatan berdekatan untuk menerima rawatan, sebelum seorang daripadanya disahkan maut,” katanya.
#9 Bas kilang langgar lima kenderaan
Tujuh orang pekerja kilang berdepan dengan saat-saat mendebarkan apabila bas yang dinaiki merempuh lima buah kenderaan yang terletak di bahagian bahu jalan di Jalan Paya Terubong, George Town. Kejadian pada 4 Jun, 2020 ini dikatakan berlaku kerana kerosakan brek dan pemandu cuba untuk mengelak dengan memandu ke bahagian kiri jalan sebelum melanggar konkrit.
#10 Bas bawa rombongan guru langgar treler
Brek bas yang membawa rombongan guru Sekolah Menengah TTDI Jaya, Shah Alam terbabit dalam kemalangan di kilometer 42.6 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pada 7 Mac, 2020. Bas tersebut hilang kawalan kerana kegagalan brek semasa menuruni bukit.
Pemandu bas terbabit kemudiannya cuba menyelamatkan keadaan dengan mengelak ke kiri jalan dan melanggar besi penghadang jalan serta sisi belakang treler sejauh 100 meter sebelum berhenti. Dalam kejadian ini, 5 mangsa mengalami kecederaan dan dua lagi parah.
Sampai bila isu kegagalan brek akan terus berlaku di Malaysia?
Apa yang boleh dilakukan untuk mengelakkan isu kegagalan brek daripada kerap berlaku pada masa akan datang?
Di Malaysia, kenderaan komersial wajib untuk melalui proses pemeriksaan secara berkala setiap 6 bulan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM). Walaupun kenderaan-kenderaan ini telah diperiksa dan diberikan kebenaran untuk dipandu, faktor lain seperti penyelenggaraan sendiri dari masa ke masa seringkali diabaikan.
Ini mungkin terjadi untuk mengurangkan kos penyelenggaraan, ketiadaan peralatan lengkap di bengkel, kekangan masa dan sebagainya. Namun, kesannya boleh membawa padah seperti telah kita lihat daripada senarai ini.
Bagi syarikat-syarikat yang menggunakan kenderaan komersial, diharapkan dapat mengambil iktibar daripada perkongsian yang dibuat dalam artikel kali ini. Syarikat perlu merancang satu sistem penyelenggaraan yang teratur dan konsisten demi menjamin keselamatan pemandu dan juga pengguna jalan raya yang lain.
Untuk mengetahui lebih terperinci tentang cara penjagaan brek kenderaan berat, nantikan artikel kami yang akan datang.
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPS2286
SELANGOR
BSH7395
JOHOR
JYG6248
PULAU PINANG
PRT9824
PERAK
APB2024
PAHANG
CFD4671
KEDAH
KGC2670
NEGERI SEMBILAN
NEH1071
KOTA KINABALU
SJM5848
KUCHING
QAB1586M
Terakhir Kemas Kini 15 Sep, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.18
+0.02
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.90
+0.02
EURO 5 B7
RM 3.10
+0.02
Terakhir Kemas Kini 11 Sep, 2025
Berita Berkaitan
Kereta Dinaiki 5 Sekeluarga Terbabas Ke Dalam Parit – Ibu, Bayi Maut
Seorang ibu dan bayi lemas selepas terbabit dalam satu kemalangan.
13-07-2022
[VIDEO] Warga Asing Tiada Lesen Buat Pusingan U Secara Tiba-Tiba, 2 Beranak Jadi Mangsa
Sebuah video berdurasi 32 saat tular dalam media sosial baru-baru ini yang menunjukkan sebuah kenderaan berlanggar dengan van.
24-05-2022
Ibu, Anak Maut, Kereta Terlanggar Batu Konkrit Di Bahu Jalan
Dua beranak maut manakala tiga lagi cedera parah apabila kereta Perodua Alza yang dinaiki mereka terbabas.
16-11-2021
Ibu Maut, Anak Parah Dirempuh Hilux Laju Melanggar Lampu Merah
Seorang wanita maut manakala anaknya pula mengalami kecederaan serius selepas dilanggar oleh Toyota Hilux.
26-04-2021
Berita Terkini
Sah, Pengeluaran Proton Iriz Sudah Dihentikan, Tiada Model Pengganti
Pengeluaran Proton Iriz akhirnya telah melabuhkan tirainya di kilang pengeluarannya yang terletak di Tanjung Malim, Perak pada 9 September lepas.
15-09-2025
Hanya Semalam, Sebanyak 1,982 Kes Kemalangan Direkod
Sebanyak 1,982 kes kemalangan jalan raya direkodkan di seluruh negara semalam.
14-09-2025
Cuti Sekolah: Ramainya Bercuti Ke Thailand
Sempadan sesak, lebih 17,000 rakyat Malaysia masuk Siam.
14-09-2025
Rel Kereta Api Timur, Barat Boleh Dilaksana Selepas 10 Tahun
Kementerian Kerja Raya menyifatkan pembinaan rel kereta api di Banjaran Titiwangsa bagi menghubungkan timur dan barat Semenanjung dijangka mengambil tempoh antara 10 hingga 20 tahun untuk direalisasikan kerajaan.
14-09-2025
Projek SSLR 2 Bakal Jadi Penghubung Antara Sarawak Dan Sabah Tanpa Perlu Melalui Brunei
Projek SSLR Fasa 2 dijangka siap pada 2029 melibatkan anggaran kos RM7.6 bilion.
12-09-2025
Syarat Projek WISE Masih Belum Dimuktamad
Pembinaan lebuh raya sepanjang 60 kilometer yang menghubungkan Gopeng ke Kuala Kangsar telah diluluskan kerajaan pada Disember 2023.
12-09-2025
Pengumpul Kereta Eksotik, JP Chin, Jadi Penerima iCaur 03 Pertama Di Dunia
Selepas menjadi negara pertama yang menerima kehadiran jenama iCaur, baru-baru ini, acara penyerahan yang pertama di dunia bagi model iCaur 03 telah berlangsung di pusat pengedaran iCaur Petaling Jaya.
12-09-2025
Jual Kereta Terpakai Anda Secara Terus Kepada Pelanggan Di Sunday Car Market 21 Sept Ini!
Selepas menerima sambutan hangat pada Julai lalu, Caricarz Automall mengumumkan acara Sunday Car Market akan kembali diadakan pada 21 September 2025 depan.
12-09-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat