Pemanduan Autonomi Volvo Tanpa Pengawasan, 'Ride Pilot' Dimulakan Di California
Bermula dengan pelanggan di California, Amerika Syarikat, Volvo Cars memperkenalkan Ride Pilot, sistem pemanduan autonomi tanpa pengawasan yang akan diperkenalkan dalam kenderaan elektrik sepenuhnya akan datang.
Ride Pilot dicipta berlandaskan standard keselamatan yang terkemuka, diwujudkan untuk memberikan lebih banyak masa terluang kepada pengguna untuk menjadikan penggunaan kereta Volvo lebih mudah dan menyeronokkan.
Ride Pilot dirancang untuk ditawarkan sebagai langganan tambahan untuk SUV andalan versi elektrik sepenuhnya yang akan didedahkan tahun ini.
Ketua penyelidikan dan pembangunan Volvo Cars, Mats Moberg berkata, "Kami berbangga untuk mengumumkan pelancaran untuk AS yang telah dirancang bagi ciri pemanduan autonomi tanpa pengawasan pertama daripada kami, kami sedang berusaha untuk menetapkan satu standard baharu dalam teknologi autonomi tanpa mengabaikan faktor keselamatan. Penggunaan perisian AD Zenseact yang terbaharu serta LiDar Luminar sebagai ciri standard dalam SUV elektrik sepenuhnya ini merupakan satu perubahan besar untuk Volvo Cars termasuklah dalam keselamatan automotif dan pemanduan autonomi."
![]()
Volvo telah menetapkan satu standard baharu dalam aspek keselamatan kereta akan datang syarikat mereka, bersama-sama dengan kemaskini perisian over-the-air dan sensor yang canggih.
Perisian yang digunakan ini telah dibangunkan oleh Zenseact, syarikat perisian pemanduan autonomi bersama-sama dengan pasukan pembangun daripada Volvo Cars dan Luminar.
Mengenai sistem sensor yang digunakan, secara keseluruhannya, terdapat lebih daripada dua dozen sensor yang dipasang, termasuklah sensor canggih LiDAR yang berfungsi bersama-sama dengan perisian yang telah dibangunkan.
Sensor LiDAR Luminar menjadi pelengkap kepada lima radar, lapan kamera dan 16 sensor ultrasonik. Pemasangan kesemua sensor ini memaksimumkan ciri keselamatan kereta.
Pelancaran perisian yang boleh dikemaskini secara berterusan over-the-air ini memastikan sistem sentiasa tampil dengan fungsi lengkap yang membolehkan Volvo Cars menawarkan pemanduan autonomi yang selamat.
Kombinasi perisian-sensor dan ciri keselamatan ini akan ditampilkan sebagai ciri standard yang akan ditawarkan pada SUV elektrik sepenuhnya Volvo Cars. Dan yang penting, teknologi ini akan ditambah baik dari masa ke masa.
Walau bagaimanapun, sistem Ride Pilot ini hanya akan ditawarkan kepada pelanggan sebaik ia telah melalui protokol pengesahan dan ujian Volvo Cars yang ketat.

Ujian-ujian ini akan mengesahkan sekiranya teknologi yang dihasilkan selamat untuk digunakan di atas lebuh raya pada pelbagai jenis permukaan.
Pada masa ini, sebagai sebahagian daripada proses pengesahan, Volvo dan Zenseact telah pun menguji fungsi pemanduan autonomi ini di atas jalan raya di Sweden dan mengumpulkan data di seluruh Eropah dan Amerika Syarikat.
Bermula daripada pertengahan tahun ini, syarikat turut bercadang untuk memulakan sesi ujian di atas jalan raya California.
Lokasi ini dipilih kerana iklim, keadaan trafik dan rangka kerja pengawalseliaan dilihat sesuai untuk memulakan aktiviti pemanduan autonomi.
Sebaik sistem Ride Pilot disahkan sebagai teknologi yang selamat, ia akan diperkenalkan di California terlebih dahulu, sebelum dilancarkan di seluruh dunia secara beransur-ansur.

Ketua pegawai eksekutif Zenseact, Ödgärd Anderson berkata, "Pencapaian standard keselamatan baharu industri memerlukan (teknologi) melalui tahap ujian dan pengesahan yang ketat yang akan berkembang di seluruh dunia. Perisian Zenseact AD memainkan peranan yang penting dalam standard baharu ini dan juga dalam perjalanan menuju ke arah emisi sifar."
Penghasilan Ride Pilot dianggap penting kerana pemandu dapat menggunakan masa terluang untuk melakukan aktiviti lain seperti membaca, menulis, bekerja atau bersosial.
Ia juga boleh membantu pemandu untuk tiba ke destinasi dalam keadaan lebih relaks dan bertenaga, mengurangkan kepenatan mental yang sering dirasai setelah memandu jauh terutamanya apabila terpaksa menempuhi kesesakan lalu lintas.
Pengasas dan ketua pegawai eksekutif Luminar, Austin Russell berkata, "Visi Luminar adalah untuk mendemokrasikan ciri keselamatan dan autonomi generasi mendatang, dan kami sudah melihat ini menjadi satu kenyataan dengan pelancaran kenderaan pertama di platform baharu Volvo. Luminar (akan hadir) sebagai ciri standard dalam setiap kenderaan, SUV mereka yang seterusnya berpeluang untuk menjadi kenderaan paling selamat di atas jalan raya."
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRL1826
SELANGOR
BSS7347
JOHOR
JC4308J
PULAU PINANG
PSE6941
PERAK
APK6620
PAHANG
CFH4519
KEDAH
KGH5449
NEGERI SEMBILAN
NEL4370
KOTA KINABALU
SJT5398
KUCHING
QAB4036P
Terakhir Kemas Kini 16 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Lori Minyak Hempap Bezza, Ibu, Anak Terkorban
Ibu, Anak Maut Kereta Dihempap Lori Tangki Minyak Sebelum Terbakar di Temerloh.
15-08-2026
Bukan Jan 2027, Anthony Loke Cabar Operasi ECRL Dimulakan Disember Ini
Operasi ECRL: Anthony Loke Minta Diawalkan Ke Disember
14-08-2026
Sambutan Dingin, Anthony Loke Gesa Pemandu Komersial Buat Saringan Kesihatan
Cuma Bayar RM30 Daripada RM85! Pemandu Komersial Digesa Manfaat Subsidi PERKESO.
14-08-2026
PRO-NET Sediakan Tenaga Kerja Mahir e.MAS
Jaminan Kualiti EV: PRO-NET Lahirkan Kumpulan Pertama Pakar Sistem Voltan Tinggi
13-08-2026
Nak Pergi RXZ Members? Ini Syarat Baharu
JPJ Tetapkan Pendaftaran Online Buat Peserta RXZ Members.
13-08-2026
Kenapa Kei Car Tak Boleh Dijual Di Malaysia? Ini Sebab Sebenarnya
Sangat Popular Di Jepun, Tapi Kenapa Kei Car Dilarang Dijual Di Malaysia?
13-08-2026
Isu Tiket F1 Sepang Bermula RM200 Tular, Status Masih Belum Sah
Bocor Di Media Sosial: Tiket F1 Sepang Dikatakan Bermula RM200 Khusus Buat Pemegang MyKad!
12-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat

