Tiga Varian - Harga Bermula RM315K
BMW Malaysia mendedahkan tiga varian baharu BMW X3 manakala satu varian BMW X4 untuk pasaran tempatan.
Ketibaan varian itu adalah barisan keluarga BMW X yang agak baharu buat negara ini terutama Kenderaan Aktiviti Sukan (SAV) yang bersaiz sederhana.
Ketiga-tiga varian BMW X3 yang didatangkan dengan pakej M Sport itu terdiri daripada sDrive20i, X3 xDrive30i, and X3 xDrive30e.
Harga ketiga-tiga jentera ini bermula dari RM315,800.00 hingga RM356,800.
Sementara itu, , X4 yang turut memasuki pasaran tempatan dijual pada harga RM398,800.00.

Sila ambil maklum! Harga jentera ini adalah harga atas jalan, tidak termasuk pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Meskipun dimensi varian-varian baharu yang dipasang di Malaysia ini masih sama, BMW X3 baharu kini akan menampilkan roda aloi yang diubah suai dengan saiz sehingga 20 inci,
BMW X3 sDrive20i dan xDrive30i dijana dengan enjin TwinPower Turbo empat silinder yang dipadankan dengan bantuan transmisi Auto Steptronic lapan kelajuan dengan Fungsi Auto Hold.


Untuk itu, ia mampu menghamburkan kuasa maksimum sehingga 184hp@300Nm. Selain itu, menyentuh mengenai kadar pecutannya, sDrive20i mampu memecut dalam masa 8.2 saat dan merekodkan kelajuan tertinggi pada 215 kilometer sejam.

Berbeza pula dengan xDrive30e kerana ia bergerak dengan menggunakan mod elektrik secara sepenuhnya.
Oleh itu, pek bateri lithium-ion 12 kWj mampu memberikan lebih daripada 50 km untuk jarak pacuan elektrik,
Sementara itu, BMW X4 xDrive30i pula dilengkapi dengan suspensi adaptif.
Bagaimanapun, setiap kereta menawarkan rangkaian kuasa yang berbeza kerana bergantung kepada variannya.

Ciri terbaharu yang ditambahkan pada X3 dan 4 ialah Paparan Kawalan 10.25-inci yang lebih besar bersama fungsi skrin sentuh.
Ia juga dilengkapi dengan lampu belakang LED penuh. Jentera ini menampilkan wajah yang agak sporty kerana gril buah pinggang ikonik yang membuatkannya lebih menonjol.


Menyentuh mengenai SAV, ia dikuasakan dengan sistem operasi BMW7 dan Pembantu Peribadi Pintar yang membolehkan para penumpang jentera ini membuka tingkap dan melaraskan sistem penghawa dingin hanya dengan menggunakan suara.
Beralih kepada bantuan pemanduannya, kedua-dua X3 dan X4 dilengkapi dengan Bantuan Parkir, Amaran Tukar Lorong, Amaran Keluar Lorong dan Amaran Perlanggaran Hadapan.

Kesemua varian BMW X3 didatangkan dalam aneka kombinasi warna luaran dan dalaman meliputi putih (Alpine White), kelabu (Brooklyn Grey), biru (Phytonic Blue) dan hitam (Carbon Black).


X4 pula dipadankan dengan Leather Vernasca Black dan sulaman biru pada ruang dalaman.
Apakah pula pendapat anda mengenai jentera mewah ini? Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan komen ini.

Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR4847
SELANGOR
BST9750
JOHOR
JE7453J
PULAU PINANG
PSF8114
PERAK
APL6982
PAHANG
CFH8339
KEDAH
KGJ2431
NEGERI SEMBILAN
NEM429
KOTA KINABALU
SJU2714
KUCHING
QAB6237P
Terakhir Kemas Kini 26 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Tiada Lagi Mercedes-Benz Dengan Gear Manual Mulai 2023
Mercedes-Benz dilaporkan akan menamatkan penghasilan kereta yang menggunakan transmisi manual.
01-06-2022
Lampu Depan BMW i7 Daripada Kristal Swarovski?
BMW telah menghasilkan lampu depan daripada kristal bagi kereta elektrik terbaharu, BMW i7.
17-05-2022
BMW X2 Edisi Goldplay - Diselubungi Warna Emas
BMW akhirnya mendedahkan edisi tambahan terbaharu dalam keluarga BMW X2, edisi Goldplay baru-baru ini.
28-03-2022
BMW Kaji Penerimaan EV Di Malaysia, Ini Hasil Tinjauan Mereka...
Artikel ini mendedahkan hasil kajian BMW tentang penerimaan EV di Malaysia.
25-03-2022
Berita Terkini
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Berapa Harga Hyundai Stargazer?
Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).
22-09-2026
Bakal Dilancar: Hyundai STARGAZER Malaysia: 300 Unit Pertama Mendarat
Hyundai Stargazer bakal dilancarkan.
17-09-2026
MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k
Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.
10-09-2026
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.
07-09-2026
JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800
JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.
02-09-2026
Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000
Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.
27-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat