- Berita
- Berita Auto
- Citroen Berlingo dan SpaceTourer Kini Hanya Ditawarkan Dalam Versi Elektrik Di Eropah
Citroen Berlingo dan SpaceTourer Kini Hanya Ditawarkan Dalam Versi Elektrik Di Eropah

Citroën baru-baru ini telah mengumumkan penjualan versi elektrik untuk dua model MPV iaitu Citroën ë-Berlingo dan Citroën ë-SpaceTourer di negara-negara Eropah. Model yang pada asalnya dikeluarkan dalam versi bahan api ini kini hanya boleh ditempah sebagai model elektrik mulai bulan Januari 2022.
Penukaran kepada model elektrik ini merupakan salah satu strategi Citroën untuk mempercepat proses elektrifikasi syarikat. Dua buah model, Berlingo dan SpaceTourer telah dipilih kerana keselesaannya yang tinggi.

Walaupun kini hadir dalam versi elektrik, ciri-ciri penting yang menarik perhatian orang ramai terhadap Berlingo masih dikekalkan dalam ë-Berlingo, luas dan praktikal. Ia ditawarkan dalam dua kepanjangan berbeza dengan bilangan penumpang maksimum seramai tujuh orang.
Model ini dikuasakan oleh enjin elektrik yang dapat menjana 136 hp. Ia dilengkapkan dengan bateri lithium-ion berkapasiti 50 kWh yang boleh mencapai jarak perjalanan sejauh 280 km. Menggunakan stesen pengecasan pantas 100 kW, bateri ini boleh dicas sehingga 80% dalam masa hanya 30 minit. Sekiranya menggunakan pengecas dinding 7.4 kW pula, masa yang diambil ialah kira-kira 7 jam.

Model seterusnya, Citroën ë-SpaceTourer ialah sebuah minivan yang besar dan moden, mampu menampung 6-9 orang penumpang. Model ini ditawarkan dalam 3 versi kepanjangan berbeza di samping pelbagai pilihan kemasan dalaman. Kuasa dijana oleh sama ada bateri berkapasiti 50 kWh dengan jarak perjalanan 230 km (WLTP) atau bateri berkapasiti 75 kWh yang boleh mencapai jarak sehingga 330 km. Kuasa pengecasan model ini sama juga seperti ë-Berlingo.
Buat masa ini, Citroën ë-Berlingo dan Citroën ë-SpaceTourer hanyalah ditawarkan untuk pelanggan di Eropah (kecuali Switzerland dan negara-negara Balkan). Versi yang dikuasakan oleh bahan api masih lagi boleh didapati di negara-negara lain.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ7812
SELANGOR
BST8542
JOHOR
JE5243J
PULAU PINANG
PSF6958
PERAK
APL5901
PAHANG
CFH7852
KEDAH
KGJ1946
NEGERI SEMBILAN
NEL9380
KOTA KINABALU
SJU2063
KUCHING
QAB5922P
Terakhir Kemas Kini 23 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Bermaz Auto Panggil Balik 2 Model Tapi Ada Sebabnya!
Bermaz panggil semula model Citroen/DS 2009-2017.
19-09-2023
Kemalangan Ngeri, BMW Nafi Babitkan Teknologi Pandu Sendiri
Kemalangan maut melibatkan empat buah kenderaan di lebuh raya Jerman.
17-08-2022
Citroen Umumkan Kehadiran C5 Aircross Facelift 2022
Citroen C5 Aircross telah diberikan sentuhan baharu bagi tahun 2022
22-03-2022
Pelanggan Kereta Mikro EV Citroen Boleh Tempah Rekaan Ikut Citarasa
Citroen mengumumkan bahawa mereka akan mula menawarkan beberapa ciri yang boleh ditempah khas.
29-11-2021
Berita Terkini
Hasil Bidaan Siri H RM91.2 Juta: Berita Baik Pemandu Teksi, Kereta Sewa
Pemandu teksi dan kereta sewa di seluruh negara bakal menerima berita gembira pada minggu hadapan.
22-09-2026
Perodua, Bank Rakyat Jalin Kerjasama, Perkenal Kad Kredit-i
Kad Kredit-i direka khas untuk pelanggan Perodua.
22-09-2026
GP BAHRAIN: Peluang Emas Pemandu E-Hailing Malaysia
Permintaan e-hailing, p-hailing dijangka melonjak sempena GP Bahrain.
21-09-2026
Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ
H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.
21-09-2026
Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan
Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.
19-09-2026
ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit
Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.
18-09-2026
17 Model Baharu Mercedes Bakal Masuk Malaysia Tahun Depan – Ini Apa yang Kita Tahu
Mercedes-Benz Malaysia merancang 17 model baharu untuk tahun 2027, dimana sebahagian besarnya adalah pemasangan tempatan di Pekan.
18-09-2026
Pemenang Xforce Buy 1 Free 1 Bawa Pulang SUV Baharu
Rezeki Terpijak: Pemenang Utama Menang Xforce.
18-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
