Kemalangan Ngeri, BMW Nafi Babitkan Teknologi Pandu Sendiri

Kemalangan ini menyebabkan pemandu van tersebut maut (Foto: 7aktuell.de)
Kemalangan maut melibatkan empat buah kenderaan di lebuh raya Jerman semalam tidak membabitkan penggunaan teknologi pandu sendiri, jelas BMW, menafikan kenyataan polis yang mempersoalkan sama ada pemandu mengawal kenderaan secara aktif pada masa itu.
Kemalangan Ngeri

Keadaan BMW iX dan van Mercedes-Benz yang dahsyat selepas pelanggaran (Foto: 7aktuell.de)
Dalam kejadian terbabit, sebuah kereta elektrik penuh, BMW iX melencong ke laluan bertentangan di jalan persekutuan B28 secara tiba-tiba sehingga melanggar Citroen yang menyebabkan pemandu Citroen tersebut hilang kawalan dan melanggar kenderaan lain. BMW tersebut yang masih bergerak selepas berselisih dengan Citroen, melanggar van Mercedes-Benz dari sudut depan, mengakibatkan kematian pemandu van tersebut.

Pemandu Citroen hilang kawalan sebelum melanggar kenderaan lain (Foto: 7aktuell.de)

Kenderaan yang dilanggar Citroen (Foto: 7aktuell.de)
Seorang wanita berusia 33 tahun disahkan maut, manakala sembilan mangsa lain termasuk pemandu BMW yang berusia 43 tahun dan bayi di dalam kereta tersebut yang berusia 18 bulan, cedera parah.
Kenderaan Ujian Autonomi

Polis trafik telah melancarkan siasatan untuk mengetahui punca sebenar kejadian, sebelum mendapati kemalangan tersebut membabitkan sebuah kenderaan ujian autonomi dan mempersoalkan sekiranya pemandu BMW tersebut menggunakan teknologi autonomi semasa insiden berlaku kerana terdapat tampalan label "pemanduan autonomi" pada kereta.

BMW walau bagaimanapun, menafikan perkara ini kerana kereta yang terbabit dalam kemalangan ini tidak memiliki kemampuan pandu sendiri sepenuhya.
Kenderaan tersebut sebenarnya menggunakan sistem bantuan pemandu Tahap 2 yang memerlukan pemandu untuk sentiasa bertanggungjawab, kata jurucakap dalam satu kenyataan.
Berdasarkan laman web BMW, sistem tersebut boleh membrek secara automatik, memecut dan tidak seperti sistem Tahap 1, boleh mengambil alih pengendalian.
Kenderaan Ujian

Label "kenderaan ujian" (Foto: 7aktuell.de)
Selain itu, turut terdapat label "kenderaan ujian elektrik." BMW menjelaskan label tersebut dilekatkan untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa kenderaan tersebut dipasangkan dengan peralatan pengawasan.
BMW kini bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menyiasat punca sebenar kemalangan.
Sumber: Bloomberg, Auto Evolution, Euro News, Daily Mail
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ4558
SELANGOR
BST7656
JOHOR
JE4089J
PULAU PINANG
PSF6149
PERAK
APL5332
PAHANG
CFH7568
KEDAH
KGJ1493
NEGERI SEMBILAN
NEL8915
KOTA KINABALU
SJU1583
KUCHING
QAB5778P
Terakhir Kemas Kini 19 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
[PANDU UJI] Mercedes-AMG A45 S 4MATIC+ 'Terlebih' Segalanya: Kuasa, Keseronokan & Harga
CariCarz berpeluang untuk memandu uji Mercedes-AMG A45 S 4MAT dan ini pendapat kami…
27-03-2023
Aston Martin Bangunkan Teknologi Infotainmen Sendiri, Tinggalkan Sistem COMAND Mercedes
Aston Martin akan memperbanyakkan lagi produk keluaran syarikatnya termasuk pengenalan barisan kereta sport.
13-03-2023
Pemilik Mercedes-Benz Dapat Rasai Pengalaman Mewah Menerusi Acara "Mercedes-Benz Star Experience".
Pengedar terkemuka untuk Mercedes-Benz di Malaysia, Cycle & Carriage (C&C) menganjurkan acara eksklusif, Mercedes-Benz Star Experience di Autohaus Cycle & Carriage di Johor Bahru baru-baru ini.
09-03-2023
Kereta Terbakar, 4 Nyaris Rentung
Empat individu terselamat apabila kereta Perodua Axia dinaiki mereka terbakar selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lagi kenderaan di Kilometer 3, Jambatan Pulau Pinang semalam.
24-02-2023
Edisi Terhad Mercedes-AMG SL63 Dengan Sentuhan Kereta Lumba F1 Petronas Diperlihatkan
Mercedes-AMG baru-baru ini telah mengumumkan kehadiran varian edisi terhad “Motorsport Collectors Edtion” bagi roadster SL63.
14-01-2023
Prestasi Jualan Kereta Global 2022: BMW Menandingi Mercedes-Benz, Jualan VW & Audi Turun?
Artikel ini mendedahkan pencapaian jualan antara jenama automotif terbesar sepanjang tahun lalu.
12-01-2023
Mercedes Bina Rangkaian Pengecasan 350kW, Sasar 10K Pengecas Menjelang 2030 Seluruh Dunia!
Mercedes-Benz telah mengumumkan bahawa ia akan mewujudkan rangkaian pengecasan kenderaan elektrik (EV) di seluruh Amerika Utara, Eropah, China dan pasaran utama yang lain.
08-01-2023
Ibu, Anak Terkorban!
Seorang wanita bersama bayinya yang berusia tiga bulan maut dalam kemalangan di Kilometer 34 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.
12-10-2022
Berita Terkini
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?
Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.
09-09-2026
Geely Panda Mini Karting Dilancar: Harga RM26k & Bateri CATL
Geely Panda Mini Karting Rasmi Dilancar, Jarak Sejauh 210km.
09-09-2026
Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi
Honda Kekalkan Transmisi Manual, Cuma Untuk Model Prestasi Sahaja.
03-09-2026
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu
Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.
28-08-2026
Realiti Atau Gimik Digital? Voyah Passion S Buktikan Kemampuan Aksi Ekstrem 360 Darjah
Voyah Passion S boleh pusing semacam.
17-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
