ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Automobili Lamborghini Sertai Konvoi Sejauh 322KM

Suhana Veru

Kongsi melalui

Program yang dimulakan pada musim sejuk 2021, sekumpulan Lamborghini  merentasi Cairngorms Scotland bagi  mencari laluan pemanduan yang sempurna baru-baru ini.

Merasai suasana sebenar di Scotland, beberapa model Aventador dan Huracan termasuk Urus menyertai konvoi sejauh 322 kilometer yang berlatar belakang pemandangan yang sungguh menakjubkan.

Konvoi Lambo itu melalui laluan yang bersalji bermula dari Edinburgh dan turut menelusuri pusat  peranginan dan perkampungan tertinggi di Tomintoul, Scoltland.

Selain pelbagai warna lambo, ngauman enjinnnya yang membanjiri laluan berkenaan, nyata menjadi tumpuan apatah lagi ketika ia memasuki galeri seni di Cairngorms yang dibina untuk pengembara di laluan Snow Road.

Ia dinamakan “Still” yang terletak di luar Tomintoul. Konvoi berkenaan kemudian turut  melalui pusat peranginan Lecht dan akhirnya ke pusat ski  Glenshee Cairnwell.

Dalam barisan itu, armada berkenaan terdiri daripada  Aventador SVJ Roadster, 'Arancio Fux', 'Blu Dedalo' dan Aventador S.

Selain itu, turut serta dalam barisan itu ialah Huracán EVO, termasuk pacuan empat roda kapsul Fluo dan 'Arancio Dac' .

Konvoi itu juga diiringi  Bianco Asopo’ Spyder,‘ Bianco Canopus’ dan  ‘Giallo Tenerife’.

Bagi melengkapkan  barisan, Huracán STO terbaharu juga menikmati DNA perlumbaannya untuk mengharungi laluan dan selekoh tajam di kawasan Tanah Tinggi Scotland.

Bukan sekadar itu sahaja, ketika bermalam di Hauser dan Wirth, kesemua pemandu Lamborghini dibawa dengan menggunakan Lamborghini Urus untuk ke Taman  Negara Cairngorms.

Bercerita mengenai Urus, ia didatangkan dengan tiga pilihan warna seperti Pearl Capsule Arancio Borealis’, ‘Giallo Inti’ dan ‘Graphite Capsule’ in matt ‘Grigio Keres’.

Apapun, destinasi terakhir mereka membawa pengakhiran yang cukup sebaik tiba di negeri paling utara di Eropah dimana mereka berpeluang menyaksikan keindahan bintang yang dikenali sebagai Cor Tauri.

Ia yang merupakan buruj Taurus yang paling terang membuatkan Lamborghini memberi nama julukannya sebagai Cor Tauri bagi menerangkan perancangan masa hadapannya ke arah kenderaan elektrifikasi alam usaha untuk mencapai strategi kelestarian alam sekitar syarikat tersebut.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRY4512

SELANGOR

BSV1172

JOHOR

JH4075J

PULAU PINANG

PSH4012

PERAK

APM9475

PAHANG

CFJ4082

KEDAH

KGJ8110

NEGERI SEMBILAN

NEM5843

KOTA KINABALU

SJV1820

KUCHING

QAB198Q

Terakhir Kemas Kini 14 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

24-03-2025
Global

19-08-2024
Gaya Hidup

20-05-2024
Gaya Hidup

12-05-2024
Global

23-04-2024
Global

12-04-2024
Global

29-03-2024
Global

22-03-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse

Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse

: Pengiktirafan Global BMW Retail.NEXT Untuk Auto Bavaria Balakong.

13-11-2026
Berita Auto
Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu

Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu

Isu Letak Jawatan Anthony Loke Masih Belum Selesai.

13-11-2026
Berita Auto
Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok

Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok

LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.

12-11-2026
Berita Auto
Siapa Pengganti Menteri Pengangkuran?

Siapa Pengganti Menteri Pengangkuran?

Pengganti Anthony Loke Masih Belum Dibincangkan.

12-11-2026
Berita Auto
JPJ Cipta Sejarah

JPJ Cipta Sejarah

Nombor Pendaftaran Siri H Catat Sejarah, JPJ Kutip RM91.2 Juta.

11-11-2026
Berita Auto
Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang

Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang

Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.

11-11-2026
Berita Auto
Isu Najib Tahanan Rumah: Anthony Loke Letak Jawatan Serta-Merta

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.