Lamborghini Revuelto Versi PHEV Dilancarkan – Hypercar PHEV V12, Cecah 1,001 HP

Automobili Lamborghini sebentar tadi telah melancarkan Lamborghini Revuelto secara rasmi di Malaysia, sempena ulang tahun ke-60 jenama ini. Revuelto yang diperkenalkan untuk tatapan umum kali ini adalah sebuah kenderaan elektrik berprestasi tinggi dengan teknologi hibrid plug-in V12 yang pertama di Malaysia.
CIRI MEKANIKAL


Lamborghini Revuelto dikuasakan oleh enjin V12 6.5L yang dipasang di bahagian tengah dan tiga motor elektrik. Model ini menggunakan bateri lithium-ion berkuasa tinggi (4500 W/kg) yang terletak dalam ‘terowong’ pusat, demi pusat graviti yang paling minimum dan memastikan pembahagian berat yang optimum.
-full.webp)
Bateri ini boleh dicas dengan pengecas maksimum 7 kW dalam masa hanya 30 minit. Pengecasan juga boleh dibuat melalui brek regeneratif dari roda hadapan atau terus dari enjin V12 dalam masa hanya enam minit.
-full.webp)
-full.webp)
Gabungan tork daripada enjin pembakaran dan tiga motor elektrik ini menawarkan prestasi yang menakjubkan dengan 725 Nm oleh enjin pembakaran dan 350 Nm dari setiap motor elektrik hadapan. Secara keseluruhan, unit kuasa ini memberikan output maksimum gabungan sebanyak 1015 CV.
Ciri-ciri inovatif termasuk penyejajaran tork elektrik, sistem pengendalian empat roda, dan aerodinamik aktif, meningkatkan keseluruhan tahap kecekapan dan downforce Revuelto.

Bergantung kepada kesesuaian permukaan jalan dan personaliti yang cuba dikeluarkan, tiga mod pemanduan ditawarkan iaitu Recharge, Hybrid dan Performance, yang boleh digabungkan dengan mod Città (Bandar), Strada, Sport dan Corsa, boleh dipilih melalui dua rotor yang terletak pada stereng yang direka semula, memberikan jumlah keseluruhan 13 tetapan dinamik.
REKA BENTUK
-full.webp)
-full.webp)
-full.webp)
-full.webp)
Revuelto yang diperkenalkan kali ini masih mengekalkan DNA Lamborghini yang ikonik walaupun dalam masa yang sama tampil dengan bahasa rekaan yang lebih segar. Sentuhan klasik model terdahulu juga masih dapat dilihat, antaranya bukaan pintu gunting Lamborghini Diablo dan rekaan sudut depan Murcielago.
-full.webp)
Revuelto diberikan pelbagai elemen yang diinspirasikan daripada aerospace moden dengan pelbagai elemen berbentuk Y digunakan, ini diserlahkan melalui rekaan sudut-sudut ‘tajam’ serta lampu nyalaan siang berbentuk, lampu hadapan dan lampu belakang berbentuk Y.
Gaya moden ini disempunakan lagi dengan pelbagai elemen aerodinamik seperti sirip sisi, splitter hadapan, diffuser belakang serta spoiler aktif belakang.
KABIN



Lamborghini Revuelto menawarkan pengalaman pemanduan yang moden dan unik dengan adanya pelbagai teknologi canggih. Model ini tampil dengan reka bentuk dalaman yang canggih dengan sistem antaramuka atau HMI terkini yang merangkumi tiga skrin: kluster instrumen 12.3”, paparan pusat 8.4”, dan skrin tambahan bersaiz 9.1”.
-full.webp)
Sistem hiburan kali ini hadir dengan fungsi baharu yang membolehkan pengalaman di dalam kabin terasa lebih unik dan eksklusif mengikut keinginan.


Selain itu, reka bentuk stereng yang diinspirasikan daripada kereta perlumbaan, menawarkan akses yang mudah kepada ciri dinamik kenderaan (mod pemanduan) dan kawalan multimedia.
Sistem navigasi yang disediakan kali ini juga lebih canggih dengan info terkini, sementara fungsi Amazon Alexa membolehkan arahan suara untuk pelbagai fungsi.
KESELAMATAN

Dari segi keselamatan, Revuelto dilengkapi Sistem Bantuan Pemandu Tercanggih (ADAS) yang termasuk amaran keluar lorong, pemantau titik buta, kawalan pelayaran adaptif, amaran lintasan trafik belakang, serta pandangan kamera yang canggih untuk memudahkan pergerakan kenderaan.
HARGA
Buat masa ini, tempahan bagi Lamborghini Revuelto baharu telah dibuka oleh Lamborghini Kuala Lumpur dengan harga yang akan dimaklumkan (POA). Walau bagaimanapun, pihak dalaman dari Lamborghini Kuala Lumpur menyatakan bahawa harga Revuelto ini adalah dalam lingkungan sekitar RM2.5 juta tidak termasuk pilihan/aksesori tambahan, cukai dan duti.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQR1753
SELANGOR
BSN4692
JOHOR
JYT4661
PULAU PINANG
PSA6584
PERAK
APG1363
PAHANG
CFF8493
KEDAH
KGE8326
NEGERI SEMBILAN
NEJ8148
KOTA KINABALU
SJQ8651
KUCHING
QAB4273N
Terakhir Kemas Kini 20 Mar, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
PHEV Mana Patut Beli? Omoda C9, Jaecoo J7, or Proton e.MAS 7
Ramai pening nak pilih mana satu antara Omoda C9, Jaecoo J7 atau Proton e.MAS, kami bantu anda.
19-03-2026
JETOUR T2 -RM156,800, Sistem XWD pintar, ADAS Tahap 2
Jetour T2 rasmi dilancarkan di Malaysia,
13-03-2026
Proton X90 MC 2026 Rasmi Dilancarkan: Kini Dengan Enjin 4-Silinder & Apple CarPlay Tanpa Wayar
Proton X90 MC 2026 Kini Di Pasaran: Adakah Ini SUV 7-Tempat Duduk Impian Anda?
11-03-2026
Risalah BOCOR, Sebelum Lancar, Proton X90 2026 (MC) Bakal Gegarkan Pasaran Dengan Teknologi Baharu
Beberapa portal automotif tempatan menyatakan bahawa Proton X90 MC 2026 akan dilancarkan dalam tempoh terdekat ini.
09-03-2026
Mitsubishi Triton Championship Edition Bakal Dilancar, Edisi Terhad AXCR, Harga Bermula - RM155,980
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) secara rasmi bakal menggegarkan pasaran trak pikap tempatan dengan pelancaran Mitsubishi Triton Championship Edition pada 11 Mac ini.
06-03-2026
Proton X50 & HR-V Ada Pesaing Baru! JAECOO J5 Kini Dilancarkan - Harga RM108K
OMODA | JAECOO Malaysia telah melancarkan secara rasminya JAECOO J5 ke pasaran tempatan dengan harga RM108,000, sebentar tadi.
05-03-2026
Lebih Jimat, Lebih Mewah! Toyota Harrier Hybrid Kini Di Malaysia Pada Harga RM289,000
UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasminya telah memperkenalkan hibrid premium, Toyota Harrier 2.5 Hybrid Electric Vehicle (HEV), di pasaran tempatan, baru-baru ini.
04-03-2026
Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM258,888
Mercedes-Benz Malaysia sekali lagi mengukuhkan dominasinya dalam segmen SUV kompak premium dengan pelancaran edisi khas yang dinanti-nantikan iaitu Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition.
04-03-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat


