Kia Carens Bakal Menembusi Pasaran Di India Pada Selasa Depan
Kia Carens serba baharu dikhabarkan akan dilancarkan pada 15 Februari ini di India dengan tiga pilihan enjin.
Pilihan enjin itu terdiri daripada Smartstream 1.5 liter, petrol turbo T-GDi Smartstream 1.4 liter dan enjin diesel 1.5 CRDi VGT.
Begitupun, ketiga-tiga enjin akan didatangkan dengan kotak gear manual 6-kelajuan sebagai standard, manakala enjin petrol didatangkan dengan unit penukar tork automatik 7-kelajuan dan 6-kelajuan pilihan.

Secara amnya, kenderaan pelbagai guna (MPV) ini berasaskan platform yang sama seperti Kia Seltos dan menggunakan bahasa reka bentuk syarikat iaitu 'Opposites United'.
Dibina dengan rangkaian kuasa petrol dan diesel yang sama seperti Kia Seltos, kenderaan dengan tiga barisan tempat duduk itu nampaknya mendapat permintaan yang tinggi.
Apa tidaknya, syarikat itu menerima lebih 7,700 pra-pesanan untuk Carens hanya dalam tempoh 24 jam pertama sebaik tempahan dibuka.

Untuk rekod, Kia Carens akan menjadi produk keempat pengeluar kereta Korea Selatan itu di India.
Ia menawarkan lima trim- Premium, Prestige, Prestige Plus, Luxury dan Luxury Plus. Ia yang hadir dengan enam dan tujuh barisan tempat duduk nyata menawarkan tempat duduk yang cukup luas.


Difahamkan, ia merupakan Kia pertama di India yang menggunakan bahasa reka bentuk yang baharu yang mula diperkenalkan pada Kia EV6 di seluruh dunia.
Seperti biasa, jentera ini juga menawarkan lampu hadapan LED, lampu nyalaan siang hari LED, rim aloi 16-inci, rel bumbung, bahagian bamparnya pula didatangkan dengan perincian krom.

Menyentuh mengenai kabin dalamannya, ia dilengkapi dengan sistem infotainmen 10.25 inci yang hadir bersama teknologi “Kia Connect”.
MPV ini juga dilengkapi dengan sistem bunyi premium Bose dengan lapan pembesar suara.
Apa yang menarik, ia turut menyediakan udara bersih kepada pemandu dan penumpang memandangkan terdapat Smart Pure Air Purifier dengan perlindungan virus dan bakteria.
Sementara itu, kerusi hadapannya berventilasi manakala barisan tempat duduk kedua pula boleh dilaras secara elektrik selain terdapat bumbung panorama.

Menyentuh mengenai ciri keselamatan, ia menawarkan enam beg udara, kawalan kestabilan elektronik, pengurusan kestabilan kenderaan (VSM), Sistem Brek Anti-Kunci , Sistem Bantuan Brek dan sensor undur kereta.

Apakah pendapat anda mengenai jentera ini? Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS2830
SELANGOR
BSU1459
JOHOR
JF716J
PULAU PINANG
PSF9630
PERAK
APL8093
PAHANG
CFH8735
KEDAH
KGJ3060
NEGERI SEMBILAN
NEM1463
KOTA KINABALU
SJU3601
KUCHING
QAB6707P
Terakhir Kemas Kini 30 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu
Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.
30-09-2026
Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia
Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.
30-09-2026
Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok
Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.
29-09-2026
Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching
Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.
29-09-2026
EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan
PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.
29-09-2026
Bila Anthony Loke Letak Jawatan?
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri
29-09-2026
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat