BMW Buka Pusat Pengedaran 4S Yang Pertama Di Lembah Klang
Pengedar rasmi BMW, Millenium Welt membuka pusat pengedaran yang pertama miliknya di Jalan Kuching, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Cawangan yang terletak di Utara Kuala Lumpur itu merupakan sebuah pusat Jualan, Servis, Alat Ganti dan Sistem BMW termasuk Premium Selection (BPS).

Pusat pengedaran yang dibina di atas ruang seluas 35,600 kaki persegi dapat memuatkan sehingga lima kenderaan BMW serta 10 kenderaan BMW Premium Selection.
Malah, terdapat 20 ruang selepas jualan, termasuk lima laluan segera dan tiga ruang servis RATC.
Ini bermakna, pusat 4S ini mampu memenuhi sehingga 60 janji temu servis kenderaan setiap hari.

Millenium Welt ini mempunyai 90 orang kakitangan, termasuk lima juruteknik voltan tinggi bertauliah.
Tidak ketinggalan pusat servis ini boleh dikatakan serba lengkap. Apa tidaknya, ia juga dilengkapi dengan ruang berehat,Bar Isetta, bahagian khas untuk barangan gaya hidup BMW, aksesori dan alat ganti.
Pelanggan juga boleh memperbaharui insurans kenderaan mereka dan menukar kenderaan terpakai mereka.
Millennium Welt turut mendakwa bahawa dengan menggunakan penyongsang mikro untuk menukar arus terus (DC) kepada arus ulang-alik (AC) di atas bumbungnya dengan selamat, pihaknya dapat menjimatkan bil elektrik sebanyak RM4,900 pada setiap bulan.
Syarikat itu juga dapat mengurangkan emisi karbon sebanyak 86 tan pada setiap tahun.

Sementara itu, pemilik kenderaan elektrik boleh mengecas kenderaan mereka dengan menggunakan khidmat pengecasan AC/DC di ruang parkir pelanggan.
“Pusat pengedar Millennium Welt di Utara Kuala Lumpur merupakan pusat servis tambahan yang dialu-alukan kepada rangkaian pengedar kami yang luas di Lembah Klang.
“Kami berpeluang berkembang seiring dengan bilangan penyerahan dan pelanggan kami di kawasan ini. Kawasan pinggir Utara Kuala Lumpur dilihat sedang membangun dengan unjuran untuk menyumbang lebih daripada 500 buah kenderaan bagi segmen premium dalam tempoh beberapa tahun yang akan datang,” kata Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser.

Sementara itu, Pengarah Urusan Millennium Welt, Bryan Wong berkata, pihaknya mengalu-alukan pengedar pertama yang paling cekap tenaga di Kuala Lumpur.
Bagi menyokong mobiliti rendah karbon Millenium Welt sanggup untuk membuat pelaburan dalam inisiatif tertentu.
“Berbekalkan sokongan daripada pelanggan, kami menetapkan sasaran besar bagi Millennium Welt untuk menyerahkan 2,400 buah kenderaan yang meliputi jenama BMW, MINI, MINI Next, BMW Motorrad dan BMW Premium Selection pada tahun ini,” katanya.
Millennium Welt Utara Kuala Lumpur kini dibuka dari 8:30 pagi hingga 6:30 petang pada hari Isnin hingga Sabtu, dan dari 10 pagi hingga 6 petang pada hari Ahad.

Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7425
SELANGOR
BST4359
JOHOR
JD5680J
PULAU PINANG
PSF3086
PERAK
APL2341
PAHANG
CFH6187
KEDAH
KGH8563
NEGERI SEMBILAN
NEL6817
KOTA KINABALU
SJT8784
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 03 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
