Ford Ranger XLT Plus Special Edition Berharga RM136,888 Kini Sudah Boleh Ditempah
Hari ini, Sime Darby Auto Connexion Sdn Bhd (SDAC) pengedar tunggal Ford, Malaysia telah melancarakan Ford Ranger XLT Plus edisi istimewa (Special Edition).
Tertarik untuk mendapatkan kereta ini? Ada beberapa perkara penting yang anda perlu tahu:
1) Sebuah unit Ford Ranger XLT Plus Special Edition akan dipratontonkan di Queensbay Mall, Penang bermula 24 hingga 27 Februari, 2022.
2) Unit pameran ini bakal tiba di bilik pameran Ford seluruh negara bermula 10 Mac, 2022.
3) Penambahbaikan yang terdapat pada Special Edition adalah termasuk rekaan gril depan baharu, dapra lebar, bar sport baharu, plat ambang pintu beriluminasi baharu dan juga kamera DVR terbina dalam.
4) Berharga RM136,888 (harga atas jalan, tanpa insurans dan cukai jalan), Ford Ranger XLT Plus Special Edition kini sudah boleh ditempah.
Menurut Pengarah Pengurusan Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair, jentera Ford Ranger XLT Plus Special Edition merupakan sebuah kenderaan yang ideal untuk kegunaan santai, dengan keluarga mahupun untuk kerja.

Ditawarkan dalam lima warna – Absolute Black, Aluminium Metallic, Arctic White, Lightning Blue dan Meteor Grey. Varian istimewa ini telah diberi penambahbaikan berbanding varian biasa untuk menawarkan lebih banyak ciri luaran yang unik dan tampil lebih berani.
Reka bentuk gril depan dengan tulisan Ford yang besar, dapra lebar yang menonjol rekaannya serta bar sporty yang diberikan sentuhan baharu merupakan ciri yang paling menyerlah pada varian istimewa ini.

Bergerak ke bahagian dalam, ciri menarik kereta ialah plat ambang pintu yang beriluminasi dengan logo Ranger, DVR, rakaman berdefinisi tinggi (HD), pandangan lebar, rakaman pandangan malam, filter terpolarisasi terbina dalam dan juga aplikasi mobil yang tersambung dengan hotspot.
Sistem infotainmen kereta boleh disambungkan dengan Apple iOS dan Android, selain turut didatangkan dengan kad memori 32GB. Ciri ini membolehkan pemandu merakam laluan yang ditempuhi.
Dari segi prestasi, Ford Ranger XLT Plus Special Edition menggunakan enjin turbo tunggal 2.0L yang digabungkan dengan transmisi automatik 10 kelajuan. Sistem ini dapat menjana sebanyak 178 hp dan tork 420 Nm. 
Jentera turut memiliki kemampuan untuk meredah air 800 mm selain kapasiti menunda yang tinggi.
Ciri lain yang terdapat pada kenderaan berteknologi tinggi ini ialah Easy Lift Tailgate, sistem multimedia SYNC® dengan kamera undur, 4x4 shift-on-the-fly elektronik, stereng bantuan berkuasa elektrik (EPAS) yang ringan, Limited Slip Differential, kawalan turun bukit, bantuan mula mendaki, sistem brek antikunci dengan bantuan brek kecemasan (EBA) dan agihan brek elektronik (EBD), cagak tempat duduk kanak-kanak ISOFIX, kawalan kestabilan elektronik dengan kawalan cengkaman, mitigasi olengan, kawalan ayunan treler, kawalan beban adaptif dan Ford MyKey.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge


