Program Penyesuaian Khas - Bugatti Sur Mesure

Kemahiran pereka bentuk dan kejuruteraan digabungkan bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat, maka Bugatti menawarkan pakej penyesuaiannya, “Bugatti Sur Mesure” kepada para pelanggannya.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa ia diterjemahkan sebagai penyesuaian?

Ini kerana “Bugatti Sur Mesure” dibina berdasarkan sejarah binaan pengeluar kereta selain kesemua bahagian dalamannya dihasilkan dengan buatan tangan serta disulam.
Bermula dari konsep rekaan menerusi pengeluaran kenderaan sehinggalah penyerahan terakhir, pelanggan akan menerima pengalaman sebenar di Molsheim.

Pengarah Urusan Jualan dan Pemasaran Bugatti, Hendrik Malinowski, berkata, pihaknya telah bekerjasama dengan pelanggan sejak sekian lama bagi menghasilkan kereta sport hiper yang terbaik.
“Ia sentiasa melalui proses penyesuaian tetapi apabila bilangan pelanggan semakin meningkat, mereka meminta pakej penyesuaian yang terperinci.
“Maka, pelancaran 'Bugatti Sur Mesure' akan memastikan ia dapat memenuhi keinginan mereka dengan tahap perincian yang sempurna yang diperlukan daripada Bugatti,” katanya.
Sebagai permulaan, apabila mereka cipta sebuah Bugatti, bilangan warna luaran dan kemasan material kulit menjadi tidak terhad.

Oleh itu, bagi mereka mahukan penyesuaian yang lebih ketara atau mencipta hasil karya automotif peribadi yang benar-benar unik, maka “Bugatti Sur Mesure' boleh digunakan dengan sebaik mungkin.
Bagi membuktikan dakwaannya, Bugatti telah mempamerkan keupayaannya untuk memperibadikan kereta sport hipernya ke tahap yang sangat hebat.

Misalnya menetapkan piawaian baharu pada 2013 untuk siri Veyron ‘Les Légendes de Bugatti’ yang menyaksikan enam edisi model eksklusif.
Paling penting, setiap satu diperibadikan dengan kemasan luaran dan dalaman yang unik sekali gus mencipta sebuah jentera yang luar biasa.

Kemudian, tahun 2019, ia menyaksikan ketibaan Bugatti Chiron ‘Zebra 1 of 1’, yang merupakan jentera khas untuk pelanggan di Qatar.
Ia menampilkan tema warna Titanic Blue dan Gunpowder Grey yang dilukis dengan tangan oleh ahli seni yang berbakat.
Kerja-kerja itu mengambil masa selama lebih daripada tiga minggu.

Tahun 2021 pula menyaksikan Divo 'Ladybug' yang melambangkan sejauh mana Bugatti dapat menyesuaikan kereta sport hipernya.
Kerangka badan Divo pula menghiasi corak pudar algoritma dinamik geometri yang sangat kompleks.
Kerja-kerja lukisan digital itu pula dikatakan mengambil masa selama 18 bulan.

Secara jelas, pencapaian khusus ini menggambarkan bagaimana Bugatti terus melangkaui sempadan dalam menjadikan visi pelanggan menjadi kenyataan.
Bercakap tentang visi yang menjadi kenyataan, ciptaan rasmi pertama 'Sur Mesure' itu merupakan sumber inspirasi daripada Bugatti Grand Prix.

Oleh itu, 'Bugatti Sur Mesure' memperkenalkan projek pelanggan pertamanya, Chiron Pur Sport yang diilhamkan oleh pemandu kereta lumba terkenal, Louis Chiron.
Menariknya, perintis pelumba pertama yang memandu kereta lumba prototaip Bugatti dikatakan kagum melihat keberanian dan bakatnya ketika beraksi di medan perlumbaan.

Antaranya seperti Louis Chiron yang mencipta banyak kemenangan dengan menggunakan Bugatti.
Beliau mencipta kemenangan epiknya sekitar tahun 1931 di Grand Prix Perancis, termasuk pelumba kereta dari Itali, Achille Varzi, yang turut mencipta kemenangan dengan menggunakan Bugatti Type 51 yang ditulis dengan nombor '32'.

Seterusnya, dua warna luaran baharu dicipta untuk memberi penghormatan kepada perlumbaan Bugatti Grand Prix legenda sekitar tahun 20-an dan 30-an.
Nombor ini dicat dengan menggunakan tangan dan kini Pur Sport hanya satu-satunya yang dihasilkan dengan buatan khas.
Seterusnya, dua warna luaran baharu dicipta untuk memberi penghormatan kepada perlumbaan Bugatti Grand Prix legenda sekitar tahun 20-an dan 30-an.

Selain itu, pasukan 'Bugatti Sur Mesure' juga membangunkan corak baharu EB yang dihasilkan dengan menggunakan tangan.
Corak tersebut dikatakan lengkap dengan pelbagai jahitan bermotif EB di bahagian panel pintu dimana kedua-duanya memerlukan teknik dan proses baharu yang dibangunkan oleh pasukan Bugatti Sur Mesure.
Selain itu, motif '32' dan 'Grand Prix' diteruskan di seluruh kabin, termasuk di bahagian konsol tengah khas dalam aluminium anodis hitam, dengan tulisan perak yang dilukis tangan.

Bagi menyempurnakan susun aturnya, motif itu turut menghiasi bahagian kepintu, perehat kepala dan lampu.
Terdapat juga penjenamaan halus yang membezakan model itu sebagai produk program yang jarang ditemui dan unik.
Pelanggan kami sering sangat tertarik dengan warisan sukan permotoran Bugatti, dan 'Sur Mesure' harus diberi penghormatan kepada salah satu ikon perlumbaan hebat kami.
“Kami sangat berpuas hati dengan penciptaan ini sehingga kami berhasrat untuk menyediakan lebih banyak idea kepada lebih ramai pelanggan kami menerusi Chiron Pur Sport,” kata Malinowski.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7915
SELANGOR
BSU9386
JOHOR
JH1934J
PULAU PINANG
PSH3136
PERAK
APM8043
PAHANG
CFJ3720
KEDAH
KGJ7510
NEGERI SEMBILAN
NEM5464
KOTA KINABALU
SJV1134
KUCHING
QAB9667P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



