- Berita
- Berita Auto
- Toyota Rancang Keluar 30 EV Menjelang 2030 Dan Lexus Bakal Jadi Jenama EV Mulai 2035
Toyota Rancang Keluar 30 EV Menjelang 2030 Dan Lexus Bakal Jadi Jenama EV Mulai 2035
Melihatkan perkembangan semasa industri automotif, tidak mustahil untuk dikatakan bahawa EV bakal menguasai pasaran dalam masa lima tahun akan datang.
Ekoran perkembangan ini, syarikat pengeluar kereta Jepun, Toyota, sudah semestinya tidak mahu ketinggalan untuk bersaing dalam menghasilkan model-model kereta elektrik. Ini terbukti apabila syarikat mengumumkan perancangan untuk mengeluarkan sebanyak 30 EV menjelang tahun 2030 dan bukannya hanya 15 EV menjelang 2025 seperti yang diumumkan sebelum ini.

Bukan itu sahaja, Toyota turut meletakkan sasaran untuk menjual sebanyak 3.5 juta bateri EV di seluruh dunia menjelang 2030 dan menjadikan jenama Lexus sebagai jenama EV menjelang tahun 2035.
Menyedari syarikat telah ketinggalan jauh ke belakang berbanding jenama-jenama lain seperti Tesla, Nissan, General Motors dan juga Volkswagen dari segi teknologi elektrifikasi, Toyota mengambil alternatif untuk melaburkan sebanyak 2 trilion yen (RM 72.45 bilion) dalam teknologi kenderaan bateri, tambahan sebanyak 1.5 trilion yen (RM 54.34 bilion) berbanding komitmen yang diumumkan dahulu.

Sebelum ini, beberapa eksekutif tinggi syarikat, termasuklah Ketua Pegawai Eksekutif, Akio Toyoda pernah membuat kenyataan bahawa tren ke arah penggunaan EV tidak akan pergi jauh, namun kini Toyoda telah mula menerima realiti, EV adalah masa depan industri automotif.

"Saya percaya, mencapai neutraliti karbon bermaksud merealisasikan dunia yang mana orang ramai dapat terus hidup di planet ini dalam kegembiraan," ujar Toyoda.
"Kami ingin membantu merealisasikan dunia sebegitu. Ini telah menjadi dan akan terus menjadi harapan serta misi Toyota sebagai sebuah syarikat global. Untuk cabaran itu, kami perlu mengurangkan emisi CO2 sebanyak yang mungkin, secepat yang mungkin."
Toyota mempamerkan beberapa kenderaan konsep semasa pengumuman diadakan. Kereta-kereta yang dipamerkan adalah merangkumi kereta sedan, sport, crossover, SUV, trak pikap, dan beberapa pengangkutan boxy. Namun begitu, tiada maklumat terperinci dikongsikan mengenai kereta-kereta konsep ini.

Walau bagaimanapun, Toyota memaklumkan bahawa kereta sport Lexus yang akan dihasilkan pada masa akan datang memiliki "jarak pelayaran" sehingga 700 km (434 batu) dan mampu memecut daripada 0 ke 60 batu sejam dalam masa kurang daripada dua saat. SUV kompak BZ4X, EV jarak jauh pertama Toyota akan tiba di Amerika Syarikat pada pertengahan tahun 2022.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7360
SELANGOR
BSU9305
JOHOR
JH1733J
PULAU PINANG
PSH2985
PERAK
APM7928
PAHANG
CFJ3684
KEDAH
KGJ7458
NEGERI SEMBILAN
NEM5428
KOTA KINABALU
SJV1074
KUCHING
QAB9647P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
Perodua-Toyota-Daihatsu Bersatu Tenaga, Mampu Tumbangkan Syarikat EV China?
EV China Bakal Gugat? Jika Perodua dan Pakatan Jepun Bersatu Tenaga.
21-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Jualan Kereta Sept: Perodua Tetap King, Jetour Buat Kejutan
Perodua menerajui carta jualan September 2026.
15-10-2026
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?
Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.
08-05-2026
15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia
Dominasi Toyota Berterusan: Jenama Bukan Nasional Paling Laris di Malaysia.
15-04-2026
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
