- Berita
- Berita Auto
- NIO ET5, EV Dengan Jarak Perjalanan 1000KM Bakal Diserahkan Kepada Pembeli Tak Lama Lagi
NIO ET5, EV Dengan Jarak Perjalanan 1000KM Bakal Diserahkan Kepada Pembeli Tak Lama Lagi
Pengeluar kenderaan elektrik (EV) China, NIO, baru-baru ini telah mendedahkan foto-foto yang menunjukkan prototaip pengesahan untuk barisan pengeluaran ET5 yang telah bermula di kilang Hefei. Model ini bakal diserahkan kepada pembeli di negara China pada bulan September nanti.

Sedan elektrik ET5 merupakan sedan keluaran kedua daripada NIO selepas model ET7 yang baru sahaja dibuka untuk tempahan pada bulan Januari. Model baharu, ET5 telah dipertontonkan secara rasminya kepada orang ramai pada bulan Disember lalu semasa acara tahunan, NIO Day 2021.

Penghasilan prototaip ini merupakan satu proses yang penting pada fasa Binaan Pengesahan atau Validation Build. Pada peringkat ini, ET5 akan melalui pelbagai ujian dan kerja-kerja pengesan yang mana jurutera-jurutera terlibat akan mengenalpasti masalah-masalah yang berpotensi berlaku. Ini dapat mengoptimumkan proses pengeluaran, mengesahkan fungsi-fungsi kereta dan banyak lagi aspek penting kereta yang lain.
Bentuk badan NIO ET5 diilihamkan daripada model model ET7. Namun pada sudut depan pula ia kelihatan seperti NIO EP9 melalui bamparnya. Memasuki ruangan kabin, ET5 tampil dengan ciri menarik, PanoCinema iaitu kokpit digital panoramik dengan teknologi AR dan VR.

NIO berkolaborasi dengan syarikat AR, NREAL, yang membangunkan cermin mata AR eksklusif untuk NIO yang boleh memaparkan skrin bersaiz 201 inci untuk pemandu. Selain itu, ia turut hadir dengan pencahayaan ambien 256 warna serta sistem audio keliling Dolby Atmos 7.1.4.

Pesaing kepada Tesla Model 3 ini ditawarkan dengan kemampuan jarak pemanduan yang bermula daripada 550 ke 1000 km, bergantung kepda jenis bateri yang digunakan. Jarak sejauh 550 km dapat dicapai dengan bateri Standard Range berkapasiti 75 kWj, jarak 700 km pula dengan pek bateri 100 kWj dan yang paling jauh, 1,000 km menggunakan pek bateri Ultralong Range yang berkuasa 150 kWj. Jarak perjalanan ini adalah berdasarkan kitaran ujian tugas ringan China (CLTC).
Kereta ini menggunakan trenkuasa dwi-motor dengan output gabungan sebanyak 480 hp dan tork 700 Nm, menggunakan sistem ini, kereta dapat mencapai 100 km/j daripada 0 km/j dalam masa hanya 4.3 saat.
Di negara China, model ini ditawarkan dalam sembilan pilihan warna. Buat masa ini, kereta keluaran NIO ditawarkan di negara China dan Noway, dalam masa yang sama, syarilkat turut mengumumkan perancnagan untuk memperluas pasaran ke sekitar Eropah seperti Jerman, Netherland, Denmark dan Sweden.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQY5930
SELANGOR
BSQ2476
JOHOR
JYW9747
PULAU PINANG
PSC4159
PERAK
APH5640
PAHANG
CFG5547
KEDAH
KGG1256
NEGERI SEMBILAN
NEK4532
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB7970N
Terakhir Kemas Kini 22 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
NIO Dapat Kelulusan, ES8 Sedia Tembusi Buat Pertama Kali Pasaran Luar Negara!
NIO mengesahkan bahawa kereta SUV elektrik pintarnya menerima proses Kelulusan Jenis Kenderaan Seluruh Eropah (EWVTA) baru-baru ini.
05-08-2021
Berita Terkini
1.9 Juta Kereta Masuk Pulau Pinang Bermula 27 Mei -2 Jun 2026
Sebanyak 1.9 juta kenderaan dijangka memasuki dan melalui Pulau Pinang sepanjang cuti panjang bermula 27 Mei ini.
22-05-2026
Projek RM20 Juta: Laluan Motosikal Jalan Persekutuan Wajah Baharu Ogos Ini
Riders Lebuhraya Persekutuan, Ini Apa Yang Bakal Berubah Pada Laluan Motosikal Menjelang Ogos!
22-05-2026
Lencongan Jalan Lojing-Gua Musang Sudah Dibuka
Jalan Lojing-Gua Musang Dibuka Jam 5 Petang Ini, JKR Ingatkan Pemandu Kurangkan Had Laju!
21-05-2026
Toyota Yaris Cross Malaysia: Laku Keras, Raih 2,298 Tempahan Dalam Dua Minggu
Rakyat Malaysia Serbu Toyota! Yaris Cross Catat Lebih 2,000 Tempahan Selepas 14 Hari Pelancaran.
21-05-2026
Mega Jam 2.2 Juta Kereta Sehari
Nak Cuti Panjang, Ini Tarikh-Tarikh ‘Keras’ Yang Anda Wajib Elak Di Lebuhraya PLUS!
20-05-2026
iCAUR 03 CKD Kini Dipasang Di Shah Alam, Harga Marhaen
Bukan Lagi CBU! SUV EV 'Retro-Kotak' iCAUR 03 Kini Mula Dipasang Di Shah Alam, Harga RM129k!
20-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat

