PETRONAS Raih Untung Bersih RM48.6 Bilion Untuk Tahun Kewangan 2021

Petronas mencatat keuntungan bersih sebanyak RM48.6 bilion untuk tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember, 2021 dengan perolehan sebanyak RM248.0 bilion.
Prestasi yang baik ini didorong oleh pemulihan permintaan terhadap tenaga dan juga kelonggaran sekatan perjalanan di peringkat global.
Pada tahun 2020, kumpulan mencatatkan kerugian selepas cukai sebanyak RM21.0 bilion namun berjaya mencatatkan keuntungan bersih yang tinggi iaitu RM48.6 bilion untuk tahun kewangan 2021. Perolehan semasa yang berjaya diraih sebanyak RM248.0 bilion adalah disebabkan oleh impak harga yang menggalakkan untuk produk utama sejajar dengan purata harga realisasi yang lebih tinggi.

Pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) meningkat sebanyak RM100.5 bilion, manakala , aliran tunai daripada aktiviti operasi (CFFO) meningkat kepada RM78.6 bilion. Jumlah aset meningkat sebanyak RM635.0 bilion sehingga 31 Disember, 2021 berbanding RM574.1 bilion pada tahun sebelumnya.
Ekuiti pemegang saham meningkat kepada RM350.9 bilion sehingga 31 Disember, 2021 berbanding RM330.6 bilion pada tahun 2020. Perbelanjaan modal pada tahun tersebut ialah sebanyak RM30.5 bilion, terutamanya berikutan projek huluan.
Sementara itu, berdasarkan analisis suku keempat 2021, Petronas berjaya mengumpulkan perolehan mencecah RM76.6 bilion, peningkatan sebanyak RM44.0 bilion berbanding perolehan tempoh yang sama untuk tahun sebelumnya. EBITDA turut menunjukkan peningkatan kepada RM28.1 bilion berbanding RM11.9 bilion. Kumpulan mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM13.4 bilion berbanding kerugian sebanyak RM1.1 bilion pada suku keempat 2020.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Datuk Tengku Muhammad Taufik berkata, "Tahun 2022 dijangka akan menjadi tahun yang bermakna untuk Petronas melangkah ke hadapan bagi mencapai sasaran ditetapkan, terutama menjadi rakan kongsi penyelesaian dan tenaga terbaik.
“Menerusi strategi pertumbuhan serampang tiga mata dan Net Zero Carbon Emissions 2050, Petronas komited untuk terus memastikan tenaga dapat dihasilkan dan disediakan secara mampan,” katanya.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRL1276
SELANGOR
BSS7139
JOHOR
JC4099J
PULAU PINANG
PSE6762
PERAK
APK6459
PAHANG
CFH4494
KEDAH
KGH5347
NEGERI SEMBILAN
NEL4302
KOTA KINABALU
SJT5355
KUCHING
QAB4024P
Terakhir Kemas Kini 15 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Tahniah, Petronas Buka Lebih 60 Stesen Minyak Di Brazil
PETRONAS telah membuka lebih 60 stesen minyak berjenama PETRONAS di Brazil, sekali gus terus mengukuhkan jenama Malaysia di persada antarabangsa.
03-02-2026
Kebakaran Besar Putra Heights: Ini Penjelasan Petronas
PETRONAS mengesahkan kebakaran berlaku di saluran paip utama Petronas Gas Bhd (PGB).
01-04-2025
PETRONAS: Tiada Mana-Mana Stesen Petronas Terbakar Di Putra Heights
Tiada mana-mana stesen minyak Petronas terbakar.
01-04-2025
Tiada Lagi Kenderaan NGV Mulai Tahun Depan Tapi Ada Sebabnya
Langkah itu diambil selepas mengambil kira faktor keselamatan kepada pengguna dan orang ramai.
04-11-2024
Kolaborasi Gentari & Solarvest: Lebih 300 Stesen Petronas Guna Panel Solar, Siap 2027 Ini
Gentari Renewables telah melantik Solarvest Energy untuk memasang panel solar di lebih daripada 300 stesen Petronas di seluruh negara.
06-03-2024
Perlumbaan F1: Ini Penjelasan PETRONAS
PETRONAS mengesahkan tiada perbincangan diadakan untuk membawa kembali Grand Prix (GP) Formula Satu (F1).
02-02-2024
Senarai Lokasi Pengecas DC & AC Terbaru Gentari Serta Caj Yang Dikenakan
Gentari telah melancarkan pengecas baharu di beberapa lokasi. Ini senarainya...
29-12-2023
Pelumba F1, George Russell, Beri Inspirasi Kepada Pelajar Universiti Tempatan
Sesi perkongsian eksklusif bertemakan ‘Success on the Fast Lane’ antara pelumba Formula One (F1), George Russell, dengan para pelajar daripada lima universiti terkemuka Malaysia.
29-03-2023
Berita Terkini
Lori Minyak Hempap Bezza, Ibu, Anak Terkorban
Ibu, Anak Maut Kereta Dihempap Lori Tangki Minyak Sebelum Terbakar di Temerloh.
15-08-2026
Bukan Jan 2027, Anthony Loke Cabar Operasi ECRL Dimulakan Disember Ini
Operasi ECRL: Anthony Loke Minta Diawalkan Ke Disember
14-08-2026
Sambutan Dingin, Anthony Loke Gesa Pemandu Komersial Buat Saringan Kesihatan
Cuma Bayar RM30 Daripada RM85! Pemandu Komersial Digesa Manfaat Subsidi PERKESO.
14-08-2026
PRO-NET Sediakan Tenaga Kerja Mahir e.MAS
Jaminan Kualiti EV: PRO-NET Lahirkan Kumpulan Pertama Pakar Sistem Voltan Tinggi
13-08-2026
Nak Pergi RXZ Members? Ini Syarat Baharu
JPJ Tetapkan Pendaftaran Online Buat Peserta RXZ Members.
13-08-2026
Kenapa Kei Car Tak Boleh Dijual Di Malaysia? Ini Sebab Sebenarnya
Sangat Popular Di Jepun, Tapi Kenapa Kei Car Dilarang Dijual Di Malaysia?
13-08-2026
Isu Tiket F1 Sepang Bermula RM200 Tular, Status Masih Belum Sah
Bocor Di Media Sosial: Tiket F1 Sepang Dikatakan Bermula RM200 Khusus Buat Pemegang MyKad!
12-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
