ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jangan Terperanjat Dengan Harga Maybach S-Class Ini

Suhana Veru

Kongsi melalui

Mercedes-Benz Malaysia sekali lagi merancakkan industri automobil negara apabila memperkenalkan, Mercedes-Maybach S580 di ibu kota, pagi tadi.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz Malaysia, Sagree Sardien berkata, Mercedes-Maybach merupakan kemuncak kepada kecemerlangan automotif di Mercedes-Benz.

“Ketika meraikan ulang tahun ke-100 warisan Maybach yang unik, Mercedes-Benz kekal komited untuk memacu jenama ini dan menetapkan standard paling tinggi dari segi gaya, keselesaan dan kualiti pertukangan luar biasa,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas memperkenalkan Maybach S- Class di The Estate on Federal Hill, Kuala Lumpur.

Melihat kepada luarannya, ia sudah melambangkan kemewahannya  selain menampilkan personaliti dan citarasa yang cukup tinggi.


Secara keseluruhannya, Mercedes Maybach S-Class ini menawarkan pelbagai ciri eksklusif dengan gabungan elemen mewah, sofistikated dan unggul.

Bagi menjelmakan ciri kemewahannya, kemasan cat dua tona dengan garis pemisahnya dilukis menggunakan tangan serta dipadankan dengan rim aloi forged bersaiz 21-inci.


Jentera ini kelihatan agak besar dan lebih panjang  berbanding S-Class biasa. Sebagai perbandingan, S580 ini dikatakan memiliki dimensi panjang sebanyak 5,469 mm iaitu 180 mm lebih panjang dari S-Class.

Sebalikinya, lebarnya masih dikekalkan dengan ukuran 1,921 mm bersama jarak roda sejauh 3,396 mm.


Tunggu, biarpun ia agak panjang namun jangan salah sangka, ia sebenarnya hanya mampu memuatkan empat orang termasuk pemandu.


Ya, empat orang sahaja! Ini kerana ia sebenarnya mahu memberikan keselesaan maksimum kepada pemilik termasuk penumpang jentera ini.

Ia juga menerima kemasan krom, termasuk pada kemasan gril bawah bawah bampar hadapan, kemasan diffuser bawah bampar belakang.

Jika diamati dengan lebih dekat, kali ini tiang -C juga direka lebih ‘tebal’ bersama logo Maybach. 

Menjengah kabinnya, anda boleh melangkah masuk ke dalam jentera ini menerusi pintu bantuan kuasa. 

Apa yang lebih menarik, penumpang belakang dilihat menerima tempat duduk kelas pertama. 

Sebaik saya melabuhkan punggung ke bahagian tempat duduknya, saya dapat merasakan keselesaan yang cukup maksimum memandangkan ia juga dilengkapi dengan konsol tengah bersaiz penuh.


Kesemua tempat duduknya dibalut dengan kulit Nappa Maybach Exclusive serta memori larasan, pemanas dan aliran udara serta sistem urutan. 


Penumpang belakang juga diberikan meja yang boleh dilipat dan kedua-dua tempat duduknya ‘dihidangkan’ dengan tablet Android tujuh inci termasuk skrin infotainmen bersaiz 11.6 inci.


Tidak ketinggalan juga, jentera ini turut dilengkapi dengan peti sejuk yang membolehkan pemiliknya menyimpan minuman.

Malah, model ini juga dilengkapi dengan sistem bunyi 3D dengan 15 pembesar suara berkuasa 710 watt, bersama tapisan bunyi bising jalan raya.

Meskipun mendapat banyak sentuhan baharu, kabin Maybach S580  turut diberikan lampu suasana aktif 64-warna dengan 253-LED yang disertakan dengan dua tema warna unik iaitu rose gold white dan amethyst glo aktif. 

Selain itu, terdapat sekurang-kurangnya  lima skrin paparan berasaskan teknologi OLED termasuk sebuah skrin sebesar 12.8 inci.

Mneyentuh mengenai prestasinya, Maybach S-Class S580 ini menerima trenkuasa petrol hibrid jenis 8-silinder .


Ini bermakna, ia menawarkan kuasa 503hp pada 5,000rpm dan tork 700Nm antara 2,000rpm-4,500rpm.

Ia juga mampu memecah kelajuan maksimum 250 kilometer sejam manakala mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 4.8 saat.

Fuh, sungguh luar biasa.

Nampaknya, kemewahan jentera varian ini tidak lengkap dengan ciri keselamatan yang agak canggih.

Maybach S580 ini  dilengkapi dengan bantuan pemandu yang merangkumi sistem brek kecemasan automatik bersama pengesan pejalan kaki dan lintasan trafik yang diperhalusi, kawalan jelajah adaptif dan bantuan kekal tengah lorong bagi melengkapkan sistem pemanduan autonomi Tahap 2.

Bagi menjamin keselamatan penumpangnya, ia dipasang dengan 14 beg udara dan terdapat beg udara khas untuk penumpangnya .

Bagaimanapun, mungkin ramai yang tertanya-tanya mengenai harga jentera mewah ini? 

Tetapi jangan terkejut dengar harganya!

Ia dijual pada harga RM 1.9 juta dan turut menawarkan waranti  selama empat tahun tanpa had perbatuan. 

Sebaliknya, apakah pendapat anda mengenai jentera mewah ini, kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!



Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQY6956

SELANGOR

BSQ2742

JOHOR

JYX1342

PULAU PINANG

PSC4394

PERAK

APH5907

PAHANG

CFG5630

KEDAH

KGG1527

NEGERI SEMBILAN

NEK4601

KOTA KINABALU

SJR9999*

KUCHING

QAB8043N

Terakhir Kemas Kini 24 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

26-02-2021
Berita Auto
Berita Auto

24-02-2022
Berita Auto

Mercedes-Benz S-Class: Varian Tunggal, Harga Masih Belum Didedahkan!

Jentera ini dikatakan sarat dengan teknologi terkini.

15-12-2021
Berita Auto

08-11-2021
Berita Auto

26-02-2021
Kereta Baru

04-12-2025
Global

17-10-2022

Berita Terkini

Berita Auto

PLUS Lancar JustGo, Bakal Laksana Sistem Pembayaran Tol Terbuka

Bye-Bye Tersalah Lorong! JustGo Cetus Revolusi, Bebas Guna Mana-Mana Lorong Tol PLUS Bermula Ogos Ini.

25-05-2026
Berita Auto

Jangan Risau, Urusan Tukar Hak Milik Kenderaan Online Sudah Beroperasi Semula

Berita Baik: Urusan Tukar Hak Milik Kenderaan Secara Online Kini Boleh Digunakan Semula.

25-05-2026
Berita Auto

Kes Tukar Hak Milik Tanpa Pengetahuan Pemilik, JPJ Tangguh Urusan Online

Urusan Tukar Nama Kenderaan Kini Wajib Di Kaunter JPJ.

25-05-2026
Berita Auto

Sering Guna Lebuhraya WCE? Ini Aplikasi Wajib Ada Untuk Elak Jem & Kira Kadar Tol

Aplikasi WCE Dipertingkat: Siap Ada AI & CCTV Live Untuk Pantau Trafik Serta-Merta

25-05-2026
Berita Auto

1.9 Juta Kereta Masuk Pulau Pinang Bermula 27 Mei -2 Jun 2026

Sebanyak 1.9 juta kenderaan dijangka memasuki dan melalui Pulau Pinang sepanjang cuti panjang bermula 27 Mei ini.

22-05-2026
Berita Auto

Projek RM20 Juta: Laluan Motosikal Jalan Persekutuan Wajah Baharu Ogos Ini

Riders Lebuhraya Persekutuan, Ini Apa Yang Bakal Berubah Pada Laluan Motosikal Menjelang Ogos!

22-05-2026
Berita Auto

Lencongan Jalan Lojing-Gua Musang Sudah Dibuka

Jalan Lojing-Gua Musang Dibuka Jam 5 Petang Ini, JKR Ingatkan Pemandu Kurangkan Had Laju!

21-05-2026
Berita Auto

Toyota Yaris Cross Malaysia: Laku Keras, Raih 2,298 Tempahan Dalam Dua Minggu

Rakyat Malaysia Serbu Toyota! Yaris Cross Catat Lebih 2,000 Tempahan Selepas 14 Hari Pelancaran.

21-05-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.