BMW X2 Edisi Goldplay - Diselubungi Warna Emas
BMW akhirnya mendedahkan edisi tambahan terbaharu dalam keluarga BMW X2, edisi Goldplay baru-baru ini.
Kenderaan kompak mewah dalam kategori 'sport activity coupe' (SAC) itu didatangkan dalam enam pilihan warna.

Antaranya, San Remo Green, Alpine White, Misano Blue, Black Sapphire Metallic, Skyscraper Grey, dan BMW Individual Storm Bay.
Selain itu, para pembeli turut ditawarkan dengan dua pilihan warna lain: Frozen Black metallic dan Frozen Pure Grey.

Edisi kali ini menawarkan pakej yang membolehkan para pembelinya merasai sentuhan jahitan keemasannya.
Bahagian luaran jentera ini diserlahkan menerusi kit M aerodinamiknya yang dipadankan dengan trim BMW Individual High-gloss Shadow Line termausk logo projektor BMW yang terdapat pada cermin sisi bahagian pemandu.
Terdapat juga lampu depan adaptif LED matriks, lampu membelok dan lampu agihan adaptif.

Menjengah bahagian dalamannya, kebanyakan warnanya dihiasi dengan aksen Galvanic Gold.
Apapun, kabinnya tidak akan mengecewakan anda kerana ia dihiaskan dengan plat sill emas manakala tempat duduk bahagian penumpang pula menerima kemasan jahitan berwarna emas.
Malah, hamparan karpetnya juga dihiasi dengan jahitan “Giallo Oro”.

Warna keemasan itu dilihat turut menyaluti panel instrumen, konsol tengah, perehat lengan di kerusi hadapan.
Ia juga dipadankan dengan paparan skrin sentuh bersaiz 10.25 inci dan terdapat paparan di kepala untuk edisi khas ini.
Sekeliling gril buah pinggang ikonik BMW pula dipadankan dengan warna emas termasuk jalur livery emas dan penutup cermin sisi juga dilitupi dengan warna emas.
Menggunakan rim aloi bersaiz 19 inci yang berkilauan roda balutan kulit M juga didatangkan dengan butang pelbagai fungsi dan pedal tahan karat.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya sama ada eidisi Goldplay didatangkan dalam bentuk kereta diesel, hibrid X2 xDrive25e atau X2 M35I, namun setiap model mempunyai pilihan khusus tanpa mengira rangkaian kuasa yang dipilih.
Bergantung kepada pilihan kuasa enjin, ia mampu menghamburkan kuasa transmisi manual enam kelajuan, transmisi Steptronic 7-kelajuan dengan klac berkembar atau transmisi Steptronic 8-kelajuan.
Dari segi ciri-ciri keselamatan pula, ia dilengkapi dengan Kawalan Jelajah dengan Kawalan Fungsi Jarak Letak Kereta dan turut memaparkan had laju selain terdapat petunjuk untuk memotong kenderaan lain.
Apakah pendapat anda mengenai jentera mewah ini? Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT5340
SELANGOR
BSU3556
JOHOR
JF5411J
PULAU PINANG
PSG3408
PERAK
APM1667
PAHANG
CFJ246
KEDAH
KGJ4232
NEGERI SEMBILAN
NEM2475
KOTA KINABALU
SJU5042
KUCHING
QAB7420P
Terakhir Kemas Kini 10 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Ini Dia Harga BMW 320i Sport 2025 - Serendah RM265,800
Selain model X3 baharu, BMW Group Malaysia turut mengumumkan harga rasmi bagi model BMW 320i Sport 2025 yang telah dikemaskini, baru-baru ini.
25-06-2025
Keupayaan Pengecasan BMW i5 Kini Lebih Canggih.
BMW Malaysia mengumumkan bahawa versi terkini BMW i5 eDrive40 M yang dijual pada harga RM399,800 menerima beberapa penambaikan.
13-03-2024
Rugi Siapa Tak Pergi Malaysia Autoshow 2023
BMW Group Malaysia mengalu-alukan pengunjung menyaksikan barisan modelnya yang sedang dipamerkan di Malaysia Autoshow 2023, MAEPS.
04-05-2023
BMW XM, SUV Plug-In Hybrid Dengan Kuasa Cecah 735 HP! Model Paling Berkuasa BMW?
Pengeluar kereta Jerman, BMW baru sahaja mendedahkan SUV baharu, BMW XM.
29-09-2022
BMW X5 M Versi Facelift Dikesan Sedang Diuji Di Nürburgring
Gambar intipan X5 versi facelift yang sedang diuji di litar Nürburgring, Jerman.
15-08-2022
9 Ciri Kereta Ini Boleh Dilanggan Pengguna BMW Malaysia – Bermula Dari RM40/Bulan!
BMW Malaysia telah memperkenalkan beberapa servis langganan baharu.
15-07-2022
BMW Akan Kekalkan Transmisi Manual, Permintaan Tinggi
BMW M tidak akan menghentikan pengeluaran kereta dengan transmisi manual.
29-06-2022
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge