Muzium Porsche Adakan Pameran '50 Tahun Rekaan Porsche'
![]()
Ferdinand Alexander Porsche bersama-sama dengan abangnya Hans-Peter, telah mengasaskan Porsche Design di Stuttgart, Jerman pada tahun 1972.
Sejak itu, Porsche Design menjadi sebuah jenama gaya hidup yang terkenal di seluruh dunia kerana kualiti dan juga fungsi yang dimilikinya.

Untuk meraikan ulang tahun jubli emas jenama ini, Muzium Porsche telah mengadakan sebuah pameran istimewa yang dinamakan ’50 Years Of Porsche Design’ (50 Tahun Rekaan Porsche).
Pameran ini sedang berjalan sekarang dan akan berakhir pada 10 Julai nanti. Di sini, pengunjung boleh melihat pelbagai produk yang terpenting, menarik dan unik pernah dihasilkan Porsche Design.

Selain mempamerkan hasil kerja dan kehidupan Ferdinand Alexander Porsche, falsafah rekaan, pengaruh kreativiti beliau dan juga hasil kerja selama lima dekad usia Porsche Design turut dipamerkan.
Salah satu rekaan yang menjadi lambang permulaan Porsche Design ialah Chronograph 1 yang merupakan satu pencapaian penting dalam seni pembuatan jam tangan.

Terdapat dua versi jam tangan paling penting dalam Porsche Design yang dipamerkan di muzium ini iaitu jam edisi terhad 1972 iaitu Chronograph 1 dan juga Porsche Design 50 edisi 911, Choronograph 1.
Produk-produk lain yang pernah memenangi anugerah reka bentuk dan juga fungsi turut dipamerkan secara digital dan interaktif.

Bergerak ke sudut pameran utama, pengunjung disajikan dengan pameran produk seperti cermin mata hitam aviator P`8478, telefon bimbit P`9521, paip tembakau P`3613 dan juga jam Monobloc Actuator dengan fungsi jam randik.
Di samping itu, turut dipamerkan ialah kereta-kereta yang menjadi definisi reka bentuk Porsche hasil kerja F. A. Porsche sendiri atau yang telah dibawakan daripada koleksi peribadi beliau.

Antara yang dipamerkan ialah 904 Carrera GTS yang dianggap sebagai karya agung beliau. Model penting lain yang dipamerkan ialah 911 (993) Speedster.
Model lain ialah 911 S 2.4 Targa 1972 yang dihasilkan oleh Porsche Design yang telah dibaik pulih oleh Porsche Classic. Model terbaharu, Porsche 911 Edition 50Y Porsche Design juga dipamerkan.

Kereta keluaran terbaharu ini merupakan sebuah keluaran edisi khas eksklusif ynag hanya dikeluarkan sebanyak 750 unit. Pelbagai ciri rekaan kereta ini dapat mengingatkan orang ramai terhadap reka bentuk ikonik yang dihasilkan F. A. Porsche.
Selain memiliki warna luaran hitam, ciri klasik lain yang terdapat pada kereta ini ialah corak dam Sport-Tex pada panel tengah serta penggunaan warna merah pada jarum saat Porsche Design Sub Second.

Untuk sesiapa yang berminat melawat muzium yang terletak di negara Jerman ini, ia dibuka daripada hari Selasa hingga Ahad pada jam 9 pagi ke 6 petang.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM1817
SELANGOR
BST1296
JOHOR
JC8435J
PULAU PINANG
PSE9277
PERAK
APK8472
PAHANG
CFH5129
KEDAH
KGH6528
NEGERI SEMBILAN
NEL5286
KOTA KINABALU
SJT6375
KUCHING
QAB4359P
Terakhir Kemas Kini 22 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Realiti Atau Gimik Digital? Voyah Passion S Buktikan Kemampuan Aksi Ekstrem 360 Darjah
Voyah Passion S boleh pusing semacam.
17-08-2026
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS
Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.
17-08-2026
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun
Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.
12-08-2026
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia
Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.
11-08-2026
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun
Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.
11-08-2026
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan
Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.
10-08-2026
Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen
Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.
06-08-2026
Harga Boleh Beli Rumah! Perodua Traz & Alza Mula Dijual Pada Harga RM242k
Perodua Traz, Alza Serba Baharu Rasmi Dilancar Di Sri Lanka.
27-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat


