Lexus Pertonton Konsep NX PHEV OFFROAD & ROV, Nampak Lasak Habis!
Kereta konsep NX PHEV OFFROAD dan ROV telah dipertontonkan buat pertama kalinya semasa acara Tokyo Auto Salon 2022 yang diadakan daripada 14 hingga 16 Januari, 2022 yang lalu di Makuhari Messe (Chiba City).

Kedua-dua kenderaan konsep ini merupakan percubaan daripada Lexus untuk merealisasikan masa depan neutral karbon serta mempelbagaikan lagi pilihan yang ditawarkan kepada pelanggan.
Konsep NX PHEV OFFROAD ini telah dihasilkan berdasarkan kenderaan PHEV pertama Lexus, NX 450h+ yang telah memasuki pasaran pada penghujung tahun lalu. NX menawarkan pengalaman pemanduan yang lancar serta mesra alam kerana teknologi yang digunakan dapat mengurangkan emisi karbon.
Kenderaan ini memiliki platform yang ditinggikan, tayar berdiameter besar yang sesuai untuk kegunaan off-road, di samping penggunaan warna badan yang tampak lasak iaitu gangsa dan hitam pusam.

NX PHEV OFFROAD memiliki panjang 4,660 mm, 1,865 mm lebar dan 1,675 mm tinggi dikuasakan oleh enjin 4 silinder sebaris 2.5L dengan teknologi hibrid plug-in dan pacuan AWD. Ia menggunakan trenpacu E-Four atau sistem pacuan semua roda yang dikawal secara elektronik. Dilengkapi motor depan 5 Nm, ia dapat menjana kuasa maksimum mencecah 134 kW dan tork 270 Nm.
Dari segi rekaan, NX PHEV OFFROAD hadir dengan pemegang pintu berwarna hitam Matt, tayar all-terrain 265/65R17 dan rim 17 x 17J. Pada bahagian belakang terdapat logo Lexus. Rel pada bahagian bumbung pula dicat dengan warna hitam pusam serta lengkap dengan tempat letak barang yang berwarna hitam eMatt.
Seterusnya, kereta konsep ROV yang hadir dalam reka bentuk lebih halus pula dikuasakan oleh enjin hidrogen. Penggunaan sistem hidrogen menjadikan kereta lebih mampan tanpa mengabaikan kuasa sebenar yang dapat ditawarkan enjin.
Enjin hidrogen 1.0L menyimpan hidrogen termampat dalam tangki bertekanan tinggi dan menyuntik hidrogen dengan tepat melalui penyuntik terus. Hasilnya ialah enjin mesra alam yang menghasilkan tork bertindak balas tinggi daripada hidrogen yang terbakar pantas.

Secara luaran, kereta hadir dengan pelindung/sangkar yang sesuai untuk digunakan dalam persekitaran mencabar seperti di atas jalan berlumpur. Ia turut dilengkapkan dengan gril depan yang dapat menjadi lapisan perlindungan untuk penumpang dalam kereta. Seterusnya, fender depan kereta pula berfungsi untuk mengelakkan percikan batu atau lumpur ke bahagian atas.
Penutup suspensi yang bersambung dengan tangki bahan api hidrogen bukan hanya dapat melindungi komponen-komponen penting tetapi juga menunjukkan ketahanan yang dimiliki oleh sebuah SUV keluaran Lexus. Lampu depan dan lampu kombinaasi belakang yang berbentuk L serta logo LEXUS yang pada kereta konsep ini diambil daripada NX terbaharu yang telah dihasilkan dengan menggunakan bahasa rekaan terkini daripada Lexus.
Lexus juga bakal menggunakan teknologi aerodinamik, penyejukan dan pengurangan berat untuk membangunakan kenderaan yang lebih baik demi merealisasikan masa depan bebas karbon.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ9827
SELANGOR
BST8963
JOHOR
JE5916J
PULAU PINANG
PSF7343
PERAK
APL6244
PAHANG
CFH7982
KEDAH
KGJ2151
NEGERI SEMBILAN
NEL9551
KOTA KINABALU
SJU2247
KUCHING
QAB6004P
Terakhir Kemas Kini 24 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton S70 "Rahmah": Adakah Ini Myvi Killer Sebenar?
Adakah Proton S70 sebenarnya Myvi Killer?
23-09-2026
Cara Masuk Singapura Terkini: VEP Kereta Asing Wajib Diaktifkan
Syarat Masuk Singapura 2026: Wajib Ada VEP.
23-09-2026
Hasil Bidaan Siri H RM91.2 Juta: Berita Baik Pemandu Teksi, Kereta Sewa
Pemandu teksi dan kereta sewa di seluruh negara bakal menerima berita gembira pada minggu hadapan.
22-09-2026
Perodua, Bank Rakyat Jalin Kerjasama, Perkenal Kad Kredit-i
Kad Kredit-i direka khas untuk pelanggan Perodua.
22-09-2026
GP BAHRAIN: Peluang Emas Pemandu E-Hailing Malaysia
Permintaan e-hailing, p-hailing dijangka melonjak sempena GP Bahrain.
21-09-2026
Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ
H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.
21-09-2026
Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan
Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.
19-09-2026
ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit
Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.
18-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat