ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

GRMN Yaris Ditayangkan Pada Pameran Tokyo Auto Salon 2022

Suhana Veru

Kongsi melalui

Ditayangkan pada pameran  Tokyo Auto Salon 2022, hot-hatch GR Yaris yang dikenali sebagai GRMN Yaris 2022 akan mula di jual pada musim panas ini menerusi pengedar GR Garage di seluruh negara.

Model terbaharu itu ditawarkan dalam tiga pakej menarik dan terhad kepada 500 unit sahaja.

Secara amnya, model ini telah ditala dengan sepenuhnya dan melalui proses penghalusan ketat dengan pemandu profesional.

Model ini mendapat sambutan memandangkan ia boleh disesuaikan dengan individu seperti dalam bidang sukan permotoran.

Misalnya, dengan menggunakan pengalaman dari pertandingan permotoran lalu, keseluruhan kerangka jentera ini telah dipertingkatkan dengan agak ketara.

Berat jentera ini telah dikurangkan kepada 20 kilogram, manakala secara keseluruhan lebarnya juga ditingkatkan kepada 10 milimter untuk penambahbaikan aerodinamiknya.

Malah, jentera ini juga mempunyai pusat graviti yang lebih rendah kerana ketinggian kenderaan ini juga dikatakan telah dikurangkan kepada 10 mm.


Difahamkan, ia juga menggunakan LSD jenis mekanikal, transmisi gear rendah, transmisi nisbah jarak dekat yang juga telah ditambah baik.

Bukan itu sahaja, menerusi Program Kemaskini dan Program Servis Keperibadian, Toyota telah meneruskan motonya iaitu model kereta yang berkembang pesat boleh disesuaikan  dengan tahap seseorang individu.

Oleh itu, menerusi Program Kemaskini, GRMN turut menawarkan pengalaman seperti memandu kereta lumba dengan mencapai evolusi kereta masa nyata.

Sementara itu, Program Peribadi yang disebutkan tadi pula menawarkan prestasi dengan menyesuaikan kereta bersama pengalaman pemanduan pemandu.

Pembeli turut ditawarkan GRMN Yaris ini dalam dua pilihan pakej iaitu Circuit Package iaitu model yang dihasilkan berdasarkan input yang Toyota dapat dalam perlumbaan touring car Super Taikyu di Jepun.

Rally Package pula menerima input menerusi GR Yaris yang bertanding dan menjuarai Kejohanan Rali Jepun tahun lalu.

Bagi makluman, Pakej Circuit menawarkan warna khas iaitu Matte Steel. Warna kereta edisi terhad ini hanya akan dijual kepada 50 unit. 

Bagaimanapun, bagi yang sudah membeli GR Yaris, mereka boleh membeli alat ganti GR untuk meningkatkan prestasi jentera selewat-lewatnya musim luruh nanti.

Para pembeli telah mencabut loteri bagi melayakkan mereka membeli jentera itu pada Januari lalu dan ia masih dijalankan di laman web TGR.

Apapun,  GRMN Yaris telah mencapai prestasi terbaik dalam sukan ringan 4WD dengan menggunakan pelbagai teknologi dan alat ganti yang dibangunkan melalui sukan permotoran.

Tahniah!


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT4090

SELANGOR

BSU3327

JOHOR

JF4792J

PULAU PINANG

PSG2933

PERAK

APM1304

PAHANG

CFH9748

KEDAH

KGJ4110

NEGERI SEMBILAN

NEM2359

KOTA KINABALU

SJU4874

KUCHING

QAB7358P

Terakhir Kemas Kini 09 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

20-02-2026
EV

11-02-2026
Global

09-02-2026
Global

03-02-2026
Global

02-02-2026
Global

28-01-2026
Global

23-01-2026
Global

22-01-2026

Berita Terkini

Global

Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.

30-09-2026
Global

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.

30-09-2026
Global

Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca

Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.

29-09-2026
Global

Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K

pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.

29-09-2026
Global

MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?

23-09-2026
Global

EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

Agaknya masuk tak Malaysia?

22-09-2026
Global

Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.

21-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.