BMW & Mini Service Fast Lane Kedua Dibuka Di KL, Ini Maklumat Terperinci
Auto Bavaria CSL memperluas servis selepas jualan Auto Bavaria Kuala Lumpur dengan pembukaan cawangan kedua BMW & MINI Service Fast Lane dan juga lokasi ketiga bengkel servis Auto Bavaria.
-full.jpg)
Servis Yang Ditawarkan Di BMW & Mini Service Fast Lane
Pusat BMW & Mini Service Fast Lane ini menyediakan perkhidmatan servis dan baik pulih pantas untuk kenderaan BMW dan MINI, dengan fokus kepada penyelenggaraan rutin, haus dan lusuh (wear and tear), baik pulih kosmetik, penukaran tayar dan servis-servis lain.
Sepantas 2 Jam
Menurut Pengarah Urusan Auto Bavaria, Vi Thim Juan, Auto Bavaria CSL baharu ini telah direka untuk memberikan pemilik BMW dan MINI servis yang diperlukan dalam masa sepantas 2 jam.
Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser pula menyatakan syarikat memberikan komitmen yang tinggi kepada pengedar dengan memastikan pelanggan BMW, MINI dan BMW Motorrad menerima kualiti layanan pelanggan yang luar biasa.
Fasilti BMW & Mini Service Fast Lane
Tambah beliau, "Operasi dilakukan oleh sepasukan 23 pekerja, Auto Bavaria CSL yang berkeluasan 39,800 kaki persegi ini turut menempatkan ruang istirahat pelanggan, Isetta Bar, dua ruang sambut tetamu pada kenderaan (RATC) dan sebuah stesen pengecasan AC BMW."
Lokasi BMW & Mini Service Fast Lane
Cawangan kedua BMW & Mini Service Fast Lane ini terletak di PT 129, Jalan Enam, Off, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.
Waktu Operasi BMW & Mini Service Fast Lane
Pusat Auto Bavaria CSL ini dibuka selama enam hari seminggu dari 8 pagi hinga 5 petang (Isnin - Jumaat) dan 8 pagi hingga 12.30 tengahari (Sabtu). Ditutup pada hari Ahad dan cuti umum.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSA2873
SELANGOR
BSV2499
JOHOR
JH6695J
PULAU PINANG
PSH4963
PERAK
APN1677
PAHANG
CFJ4526
KEDAH
KGJ8927
NEGERI SEMBILAN
NEM6425
KOTA KINABALU
SJV2701
KUCHING
QAB550Q
Terakhir Kemas Kini 20 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Kes Pertama Seksyen 42A: 3 Remaja 'Wheelie' Ditahan JPJ
3 remaja bakal jadi kes pertama didakwa ikut Seksyen 42A di Kelantan.
20-11-2026
Prestasi Jualan Kereta Oktober: Cecah 70,519 Unit
Jualan Kenderaan Oktober 2026 Meningkat 1.3%, Pikap Catat Rekod.
20-11-2026
Proton X90 Laku Keras, Ini Punca Ramai Beli
Proton X90 2026 Adalah SUV Segmen D No.1 Malaysia.
20-11-2026
Bila Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka?
Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka Bermula 18 Nov-1 Disember 2026
18-11-2026
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Tumbang
Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang di Selayang.
18-11-2026
Lebuhraya LIKE: Jalan Duta- Sungai Besi Bakal Dibina
Selepas Lama Menyepi, Ini Langkah Besar Lim Kang Hoo.
18-11-2026
Feytech Berganding Dengan 2 Syarikat China Hasilkan Sistem Brek, Stereng Chery
Sistem brek dan stereng Chery kini diusahakan secara lokal.
18-11-2026
Bapa Tinggalkan Anak Di Tepi Plaza Tol Nilai
Jurutera warga China yang sebelum ini tular selepas meninggalkan anaknya berhampiran Plaza Tol Nilai.
18-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
