- Berita
- Berita Auto
- Honda City Hatchback 1.5L V-SENSING Masuki Pasaran Malaysia – Harga RM91,708.51 Tanpa Insurans & Cukai Jualan
Honda City Hatchback 1.5L V-SENSING Masuki Pasaran Malaysia – Harga RM91,708.51 Tanpa Insurans & Cukai Jualan

Honda Malaysia telah melancarkan varian City Hatchback V-Sensing yang dilengkapi ciri-ciri pemanduan pintar dalam pakej Honda Sensing. Honda City 1.5 V-Sensing berharga RM91,708.51 tanpa insurans dan cukai jualan.
Apa itu V-Sensing?

V-Sensing ialah teknologi yang telah dibangunkan untuk merealisasikan visi bebas pelanggaran dalam masyarakat mobiliti dengan penggunaan kamera pandangan lebar depan supaya dapat mengenalpasti atau mengesan halangan yang ada di jalan raya pada waktu iang atau malam.
Ciri Honda Sensing Yang Ditawarkan Pada 1.5 V-Sensing:
- Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC)
- Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran (CMBS)
- Amaran Pra-Pelanggaran (FCW)
- Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
- Mitigasi Keluar Jalan (RDM)
- Amaran Keluar Lorong (LDW)
- Lampu Suluh Tinggi Auto (AHB)

Ciri tambahan lain yang terdapat pada kereta ialah panel instrumen V-Sensing yang telah ditingkatkan kepada paparan jenis Interactive Thin Film Transistor (TFT) 7 inci.
V-Sensing dikuasakan oleh enjin i-VTEC DOHC 1.5L dengan output maksimum 121 hp dan tork 145 Nm yang digabungkan dengan Continuous Variable Transmission (CVT) untuk keseimbangan antara pengalaman pemanduan yang menyeronokkan dan penjimatan minyak.
Ciri Utama:
- Tempat Duduk ULTRA Konfigurasi Pelbagai
- Upholsteri Kulit
- Lampu Depan LED dengan DRL LED
- Lampu Kabus Depan LED
- Spoiler Belakang
- Lampu Belakang LED
- Paparan Audio 8 Inci Dengan Sambungan Apple CarPlay & Android Auto
- Rim Aloi 16 Inci


Ciri Keselamatan:
- Kamera Honda LaneWatch
- Bantuan Kesatabilan Kenderaan (VSA)
- Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
- Agihan Brek Elektronik (EBD)
- Bantuan Brek (BA)
- Lampu Berhenti Kecemasan (ESS)
- Bantuan Mula-Daki (HSA)
- Tempat Duduk Belakang Jenis ISOFIX I-SIZE
- 6 Beg Udara
- Peringatan Tali Pinggang Tempat Duduk Belakang

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura menyatakan sistem Honda SENSING diterima dengan baik oleh pelanggan Honda.
"Bagi suku pertama 2022, City V-Sensing menyumbang sebanyak 34% daripada keseluruhan jualan City, ini menunjukkan arah aliran positif bagi varian tersebut dan juga pengiktiran kepada Honda Sensing, teknologi keselamatan canggih kami," tambahnya.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS9245
SELANGOR
BSU2554
JOHOR
JF3280J
PULAU PINANG
PSG1764
PERAK
APL9486
PAHANG
CFH9376
KEDAH
KGJ3641
NEGERI SEMBILAN
NEM1983
KOTA KINABALU
SJU4374
KUCHING
QAB7145P
Terakhir Kemas Kini 04 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi
Honda Kekalkan Transmisi Manual, Cuma Untuk Model Prestasi Sahaja.
03-09-2026
Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Pemandu Di Bawah Pengaruh Ganja
Penunggang motosikal maut selepas dirempuh kereta dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh ganja di Kilometer 23, Jalan Seremban- Kuala Pilah, Negeri Sembilan, malam tadi.
31-12-2025
Honda Prelude 2026 Dipasarkan Di Jepun – Kit Sporty Mugen Ditawarkan
Setelah hampir dua tahun sejak konsep asalnya diperkenalkan, Honda akhirnya melancarkan model baharu Prelude 2026 di pasaran Jepun.
09-09-2025
Honda N-One e: Didedah, Sekali Cas Boleh Gerak Sejauh 270KM!
Honda baru sahaja melancarkan versi pengeluaran kereta konsep yang dikenali sebagai Honda N-One e di Jepun, baru-baru ini.
30-07-2025
Honda HR-V 2025 Facelift Kini Rasmi Di Pasaran – Dari RM115,900
Honda Malaysia secara rasmi memperkenalkan Honda HR-V 2025 facelift untuk pasaran tempatan.
17-07-2025
Honda Bakal Tayang Honda Super EV Concept Pada Julai Depan
Honda akan menayangkan Honda Super EV Concept di Goodwood Festival of Speed.
17-06-2025
Honda 'Patah Balik' Kepada Hibrid, Sasaran EV Dikurangkan
Honda Motor Co. mendedahkan bahawa syarikatnya kini mengurangkan sasaran bagi kenderaan elektrik (EV) ekoran ketidaktentuan pasaran global.
21-05-2025
Pecah Rekod: MAS 2025 Catat 294,062 Pengunjung, Jana Lebih RM1.72 Bilion Potensi Jualan
MAS 2025 mencatat kehadiran pengunjung tertinggi iaitu seramai 294,062 orang sekali gus berjaya menjana potensi jualan sebanyaK RM1.72 billion
19-05-2025
Berita Terkini
Beli Tayar Continental Di In-Store Marketplace
Continental Tyres Malaysia mengubah landskap pembelian dan penjualan tayar menerusi Konsep Ekosistem InStore Marketplace.
02-10-2026
Kemuncak F1 Sepang: George Russell Pun 'Pening' Sangkut "Jem"
Pemandu F1 George Russell Pun Sangkut Jem Ke SIC Sepang.
02-10-2026
Nasi Lemak RM35 Di Sepang: Harga Makanan F1 Cetus Bualan Hangat
F1 Sepang: Isu Harga Makanan RM35 Jadi Tumpuan Pengunjung.
02-10-2026
Sewa Kereta Kepada Warga Asing: Denda RM10,000
JPJ akan menggempur habis-habisan pemandu warga asing yang semakin bebas memandu secara haram.
02-10-2026
F1 GP Bahrain: Laluan Arah KLIA Dijangka Sesak Bermula 2-4 Okt
Penerbangan Dari KLIA 2-4 Okt? Rancang Masa Awal Elak Terlepas
01-10-2026
Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu
Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.
30-09-2026
Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia
Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.
30-09-2026
Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok
Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.
29-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

