Hironobu Yoshimura Dilantik Sebagai Ketua Pegawai Eksekuitif Honda Malaysia
Honda Malaysia mengumumkan pelantikan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Hironobu Yoshimura yang telah berkuat kuasa sejak 1 April lalu.
Yoshimura mengambil alih tempat Madoka Chujo yang dilaporkan sudah kembali ke Jepun untuk memegang jawatan baharunya di Honda Motor Company dalam jabatan jualan bagi unit penyeliaan operasi jualan automobil.

Yoshimura berkata, beliau amat teruja dengan peranan baharunya di Honda Malaysia.
Ini adalah negara unik dan merupakan pasaran penting di rantau Asia dan Oceania bagi kami di Honda.
“Rakan sejawatan saya yang terdahulu telah membina jenama Honda di Malaysia dengan mencapai kejayaan seperti sekarang ini; sebagai pelopor dalam memperkenalkan teknologi termaju Honda di rantau ini,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berharap kepimpinannya di sebalik pasca pandemik dapat menyumbang pertumbuhan syarikat.
Sedikit latar belakang mengenai ketua pegawai eksekutif Honda baharu ini, beliau dikatakan mempunyai pengalaman selama 34 tahun.
Difahamkan, beliau telah membina kepakarannya dalam perancangan korporat, perancangan perniagaan, pemasaran dan perkhidmatan selepas jualan.
Sebelum ditugaskan ke Malaysia, beliau merupakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Atlas Cars (Pakistan) Limited.
Beliau turut memegang beberapa jawatan penting di negara lain termasuk Jepun dan Thailand.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS2271
SELANGOR
BSU1401
JOHOR
JF384J
PULAU PINANG
PSF9490
PERAK
APL8039
PAHANG
CFH8716
KEDAH
KGJ3035
NEGERI SEMBILAN
NEM1410
KOTA KINABALU
SJU3520
KUCHING
QAB6589P
Terakhir Kemas Kini 30 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Pembeli Lega Dapat Kereta Yang Sudah Ditempah Lama
Rata-rata pembeli kini menarik nafas lega apabila mereka mula mendapat kereta yang ditempah sejak enam bulan lalu.
23-11-2022
Langgar Pokok, Pemandu Maut
Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu merempuh sebatang pokok di Jalan Kuching, Kuala Lumpur semalam.
18-10-2022
Honda Malaysia Rai Pengeluaran Cecah 1 Juta Unit!
Honda Malaysia baru-baru ini berjaya melakar sejarah dengan pengeluaran unit yang ke-1,000,000.
31-03-2022
Honda City Hatchback RS e:HEV RM107K? Berbaloi Ke Beli?
Honda mengumumkan secara rasmi harga varian RS e:HEV.
16-02-2022
Pelancaran Pertama Honda Malaysia Untuk Tahun 2022: Honda Civic Bermula Dari RM125K!
Honda Civic generasi ke-11 dilancarkan.
13-01-2022
Berita Terkini
Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok
Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.
29-09-2026
Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching
Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.
29-09-2026
EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan
PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.
29-09-2026
Bila Anthony Loke Letak Jawatan?
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri
29-09-2026
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Isu Aerotrain KLIA Sesak: Penjelasan Rasmi Malaysia Airports
Kesesakan teruk di Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini, kerana hanya satu Aerotrain beroperasi.
28-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
