Hyundai Kona Electric: 13 Unit Pertama Telah Diserahkan Kepada Pelanggan!
Hyundai-Sime Darby Motors Sdn Bhd (HSDM) baru-baru ini telah menyerahkan kunci Hyundai Kona Electric kepada 13 pelanggan pertama di negara ini.
-full.jpg)
Tiga varian kenderaan elektrik (EV) baharu iaitu Kona Electric Lite (e-Lite), Kona Electric Plus (e-Plus), and Kona Electric Max (e-Max) telah pun diserahkan kepada pemilik masing-masing semasa majlis penyerahan yang diadakan di Sime Darby Auto Hyundai (SDAH) pameran Ara Damansara.
Menurut HSDM, kesemua 100+ unit kereta yang diterima daripada penghantaran pertama telah habis terjual selepas pelancaran EV ini pada bulan November tahun lalu. Kona Electric ditawarkan dalam tiga model iaitu 39.2 kWh Lite (RM149,888), berspesifikasi lebih tinggi 39.2 kWh Plus (RM169,888) dan varian tertinggi 64 kWh Max (RM199,888).
Bagi model 39.2 kWh, dengan cas yang penuh, ia boleh mencapai jarak perjalanan sejauh 305 km, manakala model 64 kWh sehingga 484 km. Bateri kecil (38.2 kWh) kereta ini digabungkan dengan motor 134 hp/395 Nm, membolehkan kereta memecut daripada 0-100 km/j dalam masa hanya 9.9 saat dan mencapai kelajuan maksimum 155 km/j. Bateri 64 kWh pula dikuasakan oleh motor 201 hp/395 Nm, membolehkan varian tertinggi ini melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 7.9 saat dan mencapai kelajuan tertinggi 167 km/j.
"Segmen EV yang semakin berkembang terus memiliki potensi besar di Malaysia, pada masa yang sama, kami sedang berusaha ke arah penyahkarbonan dalam industri automotif. Kami tetap memberi tumpuan untuk menyokong penggunaan EV, seterusnya menyumbang kepada Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon kerajaan.
Oleh itu, kami gembira melihat respon yang sangat positif daripada pelanggan terhadap Hyundai Kona Electrik, jelas menunjukkan minat yang semakin tinggi terhadap kenderaan EV dalam kalangan rakyat Malaysia," kata Pengarah Urusan Peruncitan dan Pengedaran Sime Darby Motors Malaysia, Jeffrey Gan.
"Kona Electric dan Ioniq 5 telah merekodkan maklum balas yang luar biasa. Ini sememangnya mencerminkan peningkatan penerimaan pasaran oleh pelanggan dan pengiktirafan manfaat besar yang dimiliki EV.
"Kami dengan sukacitanya menyerahkan kelompok pertama Kona Electric kepada pelanggan, dan memandangkan kadar tempahan adalah tinggi dan datang dengan cepat, kami menggalakkan pelanggan untuk membuat tempahan sekarang!" ujar Pengarah Urusan HSDM, Lo Yuan Lung.
Kumpulan pertama yang menerima Kona Electric turut mendapat kad ChargEV untuk kegunaan selama setahun secara percuma. Kad ini membolehkan mereka mengecas kenderaan di mana-mana daripada 300 stesen pengecasan di seluruh negara.
Menurut HSDM, ia mempunyai sekumpulan juruteknik EV yang telah menerima latihan servis dan penyelenggaraan bertaraf dunia daripada Hyundai.
TOC Automotive College memberikan latihan kepada juruteknik EV bagi meningkatkan kebolehan.
Hyundai Kona Electric kini berada di bilik pameran dan boleh dipandu uji di cawangan Ara Damansara, Jalan Klang Lama dan Penang City Store.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC4952
SELANGOR
BSQ8024
JOHOR
JYY6253
PULAU PINANG
PSD745
PERAK
APJ2173
PAHANG
CFG7794
KEDAH
KGG5063
NEGERI SEMBILAN
NEK6503
KOTA KINABALU
SJS4148
KUCHING
QAB9856N
Terakhir Kemas Kini 18 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Pertama Kali Balik Kampung Guna EV: Realiti Sebenar Yang Ramai Tak Tahu!
Pertama Kali Balik Kampung Guna EV? Jangan Takut, Ini Sebab Kenapa Jem Raya Takkan Habiskan Bateri Anda!"
21-05-2026
4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda
Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.
26-03-2026
PERODUA Bakal Terajui EV Murah
PERODUA dilantik untuk menerajui pengeluaran kenderaan elektrik mampu milik di bawah NIMP 2030.
18-01-2024
Lotus Eletre 2023 | SUV Hiper Mampu Milik T20
Lotus Eletre 2023 | SUV Hiper Mampu Milik T20
27-06-2023
Ulasan: GWM Ora Good Cat – EV 'Kucing' Kompak!
Ulasan: GWM Ora Good Cat – EV 'Kucing' Kompak!
20-06-2023
Cuba Pelbagai EV Baharu Dari Hanya RM120/Hari Dengan GoCar
GoCar Malaysia telah mengumumkan penambahan model-model terkini kenderaan elektrik (EV).
22-05-2023
Gentari Dah Mula Pasang Pengecas EV Ke Luar Negara?
Gentari pasang pengecas kereta elektrik di Thailand
19-05-2023
Puluhan Ribu Pengunjung Hari Pertama Malaysia Autoshow
Orang ramai mula menyerbu Malaysia Autoshow 2023 berikutan cuti umum sempena Hari Wesak.
04-05-2023
Berita Terkini
Teliti Cadangan Pasang 'Dashcam' Dalam Kereta e-Hailing
Dashcam E-Hailing: Antara Keselamatan Pemandu Dan Hak Privasi Penumpang.
18-06-2026
Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!
Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.
18-06-2026
Kereta Individu Meninggal Dunia Ditangan Rohingya Akhirnya Disita JPJ
Kereta Pusaka Bertukar Tangan Secara Haram, Lelaki Rohingya Ditahan Pandu Kia Sephia Mati Roadtax.
18-06-2026
Harga Minyak Mingguan: Diesel Turun
Harga runcit diesel di Semenanjung turun 30 sen kepada RM4.37 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Jun 2026.
18-06-2026
SAH: LRT3 Laluan Shah Alam Bakal Beroperasi
Penantian Berakhir: LRT3 Laluan Shah Alam Mula Operasi Akhir Bulan Ini.
17-06-2026
Lori Jadi Benteng Selamatkan Kereta Lain Daripada Dirempuh Bas Ekspres
Tindakan Berani Pemandu Lori ‘Korban’ Kenderaan Sendiri Demi Sekat Bas Ekspres Hilang Kawalan Dipuji.
16-06-2026
Chery Malaysia Luas Rangkaian Ke Kulai Bersama Autohub Mobility, Buka Pusat 3S Di Kulai
Chery Buka Pusat 3S Konsep Gen 4.0 Di Selatan.
16-06-2026
Bukan Sekadar Lesen Percuma, Ini Misi Menyelamatkan Nyawa Anak Muda di Jalan Raya
Anak Muda Yong Peng Tersenyum Lebar! Terima Manfaat Lesen Percuma MyLesen B2.
16-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat