Rekaannya Yang Cukup Menakjubkan
Opel akhirnya memperkenalkan secara rasmi Astra Sports Tourer baru-baru ini.
Pengeluaran jentera ini telah bermula, manakala tempahan juga telah dibuka kepada umum.
Astra Sports Tourer baharu ialah model station wagon pertama yang menampilkan reka bentuk berani dan ringkas Opel.

Jentera lima pintu ini didatangkan dengan enjin pembakaran dalaman dan plug-in hybrid.
Ia ditawarkan pada harga € 23,565 (RM 109,411) di Jerman. Harga ini adalah untuk jentera versi enjin petrol manakala versi elektrik pula €36,900 (RM 171,295).
“Seiring dengan ketibaan Opel Astra Sports Tourer yang terbaharu, kami telah menembusi pasaran model wagon kompak.
“Ia menampilkan teknologi digital yang inovatif seperti kokpit Panel Tulen yang mana ia cuma didapati pada segmen kenderaan yang lebih tinggi.
“Kami menawarkan pakej Opel biasa dengan banyak ruang untuk penumpang dan bagasi,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Opel, Uwe Hochgeschurtz.
Sports Tourer yang didatangkan dengan plug-in hybrid telah mula dijual manakala versi elektrik akan dijual tidak lama lagi.
Menjengah mengenai prestasinya, ia didatangkan dengan enjin 1.2 liter yang dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan.
Oleh itu, ia mampu menghasilkan kuasa maksimum 110hp dan kadar penggunaan bahan api secara gabungan 5.7 - 5.5 l/100 km dengan pelepasan CO2 129 - 125 g/km (WLTP).

Sementara itu, bagi edisi elektrik yang pertama buat jenama itu, ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 133 kW (180 hp) dan tork maksimum 360 Nm.
Meliputi jarak pemanduan sehingga 60 km, ia mempunyai penggunaan bahan api gabungan 1.2 - 1.1 l/100 km dan pelepasan CO2 26 - 25 g/km (WLTP).
Dari segi luarannya, Opel mengaplikasikan rupa hadapan Opel Vizor.

Vizor juga dikatakan menerajui teknologi terkini seperti lampu hadapan Intelli-Lux LED® Pixel adaptif dan bebas silau.
Dikatakan sistem lampunya mempunyai kira-kira 168 elemen LED yang diperoleh terus daripada model flagship Opel seperti Insignia dan Grandland.
Opel Astra baharu juga merupakan model pertama yang hadir dengan kemasan cat dua tona bergaya.
![]()
Dari segi dalaman, Astra Sports Tourer baharu didatangkan dengan antara muka manusia-mesin (HMI). Ia adalah komponen peranti tertentu yang mampu mengendalikan interaksi mesin manusia.
Selain itu, jentera ini juga didatangkan dengan Panel Tulen digital sepenuhnya yang menawarkan pengalaman sebenar dan intuitif kepada pelanggan.

Bercakap mengenai dimensinya, ia sepanjang 4,642 milimeter (mm), selebar 1,860mm, setinggi 1,480mm manakala jarak rodanya pula sepanjang 2,732mm.
Astra Sports Tourer baharu menyediakan isipadu bagasi melebihi 608 liter dengan sandaran tempat duduk belakang dalam kedudukan tegak.
Keluasan bagasi boleh dioptimumkan dengan "Intelli-Space". Lantai bahagian belakang boleh dilaraskan dengan satu tangan dalam kedudukan yang berbeza, tinggi dan rendah, dan boleh dibetulkan pada sudut 45 darjah.

Ketinggian muatannya pula ialah sekitar 600mm.
Malah, ia didatangkan dengan sistem infotainmen multimedia generasi baharu yang boleh disambungkan melalui Apple CarPlay tanpa wayar dan Android Auto melalui telefon pintar.
Dalam pada itu, paparan pada kepala (HUD) boleh ditempah supaya tumpuan pemandu sentiasa kekal di jalan raya.

Lebih menarik, tempat duduk hadapan Astra Sports Tourer baharu diperakui oleh Aktion Gesunder Rücken e.V., Kempen Belakang Sihat atau (AGR).
Tempat duduk ultra-ergonomik ini adalah yang terbaik. Ia ditawarkan dalam kelas kompak, yang menampilkan pelbagai pilihan larasan.

Ia yang dengan kulit Nappa turut dilengkapi dengan pengudaraan dan sistem urutan untuk pemandu dan penumpang hadapan.
Ia juga menyediakan sistem pemanasan untuk tempat duduk hadapan dan belakang.

Bukan itu sahaja, ia turut menampilkan pelbagai sistem bantuan tercanggih untuk membantu pengalaman pemanduan yang lebih selamat dan lancar.
Ia juga dilengkapi dengan beberapa ciri keselamatan seperti amaran perlanggaran hadapan dengan brek kecemasan automatik, amaran keluar lorong, pengecaman papan tanda jalan, pengesanan pejalan kaki dan mengantuk serta kawalan pelayaran dengan pengehad kelajuan pintar.
Apapun, versi elektrik Astra Sports Tourer dijangka akan menjadi model paling laris dalam kelas kompak menjelang tahun 2023.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT2162
SELANGOR
BSU2927
JOHOR
JF4049J
PULAU PINANG
PSG2327
PERAK
APM264
PAHANG
CFH9528
KEDAH
KGJ3877
NEGERI SEMBILAN
NEM2153
KOTA KINABALU
SJU4604
KUCHING
QAB7285P
Terakhir Kemas Kini 07 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Opel Astra Dihasilkan Di Russelheim, Tampil Dengan Pelbagai Ciri Ekstra
Artikel ini mendedahkan ciri menarik Opel Astra.
06-04-2022
Jerman Benarkan Remaja Umur 15 Tahun Pandu EV Opel Rocks-E. Ini Ciri Menarik EV Tersebut
Opel, baru-baru ini telah mengumumkan kehadiran model kereta keluaran terbaharu, Rocks-e.
31-01-2022
Bermulanya Era Baharu Opel Astra
Pengeluar kereta Jerman, Opel, kini tampil dengan model terbaharu Astra yang dilengkapi dengan pelbagai teknologi inovatif.
29-11-2021
Bermulanya Era Baharu Opel Astra
Pengeluar kereta Jerman, Opel, kini tampil dengan model terbaharu Astra yang dilengkapi dengan pelbagai teknologi inovatif.
29-11-2021
Berita Terkini
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Berapa Harga Hyundai Stargazer?
Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).
22-09-2026
Bakal Dilancar: Hyundai STARGAZER Malaysia: 300 Unit Pertama Mendarat
Hyundai Stargazer bakal dilancarkan.
17-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

