Muzium Ini Pamerkan Sejarah Awal Pembuatan Kereta Negara Jepun Dari Abad Ke-20
Muzium Automobil Toyota yang terletak di Nagakute City, Aichi, Jepun, bakal membuka sebuah pameran tetap baharu bermula 16 April, 2022 ini. Pameran yang dinamakan Sejarah Jepun dalam Pembuatan Kereta (Japanese History of Car Making) akan diadakan di tingkat kedua Galeri Automobil ini.

Sejarah Awal Industri Automotif Jepun
Perjalanan awal Toyota tidak bermula dengan mudah kerana industri auto Jepun berkembang sewaktu era yang mencabar iaitu antara dua perang dunia. Namun, pengeluar kereta pada ketika itu mampu terus bangkit kerana dibantu oleh polisi kebangsaan yang menyokong industri automotif. Polisi ini berjaya menjadikan negara Jepun sebagai negara pengeluar kereta terbesar dengan 12 buah syarikat pengeluar bersaing sengit antara satu sama lain untuk menjadi peneraju dalam industri automotif.
Menyelusuri Sejarah Toyota Dari Awal Abad Ke-20
Pameran yang pertama seumpamanya ini akan menjawab segala persoalan yang timbul di fikiran misalnya bagaimana industri automotif gergasi negara Jepun ditubuhkan buat pertama kalinya. Ini dijelaskan secara terperinci di mana pengunjung akan dibawa menyelusuri setiap langkah perkembangan selama tujuh dekad, bermula daripada awal abad ke-20 sehinggalah ke tahun 1970-an. Era 1970-an merupakan permulaan kepada kegemilangan industri ini.
Di bahagian tengah pameran ialah sebuah laluan dengan "kronologi bergerak" yang memaparkan visual pencapaian-pencapaian berdekad lamanya. Salah satu dinding di laluan ini terdapat panel berskrin sentuh yang memperkenalkan pengunjung kepada pengasas-pengasas pengeluar kereta terbesar seperti Yoshisuke Aikawa (Nissan), Kiichiro Toyoda (Toyota), Michio Suzuki (Suzuki), Tsuneji Matsuda (Mazda) dan Soichiro Honda (Honda).

Ford Model A
Pameran Kenderaan Dari Tahun 1920-an
Pengunjung juga tidak patut melepaskan peluang untuk melawat Zon 5 yang terletak di tingkat dua galeri ini. Sudut ini telah dikemaskini dengan kenderaan daripada tahun 1920-an sehinggalah tahun 1940-an. Era ini merupakan era yang rancak dengan usaha atau percubaan untuk menghasilkan kereta buatan Jepun sepenuhnya. Antara model yang dipamerkan ialah Ford Model A (1929), Datsun 11 Phaeton (1932) dan Otomo by Hakuyosha Co. (1925).


Otomo by Hakuyosha Co.
Menarik juga muzium ini terutama untuk pencinta sejarah dan yang dah lama tertanya-tanya asal-usul jenama kereta yang dah lama dipakai di rumah. Kalau anda berpeluang untuk ke negara Jepun, jangan lepaskan peluang untuk ke sini.
Risalah muzium ini (bahasa Jepun): Klik sini
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX3783
SELANGOR
BSU8465
JOHOR
JG9428J
PULAU PINANG
PSH2351
PERAK
APM7351
PAHANG
CFJ3445
KEDAH
KGJ7196
NEGERI SEMBILAN
NEM5120
KOTA KINABALU
SJV349
KUCHING
QAB9492P
Terakhir Kemas Kini 03 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
Perodua-Toyota-Daihatsu Bersatu Tenaga, Mampu Tumbangkan Syarikat EV China?
EV China Bakal Gugat? Jika Perodua dan Pakatan Jepun Bersatu Tenaga.
21-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Jualan Kereta Sept: Perodua Tetap King, Jetour Buat Kejutan
Perodua menerajui carta jualan September 2026.
15-10-2026
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?
Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.
08-05-2026
15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia
Dominasi Toyota Berterusan: Jenama Bukan Nasional Paling Laris di Malaysia.
15-04-2026
Berita Terkini
PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET
Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.
03-11-2026
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang
Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.
02-11-2026
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air
02-11-2026
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
