ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Muzium Ini Pamerkan Sejarah Awal Pembuatan Kereta Negara Jepun Dari Abad Ke-20

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Muzium Automobil Toyota yang terletak di Nagakute City, Aichi, Jepun, bakal membuka sebuah pameran tetap baharu bermula 16 April, 2022 ini. Pameran yang dinamakan Sejarah Jepun dalam Pembuatan Kereta (Japanese History of Car Making) akan diadakan di tingkat kedua Galeri Automobil ini.




Sejarah Awal Industri Automotif Jepun


Perjalanan awal Toyota tidak bermula dengan mudah kerana industri auto Jepun berkembang sewaktu era yang mencabar iaitu antara dua perang dunia.  Namun, pengeluar kereta pada ketika itu mampu terus bangkit kerana dibantu oleh polisi kebangsaan yang menyokong industri automotif. Polisi ini berjaya menjadikan negara Jepun sebagai negara pengeluar kereta terbesar dengan 12 buah syarikat pengeluar bersaing sengit antara satu sama lain untuk menjadi peneraju dalam industri automotif.


Menyelusuri Sejarah Toyota Dari Awal Abad Ke-20

 

Pameran yang pertama seumpamanya ini akan menjawab segala persoalan yang timbul di fikiran misalnya bagaimana industri automotif gergasi negara Jepun ditubuhkan buat pertama kalinya. Ini dijelaskan secara terperinci di mana pengunjung akan dibawa menyelusuri setiap langkah perkembangan selama tujuh dekad, bermula daripada awal abad ke-20 sehinggalah ke tahun 1970-an. Era 1970-an merupakan permulaan kepada kegemilangan industri ini.

 

Di bahagian tengah pameran ialah sebuah laluan dengan "kronologi bergerak" yang memaparkan visual pencapaian-pencapaian berdekad lamanya.  Salah satu dinding di laluan ini terdapat panel berskrin sentuh yang memperkenalkan pengunjung kepada pengasas-pengasas pengeluar kereta terbesar seperti Yoshisuke Aikawa (Nissan), Kiichiro Toyoda (Toyota), Michio Suzuki (Suzuki), Tsuneji Matsuda (Mazda) dan Soichiro Honda (Honda).



Ford Model A 


Pameran Kenderaan Dari Tahun 1920-an


Pengunjung juga tidak patut melepaskan peluang untuk melawat Zon 5 yang terletak di tingkat dua galeri ini. Sudut ini telah dikemaskini dengan kenderaan daripada tahun 1920-an sehinggalah tahun 1940-an. Era ini merupakan era yang rancak dengan usaha atau percubaan untuk menghasilkan kereta buatan Jepun sepenuhnya. Antara model yang dipamerkan ialah Ford Model A (1929), Datsun 11 Phaeton (1932) dan  Otomo by Hakuyosha Co. (1925). 

 

Datsun 11 Phaeton

Otomo by Hakuyosha Co. 

Menarik juga muzium ini terutama untuk pencinta sejarah dan yang dah lama tertanya-tanya asal-usul jenama kereta yang dah lama dipakai di rumah. Kalau anda berpeluang untuk ke negara Jepun, jangan lepaskan peluang untuk ke sini. 

Risalah muzium ini (bahasa Jepun): Klik sini



Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRC6526

SELANGOR

BSQ8454

JOHOR

JYY7485

PULAU PINANG

PSD1321

PERAK

APJ2503

PAHANG

CFG7912

KEDAH

KGG5216

NEGERI SEMBILAN

NEK6635

KOTA KINABALU

SJS4331

KUCHING

QAB119P

Terakhir Kemas Kini 20 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

20-02-2026
Global

02-02-2026
Global

23-01-2026
Global

22-11-2025
Berita Auto

05-11-2025
Global

21-10-2025
Global

14-10-2025
Global

11-09-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Lesen Operasi Dilanjutkan Hingga 2028: inDrive Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa

inDrive meraikan pencapaian rakan pemandu berprestasi tinggi menerusi Platinum Driver League 2026, baru-baru ini.

19-06-2026
Berita Auto

CIMB Perkenal Program 'First Car Solution', Bank Pertama Tawar Cukai Jalan Percuma 2 Tahun

Bantu Golongan Muda Miliki Kereta, CIMB Perkenalkan Program 'First Car Solution'.

19-06-2026
Berita Auto

Kantoi Pasang 'Sunshade'? Ini Jawapan Menteri Pengangkutan Yang Anda Wajib Tahu

Pasang 'Sunshade' Satu Kesalahan? Ini Penjelasan Rasmi Menteri Pengangkutan.

19-06-2026
Berita Auto

Kempunan Nak 'Show Off': Kereta Pengantin BMW Mewah Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ

Kereta Pengantin BMW Milik Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ.

19-06-2026
Berita Auto

Teliti Cadangan Pasang 'Dashcam' Dalam Kereta e-Hailing

Dashcam E-Hailing: Antara Keselamatan Pemandu Dan Hak Privasi Penumpang.

18-06-2026
Berita Auto

Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!

Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.

18-06-2026
Berita Auto

Kereta Individu Meninggal Dunia Ditangan Rohingya Akhirnya Disita JPJ

Kereta Pusaka Bertukar Tangan Secara Haram, Lelaki Rohingya Ditahan Pandu Kia Sephia Mati Roadtax.

18-06-2026
Berita Auto

Harga Minyak Mingguan: Diesel Turun

Harga runcit diesel di Semenanjung turun 30 sen kepada RM4.37 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Jun 2026.

18-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.