- Berita
- Berita Auto
- Khas Untuk B40: Nak Subisidi 100% Kerusi Keselamatan Anak? Ini Apa Yang Anda Perlu Lakukan
Khas Untuk B40: Nak Subisidi 100% Kerusi Keselamatan Anak? Ini Apa Yang Anda Perlu Lakukan
BMW Group Malaysia telah berkolaborasi dengan Safe 'n Sound dalam pelancaran Program Subsidi NEXTStep. Kerjasama ini dilakukan dengan tujuan untuk memberikan subsidi kerusi keselamatan kanak-kanak sepenuhnya untuk keluarga B40.

Program yang dilancarkan sebagai sebahagian daripada inisiatif BMW Safety 360° ini bakal menggunakan dana yang terkumpul daripada sumbangan yang dibuat BMW Group Financial Services Malaysia untuk menyediakan kerusi keselamatan bagi kanak-kanak dengan berat sehingga 36 kg.
BMW Group Malaysia dan Safe 'n Sound akan menampung keseluruhan kos yang terlibat termasuklah kos penghantaran bagi penerima yang tinggal di luar Lembah Klang. Safe 'n Sound akan memaklumkan ibu bapa yang layak melalui WhatsApp; golongan terpilih yang tinggal di luar Lembah Klang akan menerima status penghantaran, manakala ibu bapa yang tinggal di sekitar Lembah Klang pula akan dimaklumkan dengan info pengambilan iaitu tarikh, masa dan lokasi.
Jenis kerusi keselamatan yang sesuai akan dipilih untuk penerima berdasarkan maklumat berkenaan berat dan ketinggian kanak-kanak yang bakal menggunakannya. Turut dipertimbangkan ialah keperluan kenderaan itu sendiri. Jenis-jenis kerusi keselamatan kanak-kanak yang ditawarkan adalah seperti berikut:
snskidz Ace – Berat sehingga 13 kg, bernilai RM199
snskidz Whizz ISOFIX – Berat sehingga 18 kg, bernilai RM499
snskidz Sport – Berat sehingga 18 kg, bernilai RM279
snskidz Proto (dengan pilihan ISOFIX) antara 13 kg sehingga 36 kg, bernilai RM399
mifold booster – Antara 15 kg sehingga 36 kg, bernilai RM199

"Selama lebih lapan tahun, inisiatif BMW Safety 360° telah memberi penumpuan untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan tindakan dalam kalangan keluarga supaya mengamalkan sikap lebih bertanggungjawab demi keselamatan jalan raya dan kereta," ujar Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser.
Rajah di bawah menunjukkan proses penyertaan:

Borang permohonan (klik sini)
Program ini dibuka kepada semua keluarga di Malaysia yang menjangkakan kelahiran atau sudah memiliki anak dengan berat sehingga 36 kg di samping mempunyai pendapatan isi rumah bulanan kurang daripada RM3,500. Pendaftaran program subsidi ini kini dibuka di laman web Safe 'n Sound (klik sini) dan akan berakhir pada 2 Mei, 2022.

Gallery
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX2340
SELANGOR
BSU8095
JOHOR
JG8672J
PULAU PINANG
PSH2014
PERAK
APM7058
PAHANG
CFJ3302
KEDAH
KGJ6952
NEGERI SEMBILAN
NEM4978
KOTA KINABALU
SJU9742
KUCHING
QAB9427P
Terakhir Kemas Kini 01 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen
Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.
28-10-2026
Awas Penipuan Tiket ECRL! Beli Hanya Melalui Saluran Rasmi
Harga Tiket ECRL Sudah Pun Diumumkan, Jadi Jangan Jadi Mangsa Scammer.
28-10-2026
Aplikasi TuJu Bukan Untuk Saing Waze, Fokus Lebuh Raya Bertol
TuJu Dibangun Bukan Ganti Waze.
28-10-2026
Bila PROTON S70 RS Sport Dilancar?
Ada pihak menyifatkan Proton S70 RS Sport bakal dilancarkan Disember ini.
27-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia, Ini Kata SIC
Sepang Sedia Kertas Kerja F1: Peluang Keputusan Kini 50-50
27-10-2026
Pusat 4S Denza Balakong Dibuka: Antara Pusat Pengedar Terbesar Kini di Selangor
DENZA Balakong Rasmi Dibuka, Tawar Perkhidmatan 4S Lengkap.
26-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



