Bentley Flying Spur S, Ada 2 Trenkuasa
Bentley dilaporkan sedang melengkapkan rangkaian Flying Spur S yang mana ia akan membuat penampilan sulungnya pada acara Goodwood Festival of Speed 2022 nanti.
Menariknya, ini bukan kali pertama kita melihat Flying Spur S.

Satu klip video yang dimuat naik di laman web rasmi Bentley menunjukkan pihak syarikat secara tidak sengaja termuat gambar Spur S ketika melancarkan Continental GT and GTC S pada minggu lepas.
Apapun, mari kita lihat apa keistimewaan sedan empat pintu ini:

Kali ini, ia dikatakan membawakan dimensi tambahan bagi meningkatkan lagi keupayaan dinamiknya termasuk kehadiran visual yang lebih dramatik dan tampil dengan imej garang.

Malah, ini adalah pertama kali lencana 'S' dalam sejarah Bentley telah digunakan pada produk Hibrid.
Ia juga dikatakan merupakan satu langkah untuk mengorak ke arah Beyond100, visi Bentley tentang masa depan dan langkah ke hadapan yang lebih mampan.

Seperti sedia maklum, Bentley Flying Spur sememangnya dibanggakan kerana keupayaannya menawarkan pemanduan yang cukup baik kepada pemandunya tanpa menjejaskan keselesaan penumpang.
Model Flying Spur S serba baharu sememangnya menawarkan pemanduan yang seronok dengan tambahan pilihan enjin antara 4.0 liter V8 atau trenkuasa hibrid.
Tetapi pelanggan kini mempunyai pilihan sama ada memilih Flying Spur Azure yang menekankan aspek “Wellbeing behind the Wheel” ataupun Flying Spur S yang sudah meningkatkan visual, sentuhan dan pendengaran kepada pengalaman pemanduan.
PRESTASI ENJIN:
Seperti mana yang dikatakan tadi, Spur menawarkan dua jenis trenkuasa:
Enjin 4.0 liter V8
• 550PS@770Nm
• Pecutan 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam 4 saat
• Kelajuan Maksimum – 318km/j
• Didatangkan dengan Bentley Dynamic Ride - keupayaan sehingga 1300 Nm dalam masa 0.3 saat supaya kereta kekal stabil ketika selekoh
• Ada Electronic All-wheel Steering
• Pada kelajuan rendah, sistem akan pusingkan roda belakang pada jarak berlawanan dengan roda depan sehingga 4.2 darjah
• Kelajuan tinggi - sistem akan memusingkan roda belakang mengikut arah sama seperti roda depan dan menjadikan kereta lebih stabil ketika tukar lorong dan memotong kenderaan lain
Trenkuasa Hibrid
• Enjin 2.9 liter V6
• 544 PS @750 Nm
• Pecutan dari 0-100 km/j hanya 4.1 saat
• Mod elektrik model ini boleh dipandu sejauh 41 kilometer.

REKAAN LUARAN
• Roda 22 inci -mdalam warna hitam kilat atau Pale Brodgar Satin
• Roda 21 inci dengan corak tiga rongga
• Brek warna merah
• Gril bampar bawah hitam berkilauan
• Kemasan 4 muncung ekzos
• Lencana S pada fender
• Warna krom atau cerah digelapkan
• Lencana bersayap
• Ejaan Bentley berwarna krom terang



REKAAN DALAMAN
• Guna Dinamica, sejenis bahan seperti suede pada stereng, gear, kusyen dan sandaran belakang
• Balutan kulit di tepi kerusi, pad pintu, meter, sekeliling konsol tengah

Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7915
SELANGOR
BSU9386
JOHOR
JH1934J
PULAU PINANG
PSH3136
PERAK
APM8043
PAHANG
CFJ3720
KEDAH
KGJ7510
NEGERI SEMBILAN
NEM5464
KOTA KINABALU
SJV1134
KUCHING
QAB9667P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kapal Kargo Yang Membawa Kereta Mewah Itu Diselubungi Asap Tebal
Kapal kargo yang membawa kira-kira 4.000 kenderaan termasuk Porsche, Audi dan Bentley, terbakar di kawasan perairan berhampiran Azores di Itali.
22-02-2022
Pecut Dalam 3.6 Saat! Ini Yang Patut Anda Tahu Tentang GT Speed, Model Paling Berkuasa Bentley
Bentley Motors telah mendedahkan sebuah versi andalan (flagship) baharu bagi Grand Tourer tanpa bumbung (open-top) - Continental GT Speed Convertible.
05-05-2021
Bentley Catat Prestasi Jualan Tinggi Walau Pandemik, Ini Angka Yang Berjaya Dicapai Di Seluruh Dunia
Bentley Motors mengumumkan peningkatan jualan sebanyak 31 peratus bagi tahun 2021.
10-02-2022
Bentley Perkenalkan Sistem ‘Bentley Rear Entertainment’: Definisi Baharu Hiburan Kereta Mewah
Bentley telah memperkenal sistem hiburan tercanggih, Bentley Rear Entertainment untuk model Flying Spur dan Bentayga.
15-10-2021
Beberapa Bahagian Dalaman Jentera Ini Dihasilkan Dengan Sulaman Tangan
Bentley Mulliner menayangkan Grand Tourer elektrik pertamanya, Flying Spur Mulliner yang agak serba baharu baru-baru ini.
12-10-2021
Jentera Mewah Grand Touring Ini Dikatakan Tiada Tandingan!
Perlumbaan berasaskan kereta Grand Tourer (GT) Bentley, Flying Spur dikatakan sebuah kereta yang sangat hebat dengan penambahbaikan yang tiada tandingannya.
28-06-2021
Bentley Flying Spur Speed 2025: Saloon Terpantas Bentley
Flying Spur baharu ini adalah model saloon terpantas dan paling bertenaga yang pernah dibuat oleh jenama mewah itu.
12-09-2024
Flying Spur 2025, Guna Enjin V8
Bentley mengesahkan bahawa pihaknya akan mengeluarkan versi semakan limosin empat pintu Flying Spur tidak lama lagi.
22-07-2024
Berita Terkini
Tayar Jaecoo J5 Pula Tercabut Tapi Bukan Di Malaysia
Rupanya Bukan Tercabut Sendiri Tetapi Terlanggar Susur.
06-11-2026
FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k
EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.
29-10-2026
BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya
Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.
28-10-2026
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800
Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.
25-10-2026
Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM
Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.
23-10-2026
Bila Geely Masukkan Google Gemini Ke Dalam Kereta Baru?
Geely Gandingkan Google Gemini Dalam Kereta Baharu Mulai Tahun 2027
21-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge