- Berita
- Berita Auto
- Bentley Perkenalkan Sistem ‘Bentley Rear Entertainment’: Definisi Baharu Hiburan Kereta Mewah
Bentley Perkenalkan Sistem ‘Bentley Rear Entertainment’: Definisi Baharu Hiburan Kereta Mewah
Bentley telah memperkenal sistem hiburan tercanggih, Bentley Rear Entertainment untuk model Flying Spur dan Bentayga.
Pengarah elektrikal dan elektronik Bentley Motors, Ivo Muth berkata, "Sistem Bentley Rear Entertainment baharu menggabungkan kemudahan penggunaan dan juga rekaan serta fungsi yang menarik. Ia membenarkan penumpang belakang untuk mengakses dunia hiburan yang sentiasa berkembang canggih melalui sistem yang imersif, sebuah teknologi dalam kereta (in-car) yang terkini. Sistem ini menghantarkan servis hiburan digital seperti kandungan media dan penstriman daripada hampir kesemua pembekal servis di seluruh dunia dan menjadikan kereta anda sebuah pawagam eksklusif bergerak.

Pertama sekali, Bentley Rear Entertainment menawarkan teknologi sambungan yang terkini dengan menggabungkan sistem yang sangat fleksibel melalui setup audio yang terkemuka, 'Naim for Bentley.'
Bunyinya boleh diperkuat melalui Bluetooth kepada headphone yang disediakan bersama-sama dengan kereta atau headphone milik pengguna sendiri.

Bunyi audio turut boleh dikuatkan secara terus melalui sistem audio 2,200 Watt sedia ada dalam model Flying Spur atau Bentayga.
Selain itu, konsep baharu yang diketengahkan, 'bring your own device' atau 'bawa peranti sendiri' membenarkan penumpang untuk melayan kandungan penstriman daripada telefon pintar, komputer atau tablet masing-masing secara terus tanpa sambungan kabel.

Tambah Muth, "Konsep 'bawa peranti sendiri' Bentley berfungsi tanpa sebarang masalah melalui peranti penumpang sendiri, tampil dengan manfaat seperti resolusi yang tinggi, skrin 10.1 inci dan kualiti bunyi yang menakjubkan. Bentley Rear Entertainment menjadi contoh bagaimana Bentley membantu pelanggan boleh membentuk perjalanan (penggunaan) yang menyeronokkan untuk mereka sendiri.
Untuk sebuah pengalaman hiburan imersif yang menakjubkan, sistem ini menggunakan skrin bersaiz 10.1 inci berdefinisi tinggi yang dipasangkan pada bahagian belakang kerusi depan.

Selain itu terdapat skrin tablet yang ditempah khas terpasang pada aras lengan. Tablet yang menggunakan grafik berdefinisi tinggi, jelas bak kristal dengan resolusi 1920 x 1080 piksel ini boleh juga ditanggalkan.
Skrin ini sensitif sentuhan, yang mana fungsi-fungsi seperti kekuatan bunyi, kecerahan, pilihan sumber serta panduan pengguna boleh diakses dengan mudah.

Sekiranya peranti dan juga sistem Bentley Rear Entertainment dikonfigurasi dengan menggunakan wifi sama, ia boleh menyokong aplikasi seperti Amazon Prime, Disney+, Youku dan Apple TV.
Suka menonton Netflix? Servis penstriman yang terkenal ini telah pun tersedia dalam sistem Bentley Rear Entertainment.
Kedua-dua skrin sentuh boleh tanggal yang disediakan dalam model Bentley ini lengkap dengan port HDMI yang membolehkan sistem disambung kepada Amazon Firestick dan konsol game.
![]()
Selain itu, bagi memaksimakan kemudahan, turut terdapat port USB Type-C yang memudahkan pengguna untuk mengecas peranti.
Pengemaskinian perisian secara Over-The-Air (OTA) membolehkan pelanggan sentiasa mendapat versi yang terkini.
Sistem Bentley Rear Entertainment sememangnya satu kemajuan yang besar dalam teknologi hiburan kereta. Mungkin tak lama lagi kita akan lihat jenama-jenama lain akan mula mengatur langkah untuk membangunkan kereta dalam aspek ini supaya tidak terkebelakang.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC9305
SELANGOR
BSQ9152
JOHOR
JYB433
PULAU PINANG
PSD1857
PERAK
APJ3062
PAHANG
CFG8124
KEDAH
KGG5705
NEGERI SEMBILAN
NEK6837
KOTA KINABALU
SJS4608
KUCHING
QAB223P
Terakhir Kemas Kini 23 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Tak Perbaharui Cukai Jalan Sebab Terlepas Pandang, Pemandu Bentley
Guna Bentley tetapi tidak perbaharui lesen kenderaan motor (LKM) dan insurans sejak 2018.
09-02-2026
Bentley Continental Supersports Didedahkan – Model Paling Ringan Bentley, Capai 657 HP
Hanya lebih setahun selepas Continental GT generasi baharu diperkenalkan, Bentley Motors kini menghidupkan semula model ikonik grand tourer dua pintunya, Bentley Continental Supersports Edisi Terhad terbaru.
17-11-2025
Bentley Flying Spur Speed 2025: Saloon Terpantas Bentley
Flying Spur baharu ini adalah model saloon terpantas dan paling bertenaga yang pernah dibuat oleh jenama mewah itu.
12-09-2024
Flying Spur 2025, Guna Enjin V8
Bentley mengesahkan bahawa pihaknya akan mengeluarkan versi semakan limosin empat pintu Flying Spur tidak lama lagi.
22-07-2024
Bentley Continental GT Speed Kini Di Malaysia, Harga Dari RM1.1 Juta
Continental GT Speed generasi ketiga kini telah tiba secara rasminya di Malaysia.
04-04-2023
Prestasi Jualan Kereta Global 2022: BMW Menandingi Mercedes-Benz, Jualan VW & Audi Turun?
Artikel ini mendedahkan pencapaian jualan antara jenama automotif terbesar sepanjang tahun lalu.
12-01-2023
YouTuber Ini Terjumpa Koleksi Kereta Klasik Bernilai Lebih RM5 Juta! Ada Proton Perdana?
Koleksi mencecah £1 juta (RM 5.16 juta)! Itulah nilai kesemua kereta yang ditemukan dua orang YouTuber.
06-09-2022
Berita Terkini
JPJ Pertama Buka 7 Hari Seminggu, Buka Sampai 10 Malam di Bandar Tasik Selatan!
JPJ Cawangan Bandar Tasik Selatan (BTS) melakar sejarah apabila menjadi cawangan pertama di negara ini yang beroperasi setiap hari, tujuh hari seminggu.
22-06-2026
PM Rasmikan Operasi LRT3 Ahad Ini
Operasi Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang menghubungkan Shah Alam, Selangor dan kawasan sekiranya akan bermula Isnin depan.
22-06-2026
Leapmotor Jual 1.5 Juta Kenderaan Secara Global
Leapmotor mengumumkan bahawa pihaknya sudah menyerah 1.5 juta kenderaan di seluruh dunia.
22-06-2026
Berita Baik! Harga Diesel Turun RM2.10 Mulai Julai
Diesel Turun RM2.10: Hanya Untuk Pemegang MyKad Mulai Julai.
22-06-2026
Lesen Operasi Dilanjutkan Hingga 2028: inDrive Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa
inDrive meraikan pencapaian rakan pemandu berprestasi tinggi menerusi Platinum Driver League 2026, baru-baru ini.
19-06-2026
CIMB Perkenal Program 'First Car Solution', Bank Pertama Tawar Cukai Jalan Percuma 2 Tahun
Bantu Golongan Muda Miliki Kereta, CIMB Perkenalkan Program 'First Car Solution'.
19-06-2026
Kantoi Pasang 'Sunshade'? Ini Jawapan Menteri Pengangkutan Yang Anda Wajib Tahu
Pasang 'Sunshade' Satu Kesalahan? Ini Penjelasan Rasmi Menteri Pengangkutan.
19-06-2026
Kempunan Nak 'Show Off': Kereta Pengantin BMW Mewah Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ
Kereta Pengantin BMW Milik Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ.
19-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
