Kajian Ini Dedahkan Warna Kereta Terbaik Untuk Nilai Jualan Semula Tertinggi

Berdasarkan sebuah kajian yang dijalankan oleh iSeeCars, mendapati bahawa warna sesebuah kereta memberi kesan kepada kadar susut nilai kereta. Syarikat tersebut melakukan analisis terhadap sejumlah 650,000 warna kereta terpakai setelah tiga tahun dan bagaimana ia memberi kesan kepada nilai jualan semula atau resale value. Hasilnya? Terbukti, warna dengan kadar susut nilai terendah ialah kuning.

Berikut adalah senarai lima warna terbaik dengan kadar susut nilai yang paling rendah (setelah tiga tahun):
- Kuning: Susut nilai sebanyak 4.5%
- Jingga: Susut nilai sebanyak 10.7%
- Ungu: Susut nilai sebanyak 13.9%
- Merah: Susut nilai sebanyak 14.0%
- Hijau: Susut nilai sebanyak 14.0%
Kajian tersebut turut menyatakan bahawa purata susut nilai untuk kereta baharu setelah tiga tahun ialah 15%. Kebanyakan warna yang dikaji mencatatkan kadar susut nilai dalam lingkungan satu peratus sahaja daripada kadar purata (15%).

Warna biru, kelabu, beige dan perak semuanya kurang daripada 15%, putih pula lebih daripada 15%. Warna-warna seperti hitam, emas dan coklat mencatatkan kadar susut nilai yang tertinggi sehingga mencecah 17%.

“Memandangkan kenderaan berwarna kuning sangat sukar ditemui dalam pasaran terpakai, orang ramai sanggup membayar harga premium untuk memilikinya. – Penganalisis, Karl Brauer
Mengenai warna emas dan coklat pula, walaupun warna-warna ini juga sukar ditemui dalam pasaran, “keunikannya tidak boleh disamakan dengan nilai.” Jelas Brauer, “Sekiranya warna tersebut tidak menarik ramai pembeli kereta, ia akan memberi kesan kepada nilai jualan semula kereta.”
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRV2417
SELANGOR
BSU5691
JOHOR
JG2723J
PULAU PINANG
PSG6904
PERAK
APM4458
PAHANG
CFJ2068
KEDAH
KGJ5612
NEGERI SEMBILAN
NEM3735
KOTA KINABALU
SJU6604
KUCHING
QAB8105P
Terakhir Kemas Kini 23 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
EV Tiada Resale Value - Mitos Atau Fakta?
Adakah nilai jual semula (resale value) EV seteruk yang diperkatakan? Kami bongkar kebenaran tentang susut nilai EV di Malaysia dan sebab mengapa anda patut abaikan kaedah trade-in.
20-04-2026
Adjust Mileage Kereta Terpakai Normal Di Malaysia
Isu adjust mileage kereta terpakai kembali tular.
09-09-2026
Awas Taktik ‘Kereta Cikgu’! 130,000 Kereta Terpakai Rupanya Bekas Eksiden, Meter Pula Kena Putar
Hampir 50% Kereta Terpakai Ada Unsur Tipu: Macam Mana Nak Elak Daripada Terkena?
18-05-2026
Cara Check Kereta Terpakai Pernah Accident
Panduan Lengkap Beli Kereta Terpakai: Cara Kenal Pasti Kesan Major Accident.
11-05-2026
Kenapa Kereta Bawah 5 Tahun dan Pemilik EV Boleh Jual Kereta Lebih Tinggi Melalui Konsainan di CariCarz Automall
Jangan terpedaya dengan tawaran trade-in yang rendah rendah! Ketahui bagaimana konsainan di Caricarz Automall membantu anda dapatkan harga lebih tinggi untuk kereta di bawah lima tahun.
05-05-2026
AI Boleh 'Dengar' Kerosakan Enjin, WISEDRIVE Kini Di Malaysia – 20 Kali Lagi Tepat Dari Mekanik?
Membeli kereta terpakai sering kali dianggap seperti ‘bermain judi’, ada kalanya untung, ada kalanya rugi kerana dapat kereta yang bermasalah.
14-01-2026
Baru Guna Seminggu, Dah Rosak, Lebur RM51K
Bro Wong menasihatkan orang ramai agar berhati-hati membeli kereta terpakai.
21-06-2024
Jualan Kereta Terpakai Turun 10% Berbanding Tahun Lalu
Jualan kereta terpakai dijangka menyederhana tahun ini. Apa yang berlaku?
21-08-2023
Berita Terkini
S70 RS Bakal Tiba? Ini Petunjuk Dan Gambar Intipan Terbaru Proton S70 Facelift
Proton S70 Facelift: Reka Bentuk Dalaman Ala X50 & Petunjuk Lencana RS Baharu?
22-10-2026
Pengerusi Chery Mohon Maaf Kepada Menteri MITI, Ada Sebabnya
Bos Besar Chery Minta Maaf Kepada Menteri Malaysia.
22-10-2026
JETOUR Uji Teknologi Off-Road Siri T & G
Sistem XWD JETOUR: Pemanduan Off-Road Kini Lebih Mudah.
22-10-2026
Aplikasi Navigasi TuJu 'Down' Selepas Isu Larangan Waze
Aps TuJu Terganggu: Ini Penjelasan LLM.
22-10-2026
Bagi Yang Tiada Lesen, Mesti Lega Sebab Minyak Turun
Harga Minyak Turun 30 Sen Bermula Esok: RON97, RON95 & Diesel.
22-10-2026
SMART 2 Atasi Banjir Selangor: Apa Kesannya Kepada Rakyat?
Banjir Selangor: Adakah Pembinaan SMART 2 Jawapan Terbaik?
21-10-2026
Penjawat Awam Dilarang Guna Waze Serta-Merta
Penjawat Awam Henti Guna Waze, Beralih Ke TuJu.
21-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

