ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Perhatian! Alza Baharu Sudah Boleh Ditempah Sekarang!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Ada yang berhasrat untuk membeli kereta Perodua Alza yang baharu?

Jika ya, ada berita gembira buat anda!


Dikhabarkan, Perodua telah membuka tempahan untuk Perodua Alza baharu yang didatangkan dengan beberapa penambahbaikan terutama dari segi keselesaan pemanduan.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengenai harga jentera baharu ini.

Ia ditawarkan dari harga RM62,000 hingga RM75,000 (harga di Semenanjung Malaysia tanpa insuran dan tidak termasuk cukai jualan).

Ia hadir dalam tiga varian:

• Varian X

• Varian H 

• Varian AV

Ia didatangkan dalam lima  warna iaitu putih, perak, merah, hitam dan coklat (warna baharu).

“Kami mengambil masa untuk mereka bentuk model baharu ini kerana kami ingin memahami kehendak para pelanggan. Perodua Alza Baharu disasarkan untuk memenuhi permintaan itu

“Salah satu daripada permintaan mereka adalah pengalaman pemanduan yang lebih baik. Justeru, kami telah menambah baik jarak kelegaan tanah Perodua Alza kepada 160mm,” Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad.


Berikut adalah perincian (bergantung kepada varian):

• Kabin dipasang dengan kemasan fabrik atau separa kulit dua tona

• Kawalan pendingin hawa digital untuk pemandu dan manual di belakang. 

• Kluster meter LCD (varian X) dan TFT bersaiz tujuh inci bagi varian H dan AV.

• Sistem audio standard akan diberikan kepada pelanggan varian X

• varian H dan AV pula akan menerima  skrin infohibur bersaiz 9inci 

• Ruang lebih besar. 

• Ruang but 137 liter/ 498 liter jika tempat duduk baris ketiga dilipat


Ciri Keselamatan: 

• Varian AV -6  beg udara, varian X dan H (4 beg udara)

• Didatangkan Perodua Smart Drive Assist (PSDA) yang boleh dibahagikan kepada empat kategori

1. Bantuan Keselamatan Termaju (ASA)

2. Bantuan Pemandu

3. Bantuan Tempat Letak Kereta

4. Bantuan Lampu Hadapan.

• Ada Pandangan Panoramik 360⁰,

• Brek parkir elektronik dengan ciri Auto Hold

• Brek cakera pada roda belakang

• Mod pemanduan Normal, Eco dan Power

• ABS 

• EBD

• Kawalan kestabilan kenderaan (VSC) dengan bantuan brek

• Sensor belakang 

•      Ada Bantuan Keselamatan Canggih atau Advanced Safety Assist (ASA) 

• Ia merangkumi ciri Amaran Pra-Pelanggaran

• Brek Pra-pelanggaran (untuk kenderaan dan pejalan kaki)

• Kawalan Kesilapan Operasi Pedal 

• Amaran Keluar Lorong

• Amaran Pergerakan ke Hadapan 

• Sebagai bonus tambahan, semua varian juga akan dilengkapi fungsi Leaving Home Headlamp Assist dan Hill-start Assist


Alza 2022 hadir dengan jaminan selama lima tahun atau perbatuan sejauh 150,000km. 

Untuk keterangan lanjut, layari laman web Perodua.



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT2162

SELANGOR

BSU2927

JOHOR

JF4049J

PULAU PINANG

PSG2327

PERAK

APM264

PAHANG

CFH9528

KEDAH

KGJ3877

NEGERI SEMBILAN

NEM2153

KOTA KINABALU

SJU4604

KUCHING

QAB7285P

Terakhir Kemas Kini 07 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

01-10-2026
Berita Auto

17-09-2026
EV

15-09-2026
Berita Auto

14-09-2026
Berita Auto

07-07-2026
Berita Auto

18-06-2026
Berita Auto

04-06-2026
Berita Auto

06-02-2026

Berita Terkini

Kereta Baru

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.

07-10-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026
Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Hyundai Stargazer?

Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).

22-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.