ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Mercedes-Benz GLC 300e Coupe 2022 Dilancarkan Di Malaysia, Harga RM374K

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Mercedes-Benz GLC 300e Coupe


Mercedes-Benz Malaysia baru sahaja melancarkan Mercedes-Benz GLC 300e Coupe pada harga atas jalan, tanpa insurans RM 374,074 (dengan pengecualian SST) atau RM 398,888 (sebaik pengecualian SST tamat 30 Jun ini). 


Model hibrid plug-in ini telah diperkenalkan pada tahun 2019 untuk pasaran antarabangsa dan telah pun dijual di Thailand pada tahun 2020. Baru kini ia dibawa masuk ke Malaysia. 


Menurut Naib Presiden, Jualan dan Pemasaran Mercedes-Benz, Michael Jopp, “Mercedes-Benz memiliki imej yang sangat kukuh dalam segmen SUV ketika ini di Malaysia. Sebagai hibrid plug-in, GLC 300 e 4MATIC Coupé menawarkan pelanggan yang terbaik dalam segala aspek di kala kita menuju ke arah masa depan mampan. Kami berbangga untuk memperkenalkan varian yang dipasang tempatan (CKD) ini. 


Model ini kini lebih efisien, kerana ia memiliki kemampuan untuk mengembalikan tenaga semasa sedang dibrek, membolehkan enjin pembakaran untuk bergerak pada jarak operasi yang diinginkan.”


ENJIN MERCEDES-BENZ GLC 300E COUPE




Mercedes-Benz GLC 300e Coupe dikuasakan oleh enjin petrol 4 silinder berpengecas turbo 2L dengan output 211 hp/350 Nm, bersama-sama dengan motor elektrik 122 hp/440 Nm. Gabungan kedua-duanya memberikan kereta output 320 hp/700 Nm. Kuasa disalurkan kepada sistem pacuan empat roda 4MATIC dengan transmisi automatik sembilan kelajuan.  Ia boleh memecut daripada 0-100 km/j dalam masa hanya 5.7 saat dan mencapai kelajuan tertinggi 230 km/j.  Walau bagaimanapun, mod EV mengehadkan kereta pada kelajuan tertinggi 140 km/j. 


Rujuk jadual di bawah untuk maklumat terperinci mengenai ciri teknikal kereta:




REKAAN LUARAN MERCEDES-BENZ GLC 300E COUPE




Dari segi rekaan,  Mercedes-Benz GLC 300e Coupe menerima sentuhan AMG Line serta Night Package. Varian ini menggunakan cakera brek yang lebih besar pada gandar hadapan, roda aloi ringan 5 jejari kembar AMG yang bersaiz 50.8 cm, lampu depan multibeam LED adaptif dan bampar sporty.


KABIN MERCEDES-BENZ GLC 300E COUPE





Bergerak ke bahagian dalam, Mercedes-Benz GLC 300e Coupe diberikan sentuhan AMG Line dengan upholsteri kulit serta konsol tengah berwarna hitam abu kayu. Stereng sport kereta dikemaskan dengan balutan kulit nappa. Ciri dalaman lain ialah, karpet AMG, kluster instrumen digital sepenuhnya bersaiz 12.3 inci, tempat duduk balutan kulit Artico, penyejuk udara dwi-zon Thermatic dan pencahayaan ambien.





Untuk hiburan pula, varian ini dilengkapkan dengan unit infotainmen bersaiz 10.25 inci yang menggunakan sistem operasi MBUX dan sistem audio keliling Burmester.


CIRI KESELAMATAN MERCEDES-BENZ GLC 300E COUPE


Untuk keselamatan, Mercedes-Benz GLC 300e Coupe dilengkapi pakej pengesanan laluan, bantuan titik buta, bantuan kekal lorong aktif, bantuan brek aktif, pakej parkir dengan kamera 360 darjah, bantuan parkir aktif dengan PARKTRONIC, pelindungan kenderaan URBAN GUARD, sistem penggera anti-kecurian, sistem pemantauan dalaman, beg lutut, sistem PRE-SAFE®  dan sistem pemantauan tekanan tayar. 


HARGA


Seperti yang dikatakan tadi, Mercedes-Benz GLC 300e Coupe ditawarkan pada harga atas jalan tanpa insurans, RM374,074 (dengan pengecualian SST) atau RM 398,888 (dengan SST). 




VIDEO DI BAWAH MEMAPARKAN LUARAN MERCEDES GLC 300E COUPE







Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRB8347

SELANGOR

BSQ6801

JOHOR

JYY3245

PULAU PINANG

PSC8612

PERAK

APJ1046

PAHANG

CFG7345

KEDAH

KGG4331

NEGERI SEMBILAN

NEK6127

KOTA KINABALU

SJS3294

KUCHING

QAB9630N

Terakhir Kemas Kini 13 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru
Mercedes-Benz CLA Elektrik Kini Boleh Ditempah – Capai 792 KM, Cas 10 Minit!

Mercedes-Benz CLA Elektrik Kini Boleh Ditempah – Capai 792 KM, Cas 10 Minit!

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) hari ini secara rasmi telah mempertontonkan Mercedes-Benz CLA elektrik sepenuhnya.

14-01-2026
Kereta Baru
Dilancar: Mercedes-Benz G580 EQ 2025 - Harga Bermula RM958,888

Dilancar: Mercedes-Benz G580 EQ 2025 - Harga Bermula RM958,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mercedes-Benz G-Class Mercedes-Benz G580 dengan Teknologi EQ ke pasaran tempatan di ibu negara, pagi tadi.

26-06-2025
Kereta Baru
Dilancar: Mercedes-AMG SL 63 S E Performance 2025 -Harga RM2.168 Juta

Dilancar: Mercedes-AMG SL 63 S E Performance 2025 -Harga RM2.168 Juta

Mercedes-Benz Malaysia turut melancarkan varian tertinggi model roadster SL, Mercedes-AMG SL 63 S E Performance le pasaran tempatan.

05-06-2025
Kereta Baru
Mercedes-Benz EQS 450 4Matic SUV Dipertontonkan – Capai 673 KM, 355 HP, Dari RM625K!

Mercedes-Benz EQS 450 4Matic SUV Dipertontonkan – Capai 673 KM, 355 HP, Dari RM625K!

Mercedes-Benz Malaysia hari ini telah mempertontonkan EQS 450 4Matic SUV. Ini yang anda patut tahu...

16-08-2024
Kereta Baru
Mercedes-AMG A45S 4Matic+ Limited Edition, RM558,888, HANYA Ada  10 Unit!

Mercedes-AMG A45S 4Matic+ Limited Edition, RM558,888, HANYA Ada 10 Unit!

MBM melancarkan model terbaharunya, Mercedes-AMG A 45 S 4Matic+ Limited Edition, semalam

08-08-2024
Berita Auto
Peluang Pandu Uji Model Terkini di Acara Mercedes-Benz World 5-7 Julai Ini!

Peluang Pandu Uji Model Terkini di Acara Mercedes-Benz World 5-7 Julai Ini!

Mercedes-Benz World kini sedang berlangsung di KL Base. Apa yang menarik?

05-07-2024
Kereta Baru
Mercedes-AMG GLA 45 S 4Matic+ Kini Di Malaysia – Dari RM539,888

Mercedes-AMG GLA 45 S 4Matic+ Kini Di Malaysia – Dari RM539,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan Mercedes-AMG GLA45S 4Matic+ facelift. Ini spesifikasinya...

04-07-2024
Kereta Baru
Mercedes-AMG C63 S E Performance F1 Edition Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM958,888

Mercedes-AMG C63 S E Performance F1 Edition Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM958,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) sebentar tadi baru sahaja melancarkan Mercedes-AMG C63 S E Performance. Ini spesifikasinya...

04-07-2024

Berita Terkini

Kereta Baru
KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888

KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888

Satu Tangki Boleh Pergi 1,200km! JETOUR T2 i-DM Hibrid Rasmi Dibuka Untuk Tempahan.

12-06-2026
Kereta Baru
KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Premium Plus Dilancar: Jarak Lagi Jauh, Siap Ada 'Leg Rest' & Fungsi Urut

KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Premium Plus Dilancar: Jarak Lagi Jauh, Siap Ada 'Leg Rest' & Fungsi Urut

Mahu EV Mewah Di Bawah RM120k? Proton e.MAS 7 Premium Plus Jawab Cabaran Ini.

12-06-2026
Kereta Baru
KLIMS 2026: Kia ‘Gegar’ MITEC, Tayang Kia K4 GT-Line & Trio EV Canggih

KLIMS 2026: Kia ‘Gegar’ MITEC, Tayang Kia K4 GT-Line & Trio EV Canggih

Bukan Biasa-Biasa! Kia Mengganas di KLIMS 2026 Bawa Masuk 4 Model Global Sekaligus.

12-06-2026
Kereta Baru
KLIMS 2026: Zeekr ‘Mengganas’ di Malaysia, Dedah Zeekr 009 Grand, 9X: RM600K-RM800k

KLIMS 2026: Zeekr ‘Mengganas’ di Malaysia, Dedah Zeekr 009 Grand, 9X: RM600K-RM800k

Zeekr Malaysia dedah Dua Model Ultra-Mewah: Zeekr 009 Grand dan Zeekr 9X.

12-06-2026
Kereta Baru
KLIMS 2026: Legenda Kini Kembali! Honda Prelude Serba Baharu Rasmi Di Malaysia, Ada DNA Type R, Harga RM278k

KLIMS 2026: Legenda Kini Kembali! Honda Prelude Serba Baharu Rasmi Di Malaysia, Ada DNA Type R, Harga RM278k

Lupakan Sekejap Civic, Honda Prelude Generasi Ke-6 Dah Tiba Di Malaysia! Apa Yang Best Sangat?

12-06-2026
Kereta Baru
Jangan Beli SUV Kompak Dulu! Ini 3 Pertaruhan Baharu Suzuki di Malaysia Yang Sedia Gugat Pasaran

Jangan Beli SUV Kompak Dulu! Ini 3 Pertaruhan Baharu Suzuki di Malaysia Yang Sedia Gugat Pasaran

Naza Eastern Motors Kembangkan Rangkaian Suzuki: Tiga Varian Baharu SUV Gaya Hidup Kini Tiba.

05-06-2026
Kereta Baru
Bukan Biasa-Biasa! Ford Everest Platinum 3.0L V6 Kini Di Malaysia, SUV Paling Berkuasa Dalam Kelasnya

Bukan Biasa-Biasa! Ford Everest Platinum 3.0L V6 Kini Di Malaysia, SUV Paling Berkuasa Dalam Kelasnya

Ford Peluas Rangkaian Everest Di Malaysia: Tiga Varian Baharu, Tawaran 'Early Bird' Menanti Pembeli Jun.

05-06-2026
Kereta Baru
BYD Atto 3 Rasmi Di Malaysia: Harga Bermula RM125,800, Ada  Dua Varian

BYD Atto 3 Rasmi Di Malaysia: Harga Bermula RM125,800, Ada Dua Varian

Jangan Terlepas! 500 Pelanggan Pertama BYD Atto 3 Terima Diskaun Overtrade RM10,000 & Wallbox Percuma.

05-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.