Remaja TikTok Maut Dilanggar Lori Cuba Cabaran ‘Malaikat Maut’

Demi ‘content’ dan populariti, ramai orang sanggup melakukan apa sahaja dari perkara yang memalukan sehinggalah yang membahayakan nyawa. Baru-baru ini, satu cabaran TikTok ‘gila’ sedang hangat dalam kalangan remaja Indonesia.
Dalam satu kejadian yang berlaku di Tangerang, Banten, Indonesia, tiga orang remaja cuba untuk melakukan cabaran yang dinamakan ‘Malaikat Maut’ dengan meluru ke tengah jalan raya berhadapan dengan sebuah lori yang sedang bergerak laju.
Apa Yang Berlaku Seterusnya?
Berikut ialah video berdurasi 6 saat yang dikongsi di Twitter oleh About Tangerang:
Berdasarkan laporan portal Coconuts Jakarta, dua daripada remaja tersebut berjaya lari keluar dari laluan lori tersebut pada waktu yang tepat. Namun begitu, salah seorang rakan mereka tidak sempat untuk mengelak dan digilis lori tersebut dan meninggal di tempat kejadian.
Bukan Kejadian Pertama

Kematian akibat cabaran ‘Malaikat Maut’ ini sebenarnya bukanlah kejadian pertama. Menurut CNN Indonesia, sebenarnya terdapat kes berasingan di mana seorang lagi pembuat content TikTok Indonesia yang telah meninggal dunia dan rakannya pula cedera parah selepas dilanggar lori selepas mencuba cabaran ini.
Demi Nama
Rakan TikToker yang telah meninggal dunia tersebut berkongsi bahawa mangsa melakukan cabaran itu untuk menjadi popular. Cabaran itu cuba dilakukannya sekurang-kurangnya 7 kali!
Baca: [VIDEO] "Selamatkan Rakyat Anda, Baiki Lubang!" Penunggang Motor Ini Hentam Pihak Berkuasa
‘Malaikat Maut’
Menjelaskan mengenai cabaran ini, pihak berkuasa Indonesia berkata, “Di TikTok, terdapat ‘Cabaran Malaikat Maut’, di mana mereka kelihatan seolah-olah akan dilanggar (oleh trak) dan mereka bergerak ke tepi. Daripada penjelasan saksi, niatnya (mangsa) hanyalah untuk menjadi terkenal, kerana ia tular. Itu berbahaya.”
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT2691
SELANGOR
BSU3026
JOHOR
JF4271J
PULAU PINANG
PSG2477
PERAK
APM592
PAHANG
CFH9587
KEDAH
KGJ3928
NEGERI SEMBILAN
NEM2198
KOTA KINABALU
SJU4663
KUCHING
QAB7304P
Terakhir Kemas Kini 07 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
[VIDEO] Ingat Hanya Ada Kereta Berasap Tapi... Rupanya Ada 5 Insiden Berlaku Serentak!
Bukan satu tapi lima insiden berlaku serentak dalam satu rakaman video!
09-12-2022
[VIDEO] “OKU Parking Tempat OKU Pun Kena Saman?” – Lelaki Ini Tak Puas Hati
Seorang lelaki dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) tertanya-tanya mengapa dirinya disaman.
06-12-2022
[VIDEO] Detik Cemas Dirakam: Pemandu Myvi Terbalik Selepas Rempuh Mazda CX-8
Tiga beranak berhadapan dengan detik mendebarkan apabila kereta Mazda CX-8 yang dirempuh.
01-08-2022
Pengaruh TikTok: Dua Remaja Cuba Curi Kereta Guna Teknik Dipelajari Di TikTok
Dua orang remaja di Lincoln, Nebraska, Amerika Syarikat (AS) telah ditahan selepas melakukan cubaan untuk mencuri sebuah kereta.
29-07-2022
[VIDEO] “Kena Tinggal Sebab Tak Lambai,” Pak Cik Tua Kongsi Pengalamannya
Kualiti perkhidmatan awam Malaysia yang mengecewakan gadis ini.
10-06-2022
[VIDEO] "Selamatkan Rakyat Anda, Baiki Lubang!" Penunggang Motor Ini Hentam Pihak Berkuasa
Sebuah video tular di media sosial yang menunjukkan seorang penunggang motosikal luar negara menghentam kualiti jalan Malaysia.
07-06-2022
[VIDEO] Pemandu Biadab Maki Bomba Kerana Dikejutkan Dari Tidur
Biadap, itu sikap yang ditunjukkan seorang pemandu dalam sebuah rakaman video yang tersebar baru-baru ini.
18-05-2022
[VIDEO] Lelaki Ini Buat Speed Trap 'Tangkap' Kereta Laju Di Jalan Kampung, Ini Respon Netizen
Tidak tahan dengan sikap ramai pengguna jalan yang memandu laju di kawasan perumahan, seorang lelaki melakukan sesuatu...
10-05-2022
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge