ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Segera Tempah Proton Sebelum Terlambat!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Proton Holdings Bhd (PROTON)  dikhabarkan akan berhenti menerima tempahan sekiranya model tertentu  mencapai had keupayaan pengeluarannya sehingga 31 Mac 2023.

Perkara itu diakui oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Roslan Abdullah kepada akhbar Berita Harian.

“Langkah itu diambil bagi membolehkan pelanggan menerima model yang dimahukan seterusnya menikmati insentif pengecualian cukai jualan,” katanya.

Untuk info, tempoh menunggu bagi model Proton adalah sekitar dua bulan manakala  Proton X70, Persona, Iriz, Exora dan Saga bergantung kepada pilihan warna dan varian.


Tempoh menunggu  Proton X50 pula, ia akan mengambil masa lebih kurang 6 bulan dan bergantung kepada pilihan warna dan varian.

Bagi sesiapa yang berminat membeli produk Proton, anda boleh  membayar yuran tempahan dan akan terus layak memasuki 'queue' bagi membeli kereta baharu. 

Bagaimanapun, transaksi membeli kereta adalah tertakluk kepada terma dan syarat, terutama sekali kelulusan pinjaman bank dan oleh itu, bukan semua tempahan bakal menjadi jualan.


"Bagi Proton, yuran tempahan untuk setiap model adalah antara RM500 hingga RM1,000," jelasnya.

Sehubungan itu, bagi pembeli yang ingin menikmati insentif pengecualian cukai, tempahan perlu dibuat sebelum 1 Julai 2022 manakala pendaftaran kenderaan perlulah dilakukan sebelum 1 April 2023.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQF4255

SELANGOR

BSL2835

JOHOR

JYN6572

PULAU PINANG

PRX753

PERAK

APD6513

PAHANG

CFE5740

KEDAH

KGD5886

NEGERI SEMBILAN

NEJ1214

KOTA KINABALU

SJP4645

KUCHING

QAB8494M

Terakhir Kemas Kini 28 Dec, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.64

-0.02

RON 97

RM 3.27

-0.02

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.06

-0.02

EURO 5 B7

RM 3.26

-0.02

Terakhir Kemas Kini 11 Dec, 2025

Berita Terkini

Berita Auto

Harga Kereta CKD Tak Naik Hingga Julai 2026

Harga kereta pemasangan tempatan (CKD) tidak akan naik sehingga Julai 2026 memandangkan kerajaan sekali lagi menangguhkan pelaksanaan semakan struktur cukai eksais berdasarkan OMV.

27-12-2025
Berita Auto

Orang KL Tak Patuh Undang-Undang Jalan Raya, Lebih 313, 529 Saman Dikeluarkan

Sebanyak 313,529 pelbagai jenis saman dikeluarkan sepanjang dua bulan Ops Patuh Undang-Undang (PUU) dilaksanakan di kawasan tumpuan seluruh ibu negara.

26-12-2025
Berita Auto

Kereta Terjejas: Petronas Sudah Hubungi Pelanggan

Stesen tersebut ditutup sementara bagi siasatan lanjut dan operasi bersambung semula pada hari yang sama.

26-12-2025
Berita Auto

iCaur V23 Sembunyi Teknologi Keselamatan Canggih Di Sebalik Gaya Ranggi – ASEAN NCAP 5 Bintang

iCaur nampaknya tidak 'main-main' dalam misi menakluk pasaran kenderaan elektrik (EV) dunia. Model off-road kedua keluaran subjenama Chery, iCaur, V23, telah membuktikan kecanggihan teknologi keselamatannya di sebalik rupa paras yang ranggi.

26-12-2025
Berita Auto

Chery Tiggo 7 PHEV Selamat Segenap Sudut – ASEAN NCAP 5 Bintang

Chery nampaknya semakin serius membuktikan bahawa kenderaan buatan mereka bukan sahaja cantik dan canggih, malah antara yang paling selamat di dunia.

26-12-2025
Berita Auto

Tahniah! Betamek Menang Kontrak RM176 Juta Bekal Komponen Model Baharu Perodua

Betamek berjaya memperoleh kontrak bernilai RM176 juta untuk membekalkan komponen elektronik bagi model kereta.

25-12-2025
Berita Auto

Berita Gembira: Harga RON97, Diesel Turun 8 Sen, RON95 Pula Turun 6 Sen

Harga runcit RON97 turun sebanyak 8 sen kepada RM3.16 seliter manakala RON95 tanpa subsidi turun 6 sen kepada RM2.56 seliter.

24-12-2025
Berita Auto

Esok Cuti Krismas, Aliran Trafik Mula Perlahan

Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama seluruh Semenanjung Malaysia bergerak perlahan.

24-12-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.