Nissan X-Trail 2023: Kini Dengan Kuasa Elektrik, Kabin Lebih Senyap

Hari ini Nissan telah mempertontonkan X-Trail terbaharu yang akan mula dipasarkan di Jepun pada 25 Julai ini. SUV ikonik Nissan ini terus melalui evolusi dari masa ke masa dan dalam kebangkitan yang terkini, model ini dilengkapi teknologi canggih, berprestasi hebat dan dihadirkan dengan pelbagai kemudahan yang ditawarkan oleh sebuah SUV sebenar.

Ketua Pegawai Operasi Nissan, Ashwani Gupta berkata, “Seperti yang diumumkan ketika Nissan Ambition 2030, Nissan menyasarkan untuk bergerak ke arah dunia yang lebih bersih, selamat dan inklusif melalui produk dan servis kami.
“Dengan mengambil kira perkara ini, kami sedang memperkukuh model-model utama, dengan X-Trail untuk pasaran Jepun menjadi model e-POWER khusus dengan e-4ORCE sebagai pilihan. X-Trail baharu akan memainkan peranan penting dalam menerajui elektrifikasi kami” katanya.
Platform Yang Telah Direka Bentuk Semula
X-Trail serba baharu ini dihasilkan menggunakan platform yang telah direka bentuk semula sepenuhnya bagi mengurangkan berat dan dalam masa yang sama menambahkan kekukuhan kereta. Kesenyapan kabin yang tinggi daripada bunyi jalan dan trenkuasa kereta juga berjaya dicapai.
Sistem e-POWER Generasi Kedua & VC Turbo: Lebih Berkuasa, Lancar & Senyap

X-Trail dilengkapi dengan sistem e-POWER generasi kedua yang mana fungsinya dapat meningkatkan kuasa, kelancaran dan kesenyapan kereta. Enjin petrol sistem yang digunakan ialah enjin dengan nisbah mampatan boleh ubah yang boleh digunakan bagi menjana kuasa elektrik kereta. Ditala khas untuk sistem e-POWER, enjin VC-Turbo yang digunakan membantu meningkatkan output kereta walaupun pada rev yang rendah. Kombinasi kedua-dua teknologi ini bukan sahaja memberikan pengalaman pemanduan yang berkuasa dalam suasana yang senyap, tetapi juga mengekalkan tahap penggunaan minyak yang lebih efisien berbanding kenderaan dengan enjin pembakaran dalaman biasa.
Video pelancaran Nissan X-Trail serba baharu:
e-Pedal Step: Pemanduan Yang Lebih Relaks

Dengan teknologi e-Pedal Step, pemandu tidak perlu menekan brek untuk memperlahankan kenderaan. Fungsi ini dapat melancarkan perjalanan semasa di laluan bandar, jalan yang licin atau ketika turun bukit.
e-4ORCE: Prestasi Lebih Mantap, Keyakinan Lebih Tinggi

X-Trail 4WD dilengkapkan dengan teknologi e-4ORCE yang meningkatkan prestasi dan memberikan keyakinan kepada pemandu untuk menggunakan pelbagai jenis permukaan jalan, dalam masa yang sama, mengekalkan keselesaan semua penumpang.
Reka Bentuk Luaran Nissan X-Trail 2023




X-Trail generasi keempat ini menggunakan rekaan lampu depan jenis split, dengan gril V-motion yang diselitkan dengan warna krom, plat skid aluminium dan tiang A hitam. Di Jepun SUV itu boleh didapati dalam 12 warna badan termasuk Cardinal Red, dan lima konfigurasi duo tona. Untuk reka bentuk luaran yang kelihatan lebih lasak, pembeli memilih varian X.
Kabin Nissan X-Trail 2023

Bergerak ke bahagian dalam, SUV ini dilengkapi kluster instrumen bersaiz 12.3 inci dengan mod dua paparan, sistem infotainmen skrin sentuh bersaiz 12.3 inci dan paparan-di-kepala (HUD) 10.8 inci. SUV ditawarkan dalam versi lima tempat duduk dan juga tujuh tempat duduk.

Kereta menggunakan sistem audio Bose Premium yang ditala khas untuk X-Trail, serta lengkap dengan outlet kuasa AC 100V dengan output maksimum 1,500 Watt.


Model ini ditawarkan dengan pelbagai pilihan upholsteri seperti fabrik hitam, balutan kulit Nappa premium, Tailor Fit, dan material Cell-Cloth yang kalis air. Kemudahan lain yang disediakan ialah Nissan Safety Assist 360 dengan kamera, radar, pemantau sonar keliling, serta pelbagai lagi ciri keselamatan ADAS.
Harga Nissan X-Trail 2023
X-Trail serba baharu ini ditawarkan dalam 12 pilihan warna termasuk lima pilihan dua tona dan juga warna Cardinal Red yang diinspirasikan daripada warna merah mawar yang pekat. Harga bagi setiap varian yang ditawarkan disenaraikan dalam jadual di bawah:
*Harga jualan yang disarankan bagi pasaran Jepun (termasuk cukai penggunaan)
**Anggaran harga di Malaysia
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT5340
SELANGOR
BSU3556
JOHOR
JF5411J
PULAU PINANG
PSG3408
PERAK
APM1667
PAHANG
CFJ246
KEDAH
KGJ4232
NEGERI SEMBILAN
NEM2475
KOTA KINABALU
SJU5042
KUCHING
QAB7420P
Terakhir Kemas Kini 10 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
