ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Chery "Tawan" Pasaran Global, Jualan Kereta Naik Kaw-Kaw

Suhana Veru

Kongsi melalui

Nampaknya, Chery Group terus mencipta sejarah sendiri apabila jualan kenderaannya di luar China mencapai sehingga 35,818 unit pada bulan Jun sahaja.

Fuh, nampaknya ramai betul penggemar produk Chery! Apa tidaknya, jualan itu dikatakan meningkat 50.3 peratus berbanding bulan yang sama pada tahun 2021.

Syarikat itu berkata, pihaknya mencatatkan jualan eksport bulanan yang cukup memberangsangkan dalam sejarah 21 tahun terutama dari segi jualan di pasaran global.

Bagi tempoh Januari-Jun 2022 untuk jualan separuh tahun pertama (1H22), Chery telah mengeksport 148,000 unit (+24.9% YoY) dan 112,000 daripadanya merupakan kenderaan tenaga baharu sekali gus mengukuhkan status syarikat tersebut sebagai jenama yang berteknologi tinggi.

Menjengah jualan Chery di luar China misalnya seperti Brazil, Chery dilihat menduduki tempat kesembilan dalam jualan separuh tahun pertama.

Malah, Arrizo 6 pula menduduki tempat keempat dalam segmen sedan dengan penguasaan pasaran sebanyak 3.6 peratus.


Untuk makluman, sedan tersebut diiktiraf sebagai kenderaan dengan nilai jualan semula terbaik dalam segmen intermediate oleh media tersohor Kelley Blue Book dan Quatro Rodas. 

Jualan siri Tiggo 8 di Brazil pula mencapai 21,300 unit pada 1H22.

Lazimnya, model-model di bawah siri ini digunakan sebagai kenderaan presiden dan peringkat negeri di Brazil serta di beberapa negara lain.


Beralih ke Chile, Chery terus meningkatkan jualannya yang cukup menggalakkan apabila mampu menguasai sekurang-kurangnya 6.7 peratus daripada jualan keseluruhan 1H22 dan berada di kedudukan tiga teratas dari segi jualan. 

Jenama tersebut juga dikatakan terus mengungguli segmen kenderaan utiliti sukan( SUV) pada 1H22 dengan penguasaan pasaran 15.1peratus sekali gus  mengatasi pelbagai jenama antarabangsa yang lain.

Chery menerima tempahan Tiggo 2 cukup memberangsangkan apabila jualan mencecah sebanyak 6,088 unit. 

Malah, sejak memasuki pasaran Afrika Selatan pada tahun lalu,  Chery dilihat mengekalkan

momentum yang kukuh memandangkan  jualan kumulatif Januari-Mei melonjak 21.1 peratus berbanding bulan sebelumnya.

Sementara itu, jualan Jun juga turut menunjukkan prestasi baik. 

Untuk info, Chery telah menubuhkan anak syarikat di Afrika Selatan pada Ogos 2021dan mengungguli segmen SUV dalam masa kurang 10 bulan selepas pelancaran produknya. 


Tag:

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRY3510

SELANGOR

BSV684

JOHOR

JH3625J

PULAU PINANG

PSH3848

PERAK

APM9172

PAHANG

CFJ4001

KEDAH

KGJ8021

NEGERI SEMBILAN

NEM5771

KOTA KINABALU

SJV1671

KUCHING

QAB136Q

Terakhir Kemas Kini 13 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery

Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery

Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.

06-11-2026
Global
BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya

BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya

Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.

28-10-2026
Global
Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM

Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM

Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.

23-10-2026
Berita Auto
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?

Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?

Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.

12-10-2026
Gaya Hidup
Chery & AiMOGA Bakal Cetus Fenomena Di Auto China 2026

Chery & AiMOGA Bakal Cetus Fenomena Di Auto China 2026

Sinergi Global: Bagaimana hala tuju baharu Chery bakal beri kesan kepada pasaran Malaysia.

21-04-2026
Global
Ini Dia Kenderaan Pertama EREV Chery, Chery iCAUR V27

Ini Dia Kenderaan Pertama EREV Chery, Chery iCAUR V27

Chery iCaur V27 yang sudah mula dihasilkan sebenarnya adalah kenderaan elektrik jarak lanjutan (EREV) pertama yang berada di bawah lencana iCaur.

13-01-2026
Berita Auto
Chery Tiggo 7 PHEV Selamat Segenap Sudut – ASEAN NCAP 5 Bintang

Chery Tiggo 7 PHEV Selamat Segenap Sudut – ASEAN NCAP 5 Bintang

Chery nampaknya semakin serius membuktikan bahawa kenderaan buatan mereka bukan sahaja cantik dan canggih, malah antara yang paling selamat di dunia.

26-12-2025
Global
Ini Dia Trak Pikap Hibrid Chery, Jetour F700

Ini Dia Trak Pikap Hibrid Chery, Jetour F700

Trak pikap baharu daripada Chery, Jetour F700.

04-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse

Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse

: Pengiktirafan Global BMW Retail.NEXT Untuk Auto Bavaria Balakong.

13-11-2026
Berita Auto
Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu

Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu

Isu Letak Jawatan Anthony Loke Masih Belum Selesai.

13-11-2026
Berita Auto
Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok

Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok

LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.

12-11-2026
Berita Auto
Siapa Pengganti Menteri Pengangkuran?

Siapa Pengganti Menteri Pengangkuran?

Pengganti Anthony Loke Masih Belum Dibincangkan.

12-11-2026
Berita Auto
JPJ Cipta Sejarah

JPJ Cipta Sejarah

Nombor Pendaftaran Siri H Catat Sejarah, JPJ Kutip RM91.2 Juta.

11-11-2026
Berita Auto
Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang

Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang

Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.

11-11-2026
Berita Auto
Isu Najib Tahanan Rumah: Anthony Loke Letak Jawatan Serta-Merta

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.