Pemilik EV Hyundai Berkonvoi Dan Bercuti Di Avani Sepang Goldcoast Resort

Untungnya jadi pemilik kenderaan elektrik (EV) Hyundai, apa tidaknya, baru-baru ini, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah menganjurkan percutian hujung minggu ke Avani Sepang Goldcoast Resort kepada pemilik EV syarikat ini.
Percutian pertama seumpamanya ini diadakan sebagai penghargaan atas kepercayaan yang diberikan oleh pemilik-pemilik EV terhadap HSDM. Dalam masa yang sama, membuka ruang kepada kesemua pemilik untuk bertukar pendapat dan berkongsi tips bagi memanfaatkan pengalaman pemilikan EV sepenuhnya.
Acara meriah ini dimulakan dengan sarapan pagi dan taklimat keselamatan sebelum pergerakan konvoi dimulakan dari bilik pameran Hyundai yang bertempat di Sime Darby Motors City.

Sebanyak 25 kereta terlibat dalam konvoi ini yang terdiri daripada IONIQ 5 dan Kona Electric. Dalam perjalanan ke Avani Sepang Goldcoast Resort, peserta dapat menikmati pemandangan indah sewaktu melalui Bagan Lalang.

Pengarah Urusan HSDM, Encik Low Yuan Lung berkata, “Kami telah menyerahkan hampir 200 unit EV sejak Kona Electric mula dilancarkan tahun lalu dan IONIQ 5 sejak dilancarkan Mac tahun ini. Kami sangat menghargai kesabaran dan sifat bertimbang rasa pelanggan kami sewaktu syarikat berdepan dengan pelbagai ujian dan kesusahan yang disebabkan oleh kekurangan cip global.
“Percutian penghargaan ini dianjurkan sebagai tanda terima kasih kami kepada pelanggan atas sokongan yang diberikan dan untuk membolehkan pemilik EV syarikat membina rangkaian, mengenali antara satu sama lain serta berkongsi pengalaman pemilikan EV mereka,” katanya.

Salah seorang peserta konvoi yang merupakan pemilik IONIQ 5 Plus, Asari Ramli, berkata, beliau seronok mengikuti aktiviti ini kerana berpeluang untuk berkongsi pendapat tentang kemampuan EV Hyundai.

“Acara ini cukup teratur. Ini merupakan acara interaktif pertama yang saya pernah hadiri dan merupakan sebuah platform yang bagus untuk pemilik berkongsi pengetahuan dan tips, terutamanya berkaitan ciri keselamatan kenderaan yang hebat,” ujarnya.
Tonton video di bawah untuk melihat suasana sewaktu acara berlangsung:
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ4558
SELANGOR
BST7656
JOHOR
JE4089J
PULAU PINANG
PSF6149
PERAK
APL5332
PAHANG
CFH7568
KEDAH
KGJ1493
NEGERI SEMBILAN
NEL8915
KOTA KINABALU
SJU1583
KUCHING
QAB5778P
Terakhir Kemas Kini 19 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kia EV6 Di Pameran Auto WapCar 2022 Di Pavilion Bukit Jalil
Orang ramai dijemput untuk memeriahkan WapCar Auto Show 2022.
01-07-2022
MBPG Kini Guna EV
Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) telah menggantikan lima kereta rasminya dengan kenderaan elektrik (EV).
10-06-2022
Hyundai Kona Electric: 13 Unit Pertama Telah Diserahkan Kepada Pelanggan!
Hyundai-Sime Darby Motors Sdn Bhd (HSDM) telah menyerahkan kunci Hyundai Kona Electric kepada 13 pelanggan pertama di negara ini.
06-04-2022
BMW Kaji Penerimaan EV Di Malaysia, Ini Hasil Tinjauan Mereka...
Artikel ini mendedahkan hasil kajian BMW tentang penerimaan EV di Malaysia.
25-03-2022
Perhatian! Baca Ini Sebelum Membeli Kereta Elektrik!
Maklumat yang anda perlu tahu sebelum membeli kenderaan elektrik.
11-01-2022
Berita Terkini
Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan
Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.
19-09-2026
ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit
Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.
18-09-2026
17 Model Baharu Mercedes Bakal Masuk Malaysia Tahun Depan – Ini Apa yang Kita Tahu
Mercedes-Benz Malaysia merancang 17 model baharu untuk tahun 2027, dimana sebahagian besarnya adalah pemasangan tempatan di Pekan.
18-09-2026
Pemenang Xforce Buy 1 Free 1 Bawa Pulang SUV Baharu
Rezeki Terpijak: Pemenang Utama Menang Xforce.
18-09-2026
Perodua Ativa X Kini Semurah RM53k - Adakah Anda Masih Mahu Beli Myvi?
Perodua Ativa X vs Myvi H: Selisih RM1,900, Mana Satu Pilihan Lebih Berbaloi?
18-09-2026
Berapa Harga Hyundai Tucson?
SUV Hyundai Tucson Kini Lebih Murah Di Malaysia, Harga Bermula RM159k
18-09-2026
Remaja 14 Rempuh 2 Kereta, Mujur Tiada Yang Mati
Remaja 14 tahun dirakam memandu secara melulu.
17-09-2026
PDRM Guna Proton e.MAS Untuk Tugas Operasi Harian
PDRM Terima 3 Unit Proton e.MAS Untuk Penilaian Operasi Rasmi.
17-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat