Perodua Alza 2022 vs Perodua Aruz: Kos Penyelenggaraan Mana Lebih Murah?
Baru-baru ini, telah dilancarkan Perodua Alza baharu, yang merupakan sebuah MPV dengan 7 tempat duduk yang dijual antara harga RM62,500-RM75,500. Ramai yang tertarik dengan personaliti baharu yang diketengahkan untuk Alza kali ini sehingga menyebabkan Perodua 'tak menang tangan' menerima tempahan, yang dikatakan mencecah lebih 30,000 unit sejak awal tempahan dibuka.

Baca: Perodua Alza 2022 Telah Dilancarkan, Harga Dari RM62K, Ini Spesifikasinya
Anda pun dah terpukau sama? Tetapi sebelum menekan butang 'tempah' jangan lupa untuk mempertimbangkan satu lagi perkara:
Bab penyelenggaraan kereta: Berapakah kos yang terlibat? Betulkan kereta ini betul-betul mampu milik?
Dalam artikel kali ini, CariCarz kongsikan perbandingan kos penyelenggaraan Perodua Alza (terkini) dengan pesaing rapat, Perodua Aruz yang juga merupakan sebuah kenderaan keluarga dengan 7 tempat duduk pada harga berpatutan antara RM72,900-RM77,900.Perbandingan yang dibuat adalah berdasarkan kos penyelenggaraan Perodua dalam tempoh 5 tahun pertama atau dalam jarak perjalanan kereta sehingga 100,000KM.
Servis Pertama: 10,000KM

Servis asas 10,000KM pertama Alza

Servis asas 10,000KM pertama Aruz
Servis pertama yang perlu dibuat oleh kedua-dua model ini ialah pada jarak perjalanan 10,000KM atau ketika 6 bulan pertama.
Pemilik perlu membuat servis asas atau minor membabitkan pertukaran minyak enjin, penapis minyak enjin, gasket untuk mengetatkan saluran minyak enjin (Drain Plug Gasket). Pemasangan gasket ini diperlukan untuk mengelakkan alur skru daripada mengalami kerosakan.
Jumlah kos servis pertama ini ialah RM186.40 (Alza) dan RM161.30 (Aruz).
Tahukah anda, kenapa penapis minyak enjin perlu ditukar?

Gambar hiasan: Penapis minyak enjin
Penapis minyak perlu digantikan kepada yang baharu setiap kali minyak enjin ditukar. Ini dilakukan untuk mengelakkan risiko penapis minyak daripada tersumbat sehingga menjejaskan aliran minyak. Enjin juga berisiko untuk rosak.
Servis Kedua: 20,000KM

Gambar hiasan: Penapis kabin yang kotor
Servis kedua dilakukan pada jarak perjalanan 20,000KM. Selain servis asas (pertukaran minyak enjin, penapis minyak enjin, Drain Plug Gasket), Perodua Alza akan menerima penapis kabin baharu.
Bermula daripada servis yang kedua, caj yang dikenakan adalah termasuk upah buruh dan SST sebanyak 6 peratus.
Jumlah kos servis kedua ialah RM297.81 (Alza) dan RM196.92 (Aruz).
Nota: Servis yang sama akan diterima Alza pada jarak perjalanan 60,000KM dan Aruz pula pada 50,000KM.
Jumlah kumulatif penyelenggaraan Alza sehingga servis kedua: RM484.21
Jumlah kumulatif penyelenggaraan Aruz sehingga servis kedua: RM358.22
Servis Ketiga: 30,000KM

Servis ketiga dilakukan pada jarak perjalanan 30,000KM. Bagi Perodua Aruz, penapis kabin dicadangkan untuk ditukar pada servis ketiga.
Jumlah kos servis ketiga termasuk servis asas, SST dan upah buruh ialah RM236.86 (Alza) dan RM252.37 (Aruz).
Nota: Servis yang sama akan diterima Alza pada jarak perjalanan 50,000KM, 70,000KM dan 90,000KM. Perodua Aruz pula akan menerima servis sama pada jarak perjalanan 90,000KM.
Jumlah kumulatif penyelenggaraan Alza sehingga servis ketiga: RM721.07
Jumlah kumulatif penyelenggaraan Aruz sehingga servis ketiga: RM610.59
Tahukah anda, kenapa penapis kabin perlu ditukar?
Penapis kabin perlu ditukar untuk mengelakkannya daripada tersumbat, fungsi penapis ini adalah untuk menghalang asap ekzos, kotoran, habuk dan alergen lain daripada memasuki kabin. Sekiranya tidak ditukar dan tersumbat, akan menyebabkan kereta berbau dan boleh mengakibatkan masalah kesihatan lebih-lebih lagi kepada mereka yang mengalami alahan.
Servis Keempat: 40,000KM

Gambar hiasan: Minyak brek
Servis keempat dilakukan pada jarak perjalanan 40,000KM. Servis ini merupakan servis major pertama diterima kereta yang mana banyak bahagian dicadangkan untuk ditukar. Untuk Perodua Alza, penapis udara, penapis kabin termasuk minyak brek.
Sementara itu, Perodua Aruz, dicadangkan untuk membuat penukaran penapis udara, minyak gear, penapis kabin, Gasket - Rear Differential, minyak transmisi auto, Drain Plus Gasket - AT, penyejuk radiator dan minyak brek.
Jumlah kos servis ketiga termasuk harga servis asas, SST dan upah buruh ialah RM398.90 (Alza) dan RM563.06 (Aruz).
Nota: Servis yang sama akan diterima Alza dan Aruz pada jarak perjalanan 80,000KM.
Jumlah kumulatif penyelenggaraan Alza sehingga servis keempat: RM1,119.97
Jumlah kumulatif penyelenggaraan Aruz sehingga servis keempat: RM1,173.65
Servis Kelima: 50,000KM

Perodua Alza baharu dan Aruz menerima servis asas seperti biasa dengan jumlah kos servis yang termasuk SST dan upah buruh. Perbelanjaan yang perlu dikeluarkan ialah RM236.86 (Alza) dan RM196.92 (Aruz).
Jumlah kumulatif penyelenggaraan Alza sehingga servis kelima: RM 1,356.83
Jumlah kumulatif penyelenggaraan Aruz sehingga servis kelima: RM 1,370.57
Servis Keenam: 60,000KM
Perodua Alza menerima servis sama seperti pada 20,000KM manakala Aruz pula sama seperti yang diterima pada 30,000KM yang mana kedua-duanya termasuk penukaran penapis kabin selain servis asas.
Perbelanjaan yang perlu dikeluarkan ialah RM297.81 (Alza) dan RM252.37 (Aruz).
Jumlah kumulatif penyelenggaraan Alza sehingga servis keenam: RM1,654.64
Jumlah kumulatif penyelenggaraan Aruz sehingga servis keenam: RM1,622.94
Servis Ketujuh: 70,000KM
Perodua Alza baharu dan Aruz menerima servis asas seperti biasa dengan jumlah kos servis yang termasuk SST dan upah buruh. Perbelanjaan yang perlu dikeluarkan ialah RM236.86 (Alza) dan RM196.92 (Aruz).
Jumlah kumulatif penyelenggaraan Alza sehingga servis ketujuh: RM1,891.50
Jumlah kumulatif penyelenggaraan Aruz sehingga servis ketujuh: RM1,819.86
Servis Kelapan: 80,000KM
Kedua-dua Perodua Arus dan Alza menerima servis major yang kedua selepas servis major pada 40,000KM.
Jumlah kos servis ketiga termasuk harga servis asas, SST dan upah buruh ialah RM398.90 (Alza) dan RM563.06 (Aruz).
Jumlah kumulatif penyelenggaraan Alza sehingga servis kelapan: RM2,290.40
Jumlah kumulatif penyelenggaraan Aruz sehingga servis kelapan: RM2,382.92
Servis Kesembilan:90,000KM
Perodua Alza baharu menerima servis asas seperti biasa, manakala Aruz pula servis asas serta cadangan penukaran penapis kabin.
Perbelanjaan yang perlu dikeluarkan ialah RM236.86 (Alza) dan RM252.37 (Aruz).
Jumlah kumulatif penyelenggaraan Alza sehingga servis kesembilan: RM2,527.26
Jumlah kumulatif penyelenggaraan Aruz sehingga servis kesembilan: RM2,635.29
Servis Kesepuluh: 100,000KM

Servis major 100,000KM Alza

Servis major 100,000KM Aruz
Pada jarak perjalanan 100,000KM kereta perlu menerima servis besar yang wajib dilakukan kerana membabitkan pertukaran beberapa komponen baharu. Bagi servis kali ini, Alza baharu memerlukan pertukaran cecari minyak CVT, Drain Plug Gasket - CVT, set palam pencucuh, dan penapis kabin. Sementara itu Aruz pula memerlukan penggantian set palam pencucuh.
Jumlah kos servis kali ini termasuk servis asas, SST dan upah buruh ialah RM633.61 (Alza) dan RM444.03 (Aruz)
Kos Penyelenggaraan Perodua Alza Baharu VS Perodua Aruz: Mana Satu Yang Lebih Murah?
Berdasarkan jumlah keseluruhan yang diperlukan dari servis pertama hingga yang terakhir, jelas ternyata bahawa Perodua Aruz memerlukan kos penyelenggaraan yang lebih murah berbanding Perodua Alza. Namun begitu, perbezaannya tidak begitu ketara, hanya RM81.55 sahaja!
Jumlah kumulatif penyelenggaraan Alza sehingga servis kesepuluh: RM3,160.87
Jumlah kumulatif penyelenggaraan Aruz sehingga servis kesepuluh: RM3,079.32
Baca: Ini 12 Sebab Kenapa Perodua Alza 2022 AV Adalah Varian Terbaik
Pemenang bagi persaingan kali ini jatuh kepada:

Perodua Aruz
Akhir Kata...
Kos servis adalah antara perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan untuk membeli mana-mana kereta. Dalam kes ini, perbezaan dari segi kos penyelenggaraan antara dua model dengan 7 tempat duduk ini tidaklah begitu jauh berbeza. Ingat, kos pemilikan ini tidak seharusnya dipandang sebelah mata kerana kereta memerlukan penjagaan yang sepatutnya dan secara berkala supaya dapat bertahan lama.
Sumber: Perodua
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR5617
SELANGOR
BSU153
JOHOR
JE7720J
PULAU PINANG
PSF8374
PERAK
APL7186
PAHANG
CFH8390
KEDAH
KGJ2580
NEGERI SEMBILAN
NEM748
KOTA KINABALU
SJU2793
KUCHING
QAB6255P
Terakhir Kemas Kini 28 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Perodua, Bank Rakyat Jalin Kerjasama, Perkenal Kad Kredit-i
Kad Kredit-i direka khas untuk pelanggan Perodua.
22-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Pengeluaran Perodua Axia E Bakal Dihentikan Nov Ini?
Perodua Axia E Tiada Lagi Selepas November Ini.
11-09-2026
Tekejut: Pembeli Perodua QV-E Terawal Terima Bayaran Balik RM16,501
Perodua Pulangkan RM16,501 Kepada Pembeli Terawal QV-E, Rupanya Ada Sebabnya.
06-08-2026
Kereta Bajet: Axia VS Saga, Mana Satu Pilihan Anda?
Pilihan Kereta RM40k di Malaysia: Perodua Axia atau Proton Saga?
03-08-2026
Perodua Axia Kini Lebih Mampu Milik: Harga Turun Sehingga RM4,700 Serta-Merta
Berita Baik! Perodua Potong Harga Axia Demi Bantu Rakyat Hadapi Cabaran Ekonomi.
03-08-2026
Perodua Traz & Alza 'Takluk' Sri Lanka: Bukti Kereta Malaysia Mampu Bersaing di Luar Negara
Dari Malaysia Ke Sri Lanka: Perodua Lebarkan Sayap, Eksport Traz dan Alza!
28-07-2026
Berita Terkini
Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi
Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.
25-09-2026
Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing
Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.
25-09-2026
F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma
Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.
24-09-2026
Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera
Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.
24-09-2026
Laluan Hijau Lebuhraya Persekutuan Licin: JKR Beri Penjelasan
Beberapa penunggang motosikal dilaporkan tergelincir akibat laluan hijau yang licin.
24-09-2026
Zon Parkir RM816 Sudah Habis! Semak Harga Pass Parking F1 Sepang 2026
Harga pass parking F1 untuk tiga hari bermula daripada RM163-RM816.
24-09-2026
Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan
Anthony Loke akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik pulang ke Malaysia.
24-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat