- Berita
- Kereta Baru
- Nissan Serena S-Hybrid Baharu Dilancarkan 6 Julai Ini, Sudah Ada Di Bilik Pameran Nissan
Nissan Serena S-Hybrid Baharu Dilancarkan 6 Julai Ini, Sudah Ada Di Bilik Pameran Nissan

Nissan Serena S-Hybrid baharu akhirnya bakal dilancarkan esok, 6 Julai 2022 sebagai satu-satunya model MPV hibrid pemasangan tempatan (CKD). Dua varian ditawarkan iaitu Serena S-Hybrid Highway Star dan Serena S-Hybrid Premium Highway Star dengan harga yang dianggarkan antara RM150,000 ke RM165,000. Tempahan kini boleh dibuat di semua bilik pameran Nissan di seluruh negara.

PRESTASI NISSAN SERENA S-HYBRID
Nissan Serena S-Hybrid dikuasakan oleh enjin DOHC 2L dengan Kawalan Pemasaan Injap-Pemboleh Ubah Berterusan Berkembar (CVTC), 4 silinder, 16 injap, suntikan terus bahan api dengan output 110kW/148 hp pada 6,000 rpm dan tork 200 Nm pada 4,400 rpm. Kuasa disalurkan melalui transmisi Xtronic CVT dengan Kawalan Anjakan Adaptif (ASC).

BAHAGIAN LUAR NISSAN SERENA S-HYBRID
Nissan Serena S-Hybrid dilengkapi dengan lampu depan projektor LED automatik dengan pengarasan automatik, lampu kabus depan dan lampu nyalaan siang. Varian Serena S-Hybrid Highway Star menggunakan roda aloi bersaiz 15 inci dengan tayar 195/65 R15, manakala varian lebih tinggi, Serena S-Hybrid Premium Highway Star pula menggunakan roda aloi bersaiz 16 inci dengan tayar 205/55 R16.

Serena S-Hybrid Highway Star ditawarkan dalam tiga warna iaitu Brilliant White, Tungsten Silver dan Diamond Black.
Sementara Serena S-Hybrid Premium Highway Star pula ditawarkan dalam warna Diamond Black, Dark Metal Grey, Brilliant White dan Radiant Red. Kesemuanya dengan bumbung berwarna Diamond Black.
BAHAGIAN DALAM NISSAN SERENA S-HYBRID
Bergerak ke bahagian dalam kereta, Nissan Serena S-Hybrid menawarkan tujuh tempat duduk dengan 13 konfigurasi untuk kemudahan pengguna terutamanya ketika membawa muatan. Tempat duduk varian rendah dibalut fabrik dengan pilihan upholsteri kulit sintetik. Varian tinggi pula ditawarkan sama ada dalam balutan kulit nappa berkuilt coklat premium atau nappa berkuilt hitam premium. Stereng kereta yang lengkap dengan butang kawalan pelbagai fungsi dibalut dengan kulit.
Untuk keselesaan, dari segi penyejuk udara, kereta lengkap dengan kawalan iklim auto dua zon dengan suis digital pada barisan kedua dan ketiga. Pintu belakang kereta memiliki fungsi dwibukaan bagi memudahkan penyimpanan di lokasi yang sempit.

Ciri lain yang boleh ditambah untuk kedua-dua varian ialah lampu bilik LED, tray ruang kargo dan karpet tray ‘Tech-On.’
Dari segi teknologi, kereta dilengkapi kluster intrumen Fine Vision paparan bantuan pemandu canggih (ADAD) berwarna penuh 7 inci. Sistem infotainmen yang digunakan ialah sebuah skrin sentuh bersaiz 6.75 inci (varian rendah) dan 9 inci (varian premium). Sistem ini boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto.


Turut disediakan ialah sebuah skrin monitor yang dipasang pada bumbung bersaiz 11.6 inci (ditawarkan sebagai pilihan tambahan untuk varian rendah dan standard untuk premium). Kedua-dua varian memiliki 7 port USB. Ciri lain yang didatangkan sebagai ciri standard untuk varian tinggi dan sebagai pilihan tambahan untuk varian rendah ialah DVR depan dan belakang.

CIRI KESELAMATAN NISSAN SERENA S-HYBRID
Didatangkan sebagai ciri standard dalam kedua-dua varian, Nissan Serena S-Hybrid hadir dengan sistem pemanduan Nissan Intelligent Mobility yang merangkumi pakej bantuan pemanduan seperti amaran pelanggaran hadapan prediktif (IPFCW) dan brek kecemasan hadapan pintar (EB), amaran titik buta (BSW), amaran keluar lorong (LDW), amaran lintasan trafik belakang (RCTA), pemantau keliling pintar (AVM), pengesan objek bergerak pintar (IMOD) dan kewaspadaan pemandu pintar (IDA).


Ciri keselamatan lain ialah bantuan mula-daki (HSA), kawalan dinamik kenderaan (VDC) dan sistem kawalan cengkaman (TCS), serta enam beg udara.

HARGA NISSAN SERENA S-HYBRID
Seperti yang dikatakan di awal artikel, model CKD ini dianggarkan ditawarkan dalam lingkungan harga RM150,000 ke RM165,000, dengan SST, di atas jalan, tanpa insurans. Bagi mereka yang membuat tempahan awal, akan mendapat tawaran istimewa iaitu servis penyelenggaraan berkala percuma (termasuklah alat ganti dan upah), serta jaminan tanpa had perbatuan selama lima tahun.
![]()
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQP5018
SELANGOR
BSN1663
JOHOR
JYS7620
PULAU PINANG
PSA4012
PERAK
APF7637
PAHANG
CFF6469
KEDAH
KGE6756
NEGERI SEMBILAN
NEJ7143
KOTA KINABALU
SJQ6803
KUCHING
QAB3866N
Terakhir Kemas Kini 11 Mar, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Risalah BOCOR, Sebelum Lancar, Proton X90 2026 (MC) Bakal Gegarkan Pasaran Dengan Teknologi Baharu
Beberapa portal automotif tempatan menyatakan bahawa Proton X90 MC 2026 akan dilancarkan dalam tempoh terdekat ini.
09-03-2026
Mitsubishi Triton Championship Edition Bakal Dilancar, Edisi Terhad AXCR, Harga Bermula - RM155,980
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) secara rasmi bakal menggegarkan pasaran trak pikap tempatan dengan pelancaran Mitsubishi Triton Championship Edition pada 11 Mac ini.
06-03-2026
Proton X50 & HR-V Ada Pesaing Baru! JAECOO J5 Kini Dilancarkan - Harga RM108K
OMODA | JAECOO Malaysia telah melancarkan secara rasminya JAECOO J5 ke pasaran tempatan dengan harga RM108,000, sebentar tadi.
05-03-2026
Lebih Jimat, Lebih Mewah! Toyota Harrier Hybrid Kini Di Malaysia Pada Harga RM289,000
UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasminya telah memperkenalkan hibrid premium, Toyota Harrier 2.5 Hybrid Electric Vehicle (HEV), di pasaran tempatan, baru-baru ini.
04-03-2026
Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM258,888
Mercedes-Benz Malaysia sekali lagi mengukuhkan dominasinya dalam segmen SUV kompak premium dengan pelancaran edisi khas yang dinanti-nantikan iaitu Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition.
04-03-2026
Langkah Berani Honda Malaysia: Tawar 2 Varian e:HEV Honda CR-V 2026
Honda Malaysia mengambil langkah berani apabila menawarkan dua varian hibrid e:HEV E dan e:HEV RS, sekali gus mengukuhkan komitmen Honda untuk membawa mobiliti elektrik.
03-03-2026
Nissan Serena e-Power C28 2028 Dah Tiba, Ada 5 Varian, Harga Bermula Dari RM155,000
Edaran Tan Chong Motor (ETCM) akhirnya melancarkan secara rasminya Nissan Serena e-Power generasi ke-enam (C28) 2026 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.
03-03-2026
Leapmotor C10 PLUS Capai 510 KM, Cas 22 Minit – Beli Awal, Diskaun RM13,000!
Stellantis Malaysia telah melancarkan model Leapmotor C10 yang terkini bagi tahun 2026, C10 PLUS, bersama varian eksklusif yang terhad, C10 PLUS Night Edition untuk pasaran tempatan.
26-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat

