Ujian ANCAP Baharu Mulai 2023: Mampukah Penumpang Lepaskan Diri Dari Kereta Tenggelam?

Pihak berkuasa ujian kemalangan bebas Australia, ANCAP, bakal memasukkan ujian baharu untuk melihat bagaimana kenderaan berfungsi sekiranya tenggelam di dalam air bermula tahun 2023.

Apatah lagi ujian ANCAP tahun 2023, pasti lebih baik dengan adanya ujian tenggelam dalam air ini nanti
Ujian ANCAP yang sudah sedia sukar, nampaknya, menjadi semakin mencabar sebaik ujian ini dilakukan ke atas semua model kereta. Australia mengambil tindakan ini ekoran kekerapan berlakunya bencana banjir disebabkan fenomena iklim La Nina akhir-akhir ini.
Banjir dahsyat di Australia Mac lalu (Foto: Australian Defence Force via AFP)
Rasional di sebalik ujian ekstrem ini adalah untuk menguji sekiranya penumpang dapat melepaskan diri daripada kenderaan sekiranya situasi kecemasan ini berlaku.
Pengeluar kenderaan perlu membuktikan bahawa pintu kenderaan yang dihasilkan boleh dibuka tanpa kuasa bateri dan tingkap bukaan automatik kereta juga masih boleh beroperasi walaupun setelah tenggelam di dalam air sehingga 10 minit.
Situasi kereta tenggelam di dalam air (Foto: ABC News)
Sekiranya pengeluar gagal untuk membuktikan tingkap kereta boleh dibuka di dalam air, mereka mestilah menyediakan kaedah alternatif yang membenarkan penumpang untuk membuka atau memecahkan cermin kereta. Informasi mengenai kaedah menyelamatkan diri di dalam kereta yang tenggelam juga mestilah dinyatakan di dalam manual pemilik.
Menjelaskan tentang perkara ini, Ketua Pegawai Eksekutif ANCAP, Carla Hoorweg berkata, “Walaupun penting untuk tidak memasukkan air banjir di dalam kenderaan secara sengaja, kejadian banjir yang berlaku akhir-akhir ini sekali lagi memberi peringatan kepada kita semua bahawa banjir boleh mengambil [membawa bahaya kepada] kenderaan dan penumpang tanpa disangka-sangka.”
Berdasarkan parameter ujian sedia ada, ANCAP akan memberikan markah dalam aspek penilaian "perlindungan penumpang dewasa" (Adult Occupant Protection) bagi kenderaan yang dilengkapi langkah keselamatan untuk kenderaan yang tenggelam.

Aspek penilaian ANCAP
Kriteria tenggelam untuk kenderaan baharu ini akan diperkenalkan sebagai lanjutan kepada protokol penyelamat sedia ada ANCAP yang menilai aksesibiliti kenderaan selepas kemalangan.
Banjir dahsyat yang melanda hampir seluruh negara Malaysia hujung tahun lalu
Selain Australia, ujian ini juga dilihat penting untuk dilakukan di negara-negara lain yang terdedah kepada bencana banjir. Apakah pendapat anda? Perlukah MIROS mempertimbangkan ujian ini bagi kenderaan yang dijual di Malaysia? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah.
Jangan lupa ikuti Facebook kami untuk mendapatkan informasi terkini dunia automotif!
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQR1673
SELANGOR
BSN4672
JOHOR
JYT4623
PULAU PINANG
PSA6564
PERAK
APG1321
PAHANG
CFF8472
KEDAH
KGE8312
NEGERI SEMBILAN
NEJ8142
KOTA KINABALU
SJQ8650
KUCHING
QAB4273N
Terakhir Kemas Kini 19 Mar, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM
Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.
02-03-2026
Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap
Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.
27-02-2026
Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026
Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.
27-02-2026
Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton
Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.
26-02-2026
Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X
Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.
26-02-2026
Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal
Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?
26-02-2026
Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!
SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.
26-02-2026
Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit
Pengedar Lotus di Australia, Simply Sports Cars telah membangunkan Lotus Emira edisi terhad, Emira Turbo Bathurst Edition yang dikatakan antara Lotus Emira paling berkuasa.
25-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
