DBX707, SUV Paling Laju Di Dunia, 707PS@900Nm

Percaya atau tidak, jentera serba baharu ini, Aston Martin DBX707 yang baru sahaja dilancarkan sebentar tadi dikatakan salah satu kenderaan utiliti sukan yang paling laju di dunia.
Apa tidaknya, jentera ini yang dipadankan dengan enjin 4.0-liter twin-turbo V8 keluaran Mercedes-AMG dimana ia mampu menghamburkan kuasa 707PS@900Nm.
Ini menjadikan DBX707 berjaya mengatasi kelajuan Lamborghini Urus (650 PS) dan Bentley Bentayga Speed (635 PS).

Apapun, kuasa hamburan DBX707 agak tinggi berbanding DBX sekali gus membolehkan Aston Martin mengurangkan masa pecutan 0-100 km/j dari 4.5 saat kepada hanya 3.3 saat.
Selain kuasa dan tork yang agak tinggi, ia dipadankan dengan transmisi automatik klac basah sembilan kelajuan baharu yang dikatakan lebih cepat dan responsif.

Menyentuh mengenai kelajuan maksimumnya, ia juga dikatakan meningkat dari 291 kilometer sejam (km/j) kepada 310 km/j.
Maka tidak hairanlah, mengapa ia diiktiraf sebagai SUV mewah yang paling laju dan berkuasa di dunia.
Prestasi
Berbalik kepada prestasinya, dikhabarkan Aston Martin telah menala kesemua sistem suspensi udara.
Bukan itu sahaja, Aston Martin turut menala semua sistem suspensi udara untuk memperbaiki kawalan badan dan tindak balas sterengnya.

Selain itu, jentera ini juga dilengkapi sistem Dynamic Drive, di mana ciri Race Start kini boleh diakses menerusi mod GT Sport dan Sport+ bagi memaksimumkan prestasi pecutannya.
Bukan itu sahaja, apa yang anda perlu tahu ialah DBX707 ini mampu berhenti dengan begitu pantas memandangkan ia menggunakan cakera karbon seramik berukuran 420 mm di depan dan 390 mm di belakang, serta angkup enam piston.
Sistem ini bukan sahaja lebih kuat dan responsif, malah 40.5 kg lebih ringan berbanding brek yang digunakan oleh DBX.
Mengenai ciri keselamatannya pula, ia dilengkapi:
• Brek Parkir Elektronik (EPB)
• Brek Pegun Automatik
• Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
• Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC)
• Kawalan Cengkaman (TC)
• Bantuan Brek Kecemasan (EBA)
• Bantuan Mula Daki( HSA)
• Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
• Pengehad Kelajuan
• Amaran Rempuhan Depan (FCW)
• Brek Kecemasan Automatik (AEB) dengan pengesan pejalan kaki
• Amaran Keluar Lorong
• Amaran Tukar Lorong (LDW)
• Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
• Pengesanan Tanda Trafik
• Amaran Titik Buta (BSW)
• Amaran Buka Pintu
• Panggilan Kecemasan
• Beg udara
• Isofix
Di sebalik semua ciri ini, mungkin anda tertanya-tanya mengenai harga jentera mewah ini?
Untuk makluman anda, DBX707 dikustomkan dengan spesifikasi khas untuk pasaran Malaysia. Bagi unit pelancaran ini, ia ditawarkan pada harga RM1. 5 juta (tidak termasuk duti dan cukai).
Sebaliknya, harga asasnya ialah RM1.098 juta, tidak termasuk duti, cukai dan opsyen kustom.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQP7923
SELANGOR
BSN2610
JOHOR
JYS9542
PULAU PINANG
PSA4535
PERAK
APF8423
PAHANG
CFF6932
KEDAH
KGE7119
NEGERI SEMBILAN
NEJ7381
KOTA KINABALU
SJQ7265
KUCHING
QAB3955N
Terakhir Kemas Kini 13 Mar, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Sistem Pembayaran Terbuka Diperluas Ke Semua Lebuh Raya PLUS Bermula Ogos Ini
Berita Gempak! semua pengguna PLUS boleh guna sistem ANPR bermula Ogos nanti.
12-03-2026
Jangan Langgar Arahan, Ini Senarai Tarikh 'Road Ban' Aidilfitri 2026 Yang Wajib Dipatuhi
Save tarikh ini, kenderaan berat berehat seketika di musim raya.
12-03-2026
Dompet Rakyat 'Bergegar' Esok: RON95 Tanpa Subsidi & RON97 Naik 60 Sen, Diesel Naik 80 Sen
Nampaknya, konflik di Asia Barat menyebabkan Malaysia terkena tempiasnya.
11-03-2026
Bukan Kaleng-Kaleng! Chery TIGGO 7 Jadi SUV China Pertama Bolot 5-Bintang Di Eropah, Australia & ASEAN
Chery Tiggo 7 dinobatkan sebagai kereta selamat memandangkan menerima empat penarafan keselamatan lima bintang.
11-03-2026
Konflik AS-Iran: Harga Kereta Naik, Ini Pula Kata Pakar
Konflik Timur Tengah mampu mencekik industri automatif Malaysia sekiranya perang berlarutan.
10-03-2026
Dilema Balik Kampung: Roadtax 'Blacklist' Sebab Saman Melambung, Rakyat Rayu Kerajaan Beri Ihsan Diskaun Raya!
Pemberian diskaun ini dilihat sebagai satu bentuk ihsan kerajaan dalam memahami kesempitan ekonomi rakyat di musim perayaan.
10-03-2026
Elak Jadi ‘Zombi’ Atas Highway! PLUS Lancar MyPLUS-TTA, Senjata Rahsia Balik Raya Tanpa Stres
Raya Tanpa 'Jem' Melampau? PLUS Dedah Jadual MyPLUS-TTA, Ini Cara Rancang Perjalanan Anda
10-03-2026
Perodua Alza Ada Lawan? Lakaran Proton Saga MPV Mula Viral, Bakal Jadi Kereta 7-Seater Paling Murah Malaysia?"
Lakaran Proton Saga MPV menjadi bualan hangat di media sosial.
09-03-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat