ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

PROTON Catat Jualan Tertinggi Dalam Tempoh 9 Tahun!

Sofea Najmi

Kongsi melalui


PROTON mencatatkan rekod terbaharu untuk jualan domestik dan eksport dalam masa sembilan tahun dengan penghantaran mencecah 15,880 unit kenderaan. Bagi lapan bulan pertama tahun ini, syarikat telah mendaftarkan sejumlah 87,481 unit berbanding 62,637 unit pada tahun 2021, peningkatan sebanyak 39.7%. 


PROTON turut mencatatkan jumlah jualan eksport lebih tinggi berbanding tahun lepas. Pada bulan Ogos, sejumlah 938 unit dieksport, menjadikan jumlah eksport bagi tahun 2022 ialah 4,040 unit, sekaligus mengukuhkan kedudukan syarikat sebagai pengeksport kenderaan utama negara. 


Bagi carta jualan automotif nasional, PROTON berjaya mengekalkan kedudukan kedua dan mencapai anggaran pegangan pasaran sebanyak 23.7% untuk bulan Ogos, sementara itu pegangan pasaran tahunan (YTD) pula meningkat kepada 19.5%. 


 Roslan Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON dengan Proton X50 


Jumlah Volum Industri (TIV) bagi bulan Ogos dianggarkan sebanyak 66,900 unit (36.7% lebih  daripada Julai) memandangkan semua jenama automotif giat menyerahkan unit kepada pelanggan yang membuat tempahan semasa insentif SST berkuatkuasa. 


“Operasi pengeluaran PROTON telah stabil dengan empat bulan lagi sebelum tahun 2022 berakhir. Bekalan  komponen kami kini lebih konsisten dan terurus demi memastikan kami dapat menghasilkan sebanyak mungkin  kereta. 


Baca: Mengimbau Sejarah Proton & Model Legenda, Proton Saga, Dari 1985 Ke 2022


“Dengan itu, kami telah mengambil inisiatif untuk meningkatkan bilangan trak penghantaran lebih 100%  menjelang akhir tahun. Langkah ini adalah untuk memastikan pengedar menerima stok secepat mungkin dan  seterusnya, ini akan memberi manfaat kepada pelanggan yang sabar menunggu kenderaan mereka,” kata  Roslan Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON. 


Proton Saga menerima manfaat daripada bekalan komponen yang kini semakin stabil, sehingga membolehkan sejumlah 6,156 buah kereta diserahkan pada bulan lalu. Ini menjadikan Proton Saga sebagai model kereta ketiga paling popular di Malaysia pada bulan Ogos, ia turut mendorong pendaftaran bagi model baharu 2022 kepada 14,154 unit selepas pelancaran dibuat pada 12 Mei lepas. 


Sementara itu, Proton Persona dan Proton Iriz pula menunjukkan peningkatan dalam volum pengeluaran. Proton Exora 2023 yang baru dilancarkan dapat mengekalkan kedudukannya di bahagian atas pasaran MPV segmen C dengan  266 unit diserahkan. 




Seterusnya, Proton X50 pula mencapai kejayaan sebagai SUV pertama yang melepasi ambang 4,000 unit untuk bulan ketiga berturut-turut dengan serahan sebanyak 4,329 unit pada bulan Ogos. 




Proton X70 pula mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju jualan untuk SUV segmen C dengan jualan sebanyak 1,555 unit dan melonjakkan jumlah jualan SUV pada bulan Ogos bagi PROTON kepada 5,884  unit.


Jumlah jualan SUV Proton kini berjumlah 37,489 unit untuk 8 bulan pertama tahun 2022.   




Pertumbuhan dijangka  meningkat pada lewat tahun ini dengan pelancaran rasmi semula PROTON di Afrika Selatan dijadualkan pada  bulan September.


Baca: Gambar Lama Tular Semula Di Internet, Moga Tun M Kembali Sembuh

Baca: Mengimbau Sejarah Proton & Model Legenda, Proton Saga, Dari 1985 Ke 2022

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS6251

SELANGOR

BSU2070

JOHOR

JF2285J

PULAU PINANG

PSG1141

PERAK

APL8847

PAHANG

CFH9160

KEDAH

KGJ3391

NEGERI SEMBILAN

NEM1746

KOTA KINABALU

SJU4149

KUCHING

QAB7005P

Terakhir Kemas Kini 01 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

23-02-2023
Berita Auto

03-02-2023
Berita Auto
EV

01-02-2023
Berita Auto

21-01-2023
Teknologi

05-01-2023

Berita Terkini

Berita Auto

F1 GP Bahrain: Laluan Arah KLIA Dijangka Sesak Bermula 2-4 Okt

Penerbangan Dari KLIA 2-4 Okt? Rancang Masa Awal Elak Terlepas

01-10-2026
Berita Auto

Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu

Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.

30-09-2026
Berita Auto

Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia

Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.

30-09-2026
Berita Auto

Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok

Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.

29-09-2026
Berita Auto

Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching

Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.

29-09-2026
Berita Auto

EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan

PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.

29-09-2026
Berita Auto

Bila Anthony Loke Letak Jawatan?

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri

29-09-2026
Berita Auto

500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing

Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.

28-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.