- Berita
- Berita Auto
- Industrial Labs Jadi Pembekal Sistem Solar Fotovoltaik Untuk Proton Global Services
Industrial Labs Jadi Pembekal Sistem Solar Fotovoltaik Untuk Proton Global Services
-full_normal-full_normal.jpg)
Anak syarikat milik Proton Edar, Proton Global Services Sdn. Bhd. (PGS) telah melantik Industrial Laboratories Sdn. Bhd. (Industrial Labs) sebagai pembekal sistem solar fotovoltaik (PV) yang kedua bagi memperluaskan penggunaan tenaga solar dalam rangkaian pengedar dan vendornya.
Ketua Pegawai Eksekutif PGS, Lee Yeet Chuan, berkata tersebut dibuat sebagai sebahagian daripada inisiatif kelestarian tenaga pembuat kereta nasional yang berusaha untuk menurunkan pelepasan karbonnya untuk meningkatkan skor amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat (ESG).
-full_normal-full_normal.jpg)
Kedua-dua pihak menerangkan usaha kerjasama untuk mengembangkan penggunaan tenaga solar di Malaysia sewaktu majlis menandatangani perjanjian diadakan. Selain menceburi pelbagai aktiviti perniagaan, PGS juga melaksanakan pengoptimuman tenaga dan solusi tenaga lestari untuk PROTON. Industrial Labs ialah pembekal utama dan pembekal perkhidmatan solusi tenaga yang boleh diperbaharui di Malaysia dengan pengalaman di seluruh Asia Tenggara.
Ketua Pegawai Eksekutif PGS, Lee Yeet Chuan, menjelaskan, “Tenaga baharu adalah salah satu aktiviti perniagaan teras untuk PGS. Selain daripada mempromosi dan melaksanakan penggunaan tenaga solar kepada pengedar dan vendor, kami juga telah menyelia pemasangan sistem solar di kilang Proton di Tanjung Malim yang mampu menghasilkan 12MWp dan menjana potensi penjimatan bil tenaga sehingga RM3.5 juta setahun untuk Proton selama 25 tahun.
“Dengan penambahan Industrial Labs sebagai pembekal sistem PV, kami sedang berusaha untuk mempercepatkan penggunaan tenaga solar dalam rangkaian pengedar dan vendor Proton pada tahun 2023 untuk mengurangkan lagi pelepasan karbon syarikat.”

Pengasas Bersama dan Pengarah Syarikat Industrial Labs, Shamsul Azhar Bin Zainuddin berkata, “Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP27) di Mesir tahun lalu menggariskan langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan peningkatan suhu global diminimumkan berbanding tahap pra-industri.
“Penyahkarbonan pengeluaran tenaga adalah salah satu inisiatif yang dipromosikan, dan itulah sebabnya kami gembira dapat bekerjasama dengan PGS kerana mempromosikan tenaga bersih seperti solar adalah satu langkah menuju ke arah yang betul.
-full_normal-full_normal.jpg)
Malaysia komited untuk mencapai sasaran menjadi sebuah negara bebas karbon dioksida menjelang tahun 2050 dan kerana itu, pengeluar seperti syarikat Proton perlu mengambil langkah proaktif untuk merealisasikan matlamat ini.
“Dengan parameter ESG yang semakin popular setiap tahun, semua entiti korporat mesti berusaha untuk meningkatkan markah mereka dalam bidang ini. Di samping itu, Proton sebagai jenama automotif nasional mempunyai tanggungjawab untuk memainkan peranan aktif dalam membantu Malaysia mencapai matlamat neutral karbonnya menjelang tahun 2050.
“Itulah sebabnya kami akan terus mempromosikan lebih banyak inisiatif hijau dalam syarikat dan ekosistem kami pada masa akan datang yang terdekat,” kata Roslan Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRW8734
SELANGOR
BSU7665
JOHOR
JG7584J
PULAU PINANG
PSH1476
PERAK
APM6514
PAHANG
CFJ3150
KEDAH
KGJ6721
NEGERI SEMBILAN
NEM4739
KOTA KINABALU
SJU9077
KUCHING
QAB9209P
Terakhir Kemas Kini 31 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
EV Nasional Mampu Milik: MITI, Proton, Perodua Bincang Usaha Percepat Pengeluaran
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kini sedang mengadakan perbincangan dengan syarikat pengeluar kenderaan tempatan.
23-02-2023
Februari & Mac 2023 Bakal Catat Jualan Kereta Tinggi, Ini Sebabnya...
Bulan Februari dan Mac tahun ini dijangka akan mencatatkan jumlah jualan industri (TIV) yang tinggi.
22-02-2023
Proton X Watch Kini Di Pasaran! Hanya RM1,499! Boleh Kawal Fungsi Kereta?
Proton baru sahaja melancarkan jam tangan pintar, Proton X Watch, yang kini boleh didapatkan pada harga RM1,499.
12-02-2023
Proton Pertonton Enjin Turbo 3 Silinder Hibrid Ringan 1.5L Dalam Video Korporat Terbaharu
Proton bakal memperkenalkan trenkuasa hibrid pertama keluaran syarikat tidak lama lagi.
05-01-2023
Proton Capai Prestasi Jualan Terbaik Sejak 2013! Ini Dia 2 Model Terlaris Proton...
Proton mengakhiri tahun 2022 dengan pertumbuhan jualan empat tahun berturut-turut.
04-01-2023
Proton X50, X70 Terkenal Di Afrika Selatan! Kini Sudah Unit Ke-1000 Proton Dieksport!
Kedudukan pengeluar kereta nasional PROTON kini kukuh di Afrika Selatan dalam tempoh hanya dua bulan.
23-12-2022
Tun Mahathir Puji Polestar 2, Harap Proton Hasilkan EV Sendiri!
DRB-Hicom telah membawa sebuah Polestar 2 untuk ditunjukkan kepada Tun Mahathir.
10-12-2022
Proton Tawar Jaminan Lanjutan 1 Tahun Untuk Kereta Pra-Milik PCPO
Semua kenderaan PCPO yang dijual melalui cawangan kereta terpakai Proton layak menerima jaminan lanjutan
21-10-2022
Berita Terkini
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen
Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.
28-10-2026
Awas Penipuan Tiket ECRL! Beli Hanya Melalui Saluran Rasmi
Harga Tiket ECRL Sudah Pun Diumumkan, Jadi Jangan Jadi Mangsa Scammer.
28-10-2026
Aplikasi TuJu Bukan Untuk Saing Waze, Fokus Lebuh Raya Bertol
TuJu Dibangun Bukan Ganti Waze.
28-10-2026
Bila PROTON S70 RS Sport Dilancar?
Ada pihak menyifatkan Proton S70 RS Sport bakal dilancarkan Disember ini.
27-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia, Ini Kata SIC
Sepang Sedia Kertas Kerja F1: Peluang Keputusan Kini 50-50
27-10-2026
Pusat 4S Denza Balakong Dibuka: Antara Pusat Pengedar Terbesar Kini di Selangor
DENZA Balakong Rasmi Dibuka, Tawar Perkhidmatan 4S Lengkap.
26-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

